-
Network Marketing Bakal Meletup
Posted on March 22nd, 2010 2 commentsSalam w.b.t, selamat sejahtera,
Walaupun mempunyai waktu yg agak terhad utk menulis, saya dapat juga meluangkan masa utk buat posting di blog ini. Jikalau pembaca mengikuti posting saya dari awal, anda akan perasan bagaimana saya mula menulis tentang kerjaya makan gaji vs. berniaga…dan kemudian saya ada membuat kupasan tentang membina sesebuah pernigaan malah ada juga kupasan tentang membina kerjaya.
Posting2 itu dibuat semata-mata atas dasar ingin berkongsi pengetahuan dan maklumat terutama buat mereka yang masih muda dan tercari-cari informasi untuk membina perjalanan kehidupan yg semakin mencabar ini.
(Saya baru aje berjaya siapkan kesemua assignment yg telah saya hantar sebelum tarikh akhirnya pada 21 Mac, dan saya harus pula menelaah buku2 untuk menghadapi exam pada penghujung April ini. Tapi oleh kerana jari jemari ini tersangat teringin untuk menulis di wadah inovasi ini…maka saya luangkan sedikit dari masa saya
).Apakah cara untuk memulakan perniagaan ? Saya pernah menulis tentang bagaimana membina perniagaan dengan cara yang ’susah’ di posting saya yg lepas bertajuk Tips Mebina Kerjaya dan Pengalaman dan sekarang saya ingin berkongsi dengan anda cara memulakan perniagaan dengan kos yang rendah dan selamat.
Pasti anda semua pernah dengar tentang MLM. Saya dulu pun memang memandang negatif terhadap MLM. MLM ataupun ‘multilevel marketing’ dikaitkan dengan skim piramid, skim pak man telo dan sebagainya. Tapi hakikatnya bukan kesemua bentuk atau jenis MLM yang berada di pasaran itu tidak bagus. Ada yang betul2 baik dan mempunyai sistem pemasaran yang efektif.
Saya telah membaca sebuah buku yang bertajuk ‘The New Professionals : The Rise of Network Marketing as the Next Major Profession’ yang ditulis oleh 2 orang penulis dari Amerika Syarikat bernama Charles W. King dan James W. Robinson. Charles W. King adalah merupakan seorang konsultan dan professor di University of Illinois, Chicago dan mempunyai pengalaman berpuluh-puluh tahun dalam bidang keusahawanan dan pemasaran. James W. Robinson pula adalah merupakan Senior Vice President di U.S Chamber of Commerce yang merupakan kesatuan perniagaan yang terbesar di dunia mengandungi 3 juta institusi perniagaan kecil dan besar.
Di dalam buku tersebut, kedua-dua penulis ini telah mengenalpasti dan merumuskan bahawa perniagaan MLM atau sekarang dipanggil Network Marketing akan menjadi satu profesion yang bakal meletup dan akan semakin ramai golongan professional menyertai perniagaan ini. Kenapa ? Ini adalah kerana perniagaan ini mempunyai low entry cost serta overhead cost yang paling minimum untuk kita memulakan perniagaan ini. Syarikat marketing network sekarang pula sudah semakin bijak dan sedia melaburkan banyak wang untuk melakukan penyelidikan bagi memastikan kualiti produk2 mereka terjamin.
Jikalau berkesempatan, bacalah buku ini kerana banyak ilmu yang penting untuk kita timba, tentang konsep mencari pendapatan seiring dengan kebebasan masa, dan sebagainya. Yang pasti, semakin manusia menjadi inovatif untuk mencari rezeki, ada juga manusia yang semakin inovatif dengan mengambil kesempatan menipu manusia lain. Hati-hati apabila memilih jenis MLM atau apa2 jua bentuk perniagaan yang menipu, mengelirukan dan tidak menguntungkan peserta. Carilah network marketing yang mempunyai kredibiliti kukuh, produk yang berkualiti, sistem pemasaran dan insentif yang bagus serta bertaraf antarabangsa. InsyaAllah.
Selamat ! Wassalam.
-
Pembeli dan Penjual dalam MLM
Posted on February 6th, 2010 2 commentsSalam wbt, salam sejahtera,
Waduhh…..saya rasa sangat bersalah sebab dah lama tidak menulis di blog nih. Macam-macam perkara yang dah berlaku…dan yang akan berlaku. Macam2 nak dirancang dan dilaksanakan.
Baru-baru ini saya telah menerjunkan diri dalam bidang perniagaan. Saja2 nak mencuba…. lagipun seronok juga bila bergaul dengan orang business, mereka lebih agresif dan open-minded berbanding dengan kebanyakan mereka yang makan gaji. Dalam diam tak diam, banyak juga sales yang saya buat sejak hampir 2 minggu berkecimpung.
Ia adalah perniagaan MLM (seperti biasalah…trend sekarang) jadi produk sudah tersedia. Yang pasti apabila kita terlibat dengan perniagaan MLM ini, kita mesti menganggap produk yang kita pasarkan adalah seolah-olah produk itu kita yang cipta dan kita keluarkan : seperti seorang usahawan yang bertungkus lumus mendirikan kilang, mencipta formula, mendapatkan pembiayaan kewangan, melakukan proses pengilangan, kawalan mutu dan akhirnya terhasillah sesuatu produk itu. Cuma bezanya dalam perniagaan MLM kita tidak perlu bersusah payah nak mengeluarkan dan menghasilkan produk - kita hanya perlu memasarkan produk tersebut. Jadi semestinya kita mesti ada cukup pengetahuan dan maklumat tentang produk kita sendiri.
Menganggap produk itu seolah-olah ciptaan atau penghasilan kita sendiri bermakna kita sendiri arif dan tahu segala-galanya tentang produk, kelebihan serta kebaikan termasuk cara penghasilan dan pembuatannya. Itu lebih baik. Kita sendiri menggunakan produk tersebut dan setelah ‘experience’ sendiri barangan kita, maka lebih mudah untuk kita menerangkan kepada bakal pembeli kita. Kita sendiri boleh menilai sejauhmana mutu/kualiti dan kebaikan serta manfaat yang kita perolehi dari barangan kita. Adalah sukar jika kita sendiri tidak menggunakan produk dan tidak ‘percaya’ pada produk kita malah menjualkannya pula pada orang lain.
Apabila kita bercerita dengan rakan-rakan atau prospek tentang kebaikan produk kita, keyakinan kita pada barangan sendiri akan terselah daripada keyakinan kita menyampaikan fakta tentang produk kita. Malah, ada antara bakal pembeli yang akan terus mengambil keputusan untuk membeli kerana mereka percaya pada kita tanpa merasa ragu-ragu dan tanpa perlu membuat homework tentang barangan kita. Sesetengah dari rakan-rakan kita akan berkata, “aku beli ni sebab aku percaya kat ko. Aku tengok ko pun nampak segar dan sihat berbanding dulu”.
Jadi kesimpulannya, kita harus membawa imej produk kita dalam diri kita sendiri, untuk kita mudah mengajak pengguna lain membeli dan menikmati sama kebaikan produk kita.
Wassalam. Selamat !
Nota : Penulisan di atas adalah pendapat penulis sendiri dan ia mungkin berbeza dengan pendapat anda. Penulis mengalu-alukan sebarang komen. Terima kasih.











Recent Comments