-
Jangan Kerja di Sektor Perbankan Kalau…
Posted on January 4th, 2009 3 commentsPada hemat saya, kerjaya yang paling dinamik pada era ini ialah kerjaya di sektor perbankan. Bunyinya macam bias sebab saya sendiri kerja di bank… tapi saya rasa kenyataan ini betul. Kenapa bukan doktor, atau jurutera, atau arkitek mahupun peguam ?
Sektor perbankan adalah pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Kukuh atau lemah struktur perbankan dan kewangan sesebuah negara akan menentukan momentum pertumbuhan sektor2 lain terutama sektor sokongan seperti perkhidmatan sosial (pendidikan, perubatan, pembangunan infrastruktur) dan sektor industri.
Sistem perbankan akan selalu berubah mengikut perkembangan ekonomi serantau atau global. Maka banyak dasar2, garispanduan dan polisi2 terpaksa dikemaskini dari masa ke semasa oleh Bank Negara dan bank-bank yang beroperasi. Pada masa yang sama, bank harus bersikap agresif dalam meluaskan penguasaan pasaran memandangkan persaingan sengit sesama bank.
Kerja bank amat meletihkan dan memerlukan kerja lebih masa (selalu balik malam). Untuk cepat ‘naik’…anda harus pandai menonjolkan diri, bersikap proaktif dan yang penting, skil anda dalam berkomunikasi. Bekerja di bank betul2 akan mengajar anda tentang ‘negotiaion skills’ kerana anda akan berhadapan dengan macam2 situasi yang mencabar bila berdepan dengan kerenah pelanggan.
Untuk menjadi pegawai bank, anda harus mempunyai kelayakan akademik yang bersesuaian iaitu diploma atau ijazah dalam jurusan perakaunan, ekonomi, kewangan dan yang berkaitan. Sejak kebelakangan ini jurusan dalam bidang seperti kejuruteraan, perdagangan antarabangsa sudah mula diterima sebagai keperluan menyediakan ‘analyst’ dalam bidang2 yang khusus. Tahap pengetahuan juga perlu tinggi..maklumlah nak berdepan dengan orang2 bisnes, usahawan.. golongan selebriti pun ramai kan.
Jadi kalau ada adik2, saudara2 atau rakan2 yang teringin nak keja bank… fikir dua kali (cukup dua kali jer
). Kerjaya yang menarik, gaji dan bonus lumayan… tapi memerlukan komitmen yang tinggi. Jika anda rasa tidak mampu memberikan komitmen yang diperlukan, maka adalah lebih baik anda bekerja di sektor yang lain untuk mengelakkan anda berhadapan dengan macam konflik2 dalam hidup anda.Nanti saya akan menulis tentang ‘Perbankan Islam - Bangkit di Celah Keruntuhan Perbankan Konvensional’.
OK, selamat !
-
Apa Itu Bank Perdagangan dan Apa Uniknya
Posted on January 3rd, 2009 No comments“Apa beza bank perdagangan dengan bank komersil yang lain ? Ada beza ke ?”
“Maybank, RHB Bank, Public Bank tuu… bank perdagangan atau bank komersil ?”
Hee…pada yang dah tau, kira ok lah tu. Pada yang garu2 kepala, mungkin saya boleh tolong.
Bank perdagangan (“BP”) sebenarnya berbeza dengan bank komersil (“BK”) dari segi skop produk dan operasinya. Contoh BP di Malaysia adalah seperti Aseambankers Malaysia Bhd, AmInvestment Bank Bhd, Affin Investment Bank Bhd dan lain2 lagilah. Bank-bank yang tidak ada perkataan ‘investment bank’ di hujungnya secara umum adalah BK tetapi ada juga bank walaupun tiada perkataan ‘investment bank’ dihujung tapi ia mempunyai unit khas dalam bank itu sendiri yang menjalankan aktiviti perbankan perdagangan; contoh seperti CIMB Bank Bhd, HSBC, Citibank, RHB Islamic Bank Bhd dan lain2 lagi.
Perbezaan ketara antara BP dengan BK adalah segmen pasaran dan aktivinya; BP lebih menjurus kepada pasaran konglomerat dan syarikat2 sederhana besar dengan menawarkan perkhidmatan menerbitkan sekuriti (seperti bon dan ekuiti) untuk pengapungan (menghasilkan) dana serta menguruskan urusniaga sekuriti tersebut; memberi perkhidmatan nasihat dan sokongan kepada syarikat yang memerlukan atau menjalani proses penggabungan dan pengambilalihan, penstrukturan semula dan lain-lain perkhidmatan sampingan.
BK pula lebih kepada menawarkan produk kepada pasaran syarikat industri kecil & sederhana dan perseorangan (ada yang terer dapat pelanggan dari konglomerat besar pun ada, ini bergantung kepada agresif atau tidak strategi pemasaran bank tersebut). BK menerima deposit dari pelanggan (iaitu dengan membuka akaun simpanan, akaun simpanan tetap, akaun semasa dll) tetapi BP tidak. Produk kredit ditawarkan BK adalah seperti pinjaman peribadi, pinjaman perumahan, bancassurance (BK sekarang dah jual insurans..), ‘tradebills’ dan macam2 lagi.
Hmm…rasanya cukuplah dulu penerangan saya, bukan apa nanti jadi pening plak. Sebenarnya lebih mudah kalau saya terangkan dlm bahasa omputeh sebab banyak perkataan2 teknikal atau term2 yang payah gak nak di’translate’kan. Kalau nak buat rujukan bolehlah pergi ke kamus wikipedia untuk tahu dengan lebih lanjut. Kalau ada permintaan untuk penerangan yang lebih mendalam, bolehlah saya kongsikan lagi. Harap info ini berguna. Selamat !










Recent Comments