Blog Esklusif Perkongsian Ilmu, Pencetus Idea & Sumber Motivasi
RSS icon Email icon Home icon
  • Melancong ke Sabah - Tips Untuk Merancang Bajet

    Posted on June 17th, 2009 ina_kl 14 comments

    Salam dan selamat sejahtera semuanya,

    Kali ini saya ingin berkongsi pengetahuan dan sedikit pengalaman dengan anda semua. Oh ya, minggu lepas saya telah membawa keluarga bercuti ke Sabah. Hmmm…dah lama saya berhajat nak cuti-cuti mesia ke sana….akhirnya tercapai juga.

    Saya pasti pada anda yang kemampuan kewangan tahap ‘ala-kadar’ macam saya, sudah tentu ada keinginan untuk melancong dan bercuti bersama keluarge tapi poket tak berapa mengizinkan. Jadi untuk ini saya ingin berkongsi beberapa tips yang saya rasa akan dapat membantu anda sedikit sebanyak dalam merealisasikan hajat untuk melancong. Bagi menerangkan tips ini saya akan mengambil contoh perancangan bajet saya sendiri apabila merancang percutian ke Sabah minggu lepas.

    Yang pertama, tulis dengan jelas lokasi idaman anda itu pada kertas….sebaik-baiknya satu buku nota khas. Tulis apa agenda percutian tersebut, siapa yang anda akan bawa dan anggaran perbelanjaan (kesemuanya, bermula keluar rumah..sampailah balik semula ke rumah). Contoh seperti berikut :

    Lokasi Percutian :  Kota Kinabalu, Sabah (4 hari, 3 malam)

    Agenda : Shopping (sourvenir,gelang pearl), melawat ke kaki gunung, snorkeling kat Pulau Manukan, etc

    Anggota : 4 Dewasa, 3 kanak-kanak, seorang bayi

    Anggaran kesemua kos :  RM10,000.00

    Bergantunglah pada anda untuk menabung dan tunggu sampai simpanan anda mencecah angka tersebut, atau bagi yang berkelayakan untuk buat pembiayaan peribadi, bolehlah buat pinjaman dengan syarat mampu untuk bayar semula. Anggaran kos ini mestilah anggaran kasar yang dibuat….sebab nanti anda akan buat bajet yang terperinci pulak.

    Langkah kedua, berdasarkan agenda yang anda tulis, cuba fikirkan apa aktiviti atau ‘itinerary’ yang anda mahu. Nak senang, anda boleh lawat mana-mana website agensi perlancongan yang menawarkan pakej perlancongan ke tempat yang anda tuju beserta dengan harga pakej sekali. Contoh :

    ABC Travel & Tour Sdn Bhd : Pakej Percutian 4 hari 3 malam ke Kota Kinabalu, Sabah; Price per pax RM1,252 for adult and RM952 for kid (Infant RM100), ; Itinerary : [Day 1 - pick up from airport (flight AirAsia) and check-in at hotel, shopping at Filipino market], [Day 2 - Proceed to Nabalu and Kinabalu Park, visit Kundasang market, Poring hot spring, lunch at Ranau town], [Day 3 - Proceed for island hopping, snorkelling at Manukan, Mamutik and Sapi islands] and [Day 4 - free & easy and check out and proceed to airport].

    Langkah yang ketiga, apa yang saya lakukan, saya telah pilih satu pakej perlancongan yang bersesuaian dengan agenda saya (seperti contoh di atas) dan saya terus hubungi agen tersebut. Haa…yang ni sangat penting untuk perancangan bajet anda. Pada langkah ini bagi mereka yang takde masalah kewangan dan takde masa nak fikir dan sibuk, mereka akan terus suruh agen perlancongan yang uruskan segala-galanya. Bagi saya pula apa yang saya lakukan, saya minta quotation harga daripada agen untuk pakej keseluruhan (termasuk flight, penginapan, makan minum dan pengangkutan). Daripada quotation tersebut saya akan ubahsuai mengikut citarasa saya hinggalah saya dapat bajet yang sesuai dengan kemampuan/ kewangan saya. Seperkara yang penting, merancang awal adalah lebih baik sebab kita sebenarnya boleh menjimat banyak wang dari segi kos penerbangan kerana sememangnya syarikat penerbangan seperti AirAsia dan MAS memang ada menawarkan pakej-pakej diskaun kepada mereka yang menempah tiket awal.

