Blog Esklusif Perkongsian Ilmu, Pencetus Idea & Sumber Motivasi
RSS icon Email icon Home icon
  • Senyuman Itu Senjata

    Posted on May 8th, 2009 ina_kl 1 comment

    Salam dan selamat sejahtera,

    Dah lama saya tak buat posting… terpaksa pulun mengadap exam, rasa serik sebab study last minute. Masa zaman muda-muda dulu waktu di universiti memanglah boleh nak pulun last minute tapi rupa-rupanya bila jadi part-time student ni keadaannya tak sama. Manakan tidak, dulu belum bersuami, belum beranak pinak, belum berkerjaya, belum ada komitmen lain-lain. Sekarang dah lain.

    Sebenarnya saya ingin menulis tentang senyum, bukan pasal study last minute :) . Senyum ini satu perkara mudah sebenarnya…tapi tak semudah yang kita sangkakan. Tapi kalau kita bijak mengaplikasikan senyum dalam aktiviti seharian kita, itu sudah menguntungkan.

    Senyum ni pulak boleh jadi ‘auto reflection’ atau ’self-reflection’. Iyelah…kalau ada perkara yang menggelikan hati, secara automatik kita akan tersenyum dan ketawa. Ada juga senyum yang dipaksa-paksa, senyum kambing, senyum tawar dan sebagainya.

    Dalam Islam, senyum itu ibarat sedekah. Senyum juga boleh mengubat hati yang marah, hati yang kecewa, risau, sedih, geram. Kalau dengan pasangan, kita mesti selalu senyum agar bukan saja pasangan kita senang tengok kita, malah secara tak langsung ia membuat hati kita juga senang dan tenang.

    Rakan-rakan dan adik-adik sekelian, cuba lakukan eksperimen ini : bila frust, sedih, geram, marraahhhh….cuba tarik nafas dalam-dalam dan hembus dengan membayangkan emosi itu keluar bersama hembusan tadi…dan pejam mata sambil beristighfar dan berselawat atas nabi (fokuskan fikiran). Buat dengan hati yang ikhlas dan bulatkan hati serta menyerahkan segala-segalanya pada Allah kerana Dia yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Kemudian, sennyuuuummmmm dan sennnyuuuuummmm. dan senyyuuuummm…. Insyaallah akan ada kesannya. Kalau memang kita yang bersalah, dengan lapang hati segeralah meminta maaf, insyaallah bila muka kita ‘berseri’ dengan senyuman yang ikhlas, orang yang marah akan lekas sejuk malah dia akan menyesal memarahi kita…kalau dalam berurusniaga bila kita sentiasa senyum dengan ikhlas maka bertambah murahlah rezeki dek senyuman ikhlas kita itu.

    Senyum juga baik untuk senaman muka,kan. Ada orang kata senyum tu petua untuk awet muda. Jadi apa kita tunggu lagi…berusahalah untuk sentiasa senyum dan berikan senyuman yang ikhlas untuk orang yang di sekeliling kita. Mudah-mudahan ada ganjaran pahala yang tersedia untuk kita selain ganjaran di dunia. Selamat !

MyBlogLog
Add to Technorati Favorites