Blog Esklusif Perkongsian Ilmu, Pencetus Idea & Sumber Motivasi
RSS icon Email icon Home icon
  • Tujuan saya blogging

    Posted on January 8th, 2009 ina_kl 6 comments

    Untuk makluman semua, saya mula ‘melancarkan’ blog saya dan memperkenalkannya di Mybloglog pada 31 Disember 2008 dan orang yang pertama menjenguk blog saya ialah saudara etomyam, dan yang kedua ialah mapetm (hmmm, cam nak bagi hadiah kat dorang berdua nih).

    Saya memang insan yang langsung tiada latarbelakang berkaitan ilmu internet dan komputer, dan terkadang daku merasa seperti adanya ‘inferiority complex’ dalam diri ini sementelah melihat rakan2 dan adik2 lain yang begitu maju kehadapan. Saya akui blog saya nampak begitu ringkas, tak macam blog orang lain tapi harap2 saya akan lebih berkemahiran lagi pada masa yang akan datang. Terima kasih buat mapetm yang sudi memperbetulkan error pada sidebar saya tempoh hari.

    Saya mungkin tidak dapat menimba spenuhnya ilmu tentang internet dan blogging, tetapi saya bercita2 untuk menghasilkan sebuah blog yang ‘hidup’ untuk menfaat bersama. Matlamat saya : perkongsian ilmu. Saya mungkin tidak mampu menjadi seperti Tan Sri Mokhtar Al-Bukhary yang tidak lokek wang ringgit membuat kebajikan. Justeru, perkongsian ilmu ini saya anggap sebagai sumbangan saya yang hanyalah kecil saja. Mungkin saya tidak akan berhenti kerja untuk menjadi seorang usahawan internet (kerana minat pada dunia perbankan masih menebal) tapi cukuplah saya dapat berbangga jika blog saya berjaya membantu mereka tentang pengetahuan yang diperlukan. Sekiranya percubaan ‘Wadah Inovasi Untuk Hari Esok’ ini berjaya kelak, projek saya selepas ini ialah untuk membina blog dalam bahasa inggeris sepenuhnya.

    Akhir sekali, terima kasih pada yang sudi melawat dan terima kasih atas respon yng diberikan. Selamat !

    Bookmark dan kongsi di sini:
    • Digg
    • Sphinn
    • del.icio.us
    • Facebook
    • Mixx
    • Google
    • co.mments
    • De.lirio.us
    • Technorati
    • YahooMyWeb
     

    6 responses to “Tujuan saya blogging”

    1. alamak tapi untuk Internet explorer belum solve lagi nihh firefox,safari,google chrome dah ok

    2. Trima kasih byk2…sokongan yang sgt2 dihargai

    3. Kalau ada projek nanti (insyaallah), you’ll be the 1st in the line.

    4. Sebelum berblogging, kena faham dulu apa itu blogging. Tiada batasan untuk menulis apa2pun kerana blog bermaksud logging anything through the web. Dulu diorang called weblog skrg dah dipendekkan jadi blog.

    5. Hmm..keren banget tujuannya

      orangnya juga cantik banget

      salam kenal ya

    6. tahniah kerana dah mulakan blogging…
      papehal pun, dalam blogging mesti ada matlamat…
      even nak share cerita tentang diri sendiri, sudah cukup untuk dianggap motif blogging…
      by the way, mmg blog ini ringkas, tapi yg penting itu isi2nye…
      penulisan akak mmg cukup cantik..

    Leave a reply

MyBlogLog
Add to Technorati Favorites