    Setelah menilai dan menimbang banyak perkara, akhirnya saya buat keputusan untuk uruskan sendiri soal penerbangan, book sendiri hotel dan uruskan makan dan minum sendiri di sana (kecuali sarapan pagi sebab disediakan oleh hotel). Memandangkan suami kakitangan kerajaan, dapatlah diskaun sket untuk hotel. Untuk tempah penerbangan pulak tak susah sebab boleh buat online semuanya. Pihak agensi perlancongan tu bagus, sangat profesional dan sanggup melayan kerenah saya yang terlalu banyak bertanya (sebab saya ni cerewet orangnya :) ). Akhirnya saya cuma minta agensi tersebut uruskan soal pengangkutan di sana untuk aktiviti seperti yang ada di dalam itinerary.

    Jadi di sini daripada harga keseluruhan asal berjumlah RM7,964 (untuk pakej keseluruhan yang disedia oleh agensi perlancongan), saya telah mendapat penjimatan sebanyak RM560 setelah membuat perubahan seperti yang saya sebutkan (kalau saya merancang lebih awal, mungkin dapat jimat lebih lagii….oleh kerana perancangan dibuat hanya dalam masa sebulan maka kos tiket penerbangan seperti yang disebut dibawah adalah agak tinggi sebenarnya). Perincian bajet selepas perubahan adalah seperti berikut :

    Kos penerbangan (keseluruhan) : RM4,554

    Kos penginapan : RM1,210

    Charter service : RM1,000

    Bot & alatan snorkeling dan entrance fees : RM340

    Makan minum : RM300

    Kos keseluruhan : RM7,404

    [Tak termasuk shopping. Anggaran kos untuk shopping RM1,300. Maka kos (berdasarkan bajet terperinci) kesemuanya ialah RM8,704 .... masih kurang dari anggaran kasar kos sebanyak RM10,000 !!]

    Walaupun mengikut pengiraan di atas saya cuma jimat RM560, tetapi kalau diikutkan saya boleh jimat lebih banyak lagi. Ini kerana mengikut quotation asal flight yang disediakan ialah AirAsia. Saya pulak oleh kerana saya bawak mak dan pembantu rumah serta anak kecik saya terpaksalah saya memilih MAS, walau pun bayar lebih sedikit tapi memang lebih selesa berbanding AirAsia. Bot untuk aktiviti island hopping pulak kami sewa satu bot khas untuk keluarga kami saja…dan bayar lebih sedikit untuk itu. Kesimpulannya walaupun saya telah memilih MAS dan bot sewaan khas yang lebih mahal…saya masih lagi jimat sebanyak RM560. Memang berbaloi !!

    Jadi bolehlah saya ringkaskan di sini tips untuk merancang bajet percutian anda adalah seperti berikut :-

    Langkah Satu - Rancang dengan jelas percutian anda (lokasi, agenda, bilangan peserta, anggaran kos keseluruhan)…lebih awal merancang, lebih banyak anda boleh berjimat;

    Langkah Dua - Fikirkan aktiviti yang anda mahu bersesuaian dengan agenda anda;

    Langkah Tiga - Bila dah ada itinerary, buat bajet terperinci. Ubah quotation asal pakej dan berurusanlah dengan agensi perlancongan yang anda selesa berurusan. Buat bajet terperinci dengan berhati-hati dengan mengambilkira setiap aktiviti yang anda akan lakukan, bertepatan dengan kehendak dan keselesaan anda.

    Perkara yang paling penting yang saya belajar dari kesilapan saya ialah, pastikan setiap pertanyaan atau kemahuan anda dibuat bertulis (melalui email). Jika anda seorang yang begitu menepati masa, anda mungkin mahu agen itu pastikan van yang menjemput anda itu datang tepat pada masanya; jikalau anda mahukan tour guide (yang bukan setakat jadi driver tapi berkemampuan untuk memberi informasi untuk anda sepanjang perjalanan) …minta supaya dipenuhi kehendak anda. Jangan andaikan kesemua itu akan tersedia. Ini penting untuk mengelakkan segala salah faham yang mungkin timbul antara anda dengan agen anda.

    Lagi satu yang penting, berhati-hati memilih agen perlancongan. Pilih syarikat yang kukuh, sudah lama beroperasi dan berpengalaman. Sebagai agen, perkhidmatan yang bakal diberi adalah berdasarkan amanah dan kepercayaan yang diberikan oleh kita sebagai pelanggan. Jadi carilah agen yang boleh dipercayai dan jujur. Percaya pada gerak hati anda sekiranya anda tercium sesuatu yang tidak kena bila berurusan dengan agen yang ada niat nak menipu duit anda !

    Itulah saja perkongsian buat kali ini. Diharap dapat membantu anda. Selamat !

MyBlogLog
Add to Technorati Favorites