Blog Esklusif Perkongsian Ilmu, Pencetus Idea & Sumber Motivasi
RSS icon Email icon Home icon
  • Kerjaya di Sektor Perbankan

    Posted on June 1st, 2009 ina_kl 16 comments

    Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,

    Sejak kebelakangan ni saya ada terima beberapa permintaan dan soalan berkenaan kerjaya dan masa depan, semua soalan tu alhamdulillah saya dah respon kepada penghantar. Ada 2 orang dari luar negara yang meminta nasihat dari saya untuk meloloskan diri ke sektor perbankan di negara kita (maknanya nak jadi expatriate di negara ni la…).

    Nampak gayanya nama Malaysia memang sudah tersohor di persada dunia perbankan terutamanya dalam perbankan islam. Ramai mereka yang di luar sana cuba meninjau potensi untuk mereka bekerja di sini. Tapi saya maklumkan pada mereka bahawasanya ia tidak semudah yang disangkakan. Ramai lepasan ijazah di sini pun tidak dapat merebut peluang pekerjaan di sektor perbankan.

    Ada beberapa cara bagaimana untuk mendapat tempat bekerja di sektor perbankan di negara kita :

    1.   Bank-bank akan menawarkan biasiswa pelajaran dan biasanya mereka yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum akan terpilih. Setelah tamat pengajian di universiti, mereka akan terikat dengan bank selama 5 tahun sebagai syarat penerimaan biasiswa tadi;

    2.   Ada yang bukan pemegang biasiswa tetapi terpilih untuk menyertai ‘management trainee programme’ yang dianjurkan pihak bank. Saya rasa sekarang dah kurang management trainee program ni sebab bank-bank sekarang lebih berminat ambil pekerja muda secara kontrak sebab lebih murah dan senang. Tapi agak malang dan saya amat bersimpati pada adik-adik junior yang bekerja secara kontrak ni sebab saya lihat rata-rata mereka tidak diperbaharui kontrak selepas 11 bulan… lepas abis kontrak mereka terus hilang…. Secara peribadi saya tidak setuju dengan approach yang bank laksanakan….dan perkara ni memang saya ada nyatakan semasa ‘exit interview’ sewaktu saya melangkah keluar meninggalkan bank lama saya…

    3.   Ada yang bernasib baik diserap masuk sebagai pekerja tetap di bank (asalnya kerja secara kontrak). Ada yang dapat masuk sebab ada kabel atau ada sedara mara atau memang dah rezeki (ingat, rezeki di tangan Allah….yang pasti kita berusaha dan bertawakkal, insyaAllah cita-cita kita akan dimakbulkan asalkan kita tau cara untuk merealisasikan cita-cita tersebut…..sekadar selingan).

    Kerjaya di dalam bank itu sendiri ada macam-macam bidang…ada pengurusan kredit, pemasaran, pengurusan tunai, dokumentasi, pengurusan risiko dan macam-macam cabang lagilah. Boleh masuk ke mana-mana website bank dan adik-adik boleh lihat jabatan-jabatan atau sub-division yang ada. Selalunya mereka yang berjaya masuk ke cabang pemasaran, pengurusan kredit atau perbendaharaan yang kerja mereka membawa masuk bisnes ke bank adalah mereka yang bakal mendapat bonus tahunan lumayan ! Ada yang sampai berbelas-belas bulan.

    Pihak pengurusan bank sangat melihat kepada pengalaman dan kepakaran staf mereka dan tidak hairanlah jika tenaga pengurusan kanan di bank dibayar gaji yang lumayan (lima angka) dan di samping itu mereka mendapat berbagai-bagai bentuk kemudahan seperti tanggungan kos perubatan. pelan pemilikan kereta (mewah) dan macam-macam lagi lah (blackberry, overseas training, petrol allowance bla bla bla…)

    Berminat kerja di bank ? Macam menarik kan ?! Memang menarik kalau adik-adik betul-betul berminat. Tapi cabaran yang menanti pun bukan calang-calang…. saya sendiri pun masa mula-mula kerja dulu selalu nangis dan rasa nak berhenti je sebab tak tahan, tapi sudahnya terpaksa terus kerja sebab tak mampu nak bayar balik biasiswa (terikat punya pasal). Tapi alhamdulillah sekarang saya boleh berbangga dengan kejayaan dan tahap yang saya capai sekarang walau pun tidak setinggi mana. Alhamdulillah…walau dengan tekanan kerja dan cabaran yang dilalui saya dapat menyambung pelajaran secara sambilan dan pada masa yang sama melayan keluarga dan anak-anak yang sedang membesar. Alhamdulillah….

    Selamat !

  • Jangan Kerja di Sektor Perbankan Kalau…

    Posted on January 4th, 2009 ina_kl 3 comments

    Pada hemat saya, kerjaya yang paling dinamik pada era ini ialah kerjaya di sektor perbankan. Bunyinya macam bias sebab saya sendiri kerja di bank… tapi saya rasa kenyataan ini betul. Kenapa bukan doktor, atau jurutera, atau arkitek mahupun peguam ?

    Sektor perbankan adalah pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Kukuh atau lemah struktur perbankan dan kewangan sesebuah negara akan menentukan momentum pertumbuhan sektor2 lain terutama sektor sokongan seperti perkhidmatan sosial (pendidikan, perubatan, pembangunan infrastruktur) dan sektor industri.

    Sistem perbankan akan selalu berubah mengikut perkembangan ekonomi serantau atau global. Maka banyak dasar2, garispanduan dan polisi2 terpaksa dikemaskini dari masa ke semasa oleh Bank Negara dan bank-bank yang beroperasi. Pada masa yang sama, bank harus bersikap agresif dalam meluaskan penguasaan pasaran memandangkan persaingan sengit sesama bank.

    Kerja bank amat meletihkan dan memerlukan kerja lebih masa (selalu balik malam). Untuk cepat ‘naik’…anda harus pandai menonjolkan diri, bersikap proaktif dan yang penting, skil anda dalam berkomunikasi. Bekerja di bank betul2 akan mengajar anda tentang ‘negotiaion skills’ kerana anda akan berhadapan dengan macam2 situasi yang mencabar bila berdepan dengan kerenah pelanggan.

    Untuk menjadi pegawai bank, anda harus mempunyai kelayakan akademik yang bersesuaian  iaitu diploma atau ijazah dalam jurusan perakaunan, ekonomi, kewangan dan yang berkaitan. Sejak kebelakangan ini jurusan dalam bidang seperti kejuruteraan, perdagangan antarabangsa sudah mula diterima sebagai keperluan menyediakan ‘analyst’ dalam bidang2 yang khusus. Tahap pengetahuan juga perlu  tinggi..maklumlah nak berdepan dengan orang2 bisnes, usahawan.. golongan selebriti pun ramai kan.

    Jadi kalau ada adik2, saudara2 atau rakan2 yang teringin nak keja bank… fikir dua kali (cukup dua kali jer :) ). Kerjaya yang menarik, gaji dan bonus lumayan… tapi memerlukan komitmen yang tinggi. Jika anda rasa tidak mampu memberikan komitmen yang diperlukan, maka adalah lebih baik anda bekerja di sektor yang lain untuk mengelakkan anda berhadapan dengan macam konflik2 dalam hidup anda.

    Nanti saya akan menulis tentang ‘Perbankan Islam - Bangkit di Celah Keruntuhan Perbankan Konvensional’.

    OK, selamat !

MyBlogLog
Add to Technorati Favorites