Blog Esklusif Perkongsian Ilmu, Pencetus Idea & Sumber Motivasi
RSS icon Email icon Home icon
  • Langkah Ke Depan

    Posted on February 21st, 2010 ina_kl No comments

    Salam wbt, salam sejahtera,

    Saya dah berjaya meng’update’ serba sedikit tentang aktiviti perniagaan saya dalam website yg tak seberapa nih. Maklumlah, saya pun bukanlah pakar dlm bidang IT ni…..setakat boleh menyampaikan maklumat…syukur alhamdulillah. Sekarang ni memang teramat-amatlah yang amat sibuk….Tuhan jer tau dan Dialah yang memandu dan mendorong saya untuk mengendali dan ’set priorities’ dalam kehidupan ni. Bermula dari pagi sampai ke petang sibuk menghadap assignment dan berbincang dengan kumpulan, lepas tu dalam kereta sempat pulak menelefon ke Johor buat ‘presentation’ tentang keistimewaan Alpha Lipid dan SD 2. Sampai di rumah…solat Asar jap, lepas tu bawak anak-anak ke Secret Recipe sebab diorang dah lama mintak nak makan kek. Balik rumah dah hampir maghrib…siapkan ‘dinner’ pastu makan….dah kemas2 barulah menghadap komputer sampailah saat 12 am saya menaip posting nih (lepas ni nak layan laki pulak ooopppssss.. :) ).

    Memang dari dulu saya minat berniaga… lebih2 lagi sebab kita ada ‘kepercayaan’ yang kuat pada produk kita sendiri…hanya melalui cara kita mengambil dan mengalami sendiri kebaikan produk kita tu. Lepas tu tugas kita hanya bercerita dan berkongsi dengan orang lain. Cuma agak kelakar sbb saya hanya mula berkecimpung dalam dunia perniagaan setelah berbelas-belas tahun bekerja di bank. Tak kisahlah…sebab saya pun suka kerja kat bank nih…. :) . Banyak pahit manisnya….serta luas permandangan.

    Harapan saya agar saya terus sihat untuk meneruskan kehidupan yang mendatang. Semoga Allah memberi rezeki yang lebih barakah atas hasil perniagaan ini dan agar saya lebih kuat berusaha. Walaupun menghadapi stress yang sangat mencabar, pastinya saya akan boleh lakukan melalui pertolongan dan bertawakkal padaNya.

    Pada sesiapa yang berminat untuk ikut saya, pm lah pada saya…kita mengorak langkah bersama2…..

    Wassalam…selamat !

MyBlogLog
Add to Technorati Favorites