Blog Esklusif Perkongsian Ilmu, Pencetus Idea & Sumber Motivasi
RSS icon Email icon Home icon
  • Polisi Insurans Untuk Pembantu Rumah

    Posted on August 16th, 2009 ina_kl 1 comment

    Salam…

    Dah lama saya tak menulis di sini….tempoh hari saya ada buat sedikit posting, tapi disebabkan masalah server maka posting pun hilang :( .

    Kali ini saya ingin memperkatakan tentang polisi insurans untuk pembantu rumah. Ya, sejak saya mengambil pembantu rumah baru Januari lalu, saya dah lama mencari-cari polisi yang sesuai. Tidak banyak syarikat insurans yang ada polisi untuk pekerja asing sebegini. Entahlah, saya pun tak abis scout around…cuma baru-baru ini saya ada terbaca tentang satu polisi insurans baru yang agak menarik perhatian saya : POS - Perlindungan Pembantu Rumah. Ya, seperti yang saya cari-cari selama ni !

    Saya pun dengan pantas mencari seberapa banyak maklumat tentang skim polisi ini. Saya sempat singgah ke pejabat pos untuk mendapatkan brochure.

    Skim Pos- Perlindungan Pembantu Rumah adalah satu bentuk usahasama antara POS Malaysia dengan RHB Insurance Berhad. Permohonan boleh dibuat di mana-mana pejabat pos berhampiran bermula dari 15 Ogos 2009.

    Maaflah yea…pemandangan agak kabur sedikit…almaklumlah tak berapa pandai dan tak cukup tools. Secara umumnya ada 4 pelan iaitu Pelan A, B, C dan D  yang hanya dibezakan oleh amaun faedah kematian kemalangan atau ketidakupayaan kekal. Terdapat 7 jenis faedah yang bakal diterima dibawah keempat-empat pelan yang disebutkan. Mari kita ambil contoh Pelan A, pelan yang termurah iaitu premium RM60 untuk tempoh perlindungan 12 bulan dan RM85 untuk tempoh perlindungan 24 bulan.

    Faedah kemalangan/ ketidakupayaan kekal : RM10,000

    Perbelanjaan perubatan (akibat kemalangan) : RM750

    Perbelanjaan pembedahan dan hospital (akibat kemalangan) : sehingga RM2,000

    Manfaat hospital tunai mingguan : RM110 (maksimum RM1,100)

    Manfaat penghantaran pulang : sehingga RM3,500

    Liabiliti peribadi : sehingga RM2,000

    Pampasan akibat pemberhentian kerja : RM250

    Pada pendapat saya polisi ini amat berpatutan. Seperti Pelan A, walaupun faedah kemalangan atau keupayaan kekal hanyalah RM10,000, jumlah ini cukup untuk menampung kos penghantaran pulang jenazah ke Indonesia jika pembantu rumah meninggal akibat kemalangan (berdasarkan anggaran sahaja). Cuma saya berpendapat faedah untuk menampung kos perubatan haruslah lebih tinggi. Ini memandangkan kadar bayaran yang dikenakan ke atas warga asing sememangnya lebih tinggi di mana-mana hospital kerajaan mahupun swasta. Adalah lebih ideal jika pelanggan diberi pilihan untuk mendapatkan faedah perubatan yang lebih tinggi.

    Seperkara lagi yang perlu diberi perhatian apabila kita hendak memilih polisi insurans ialah kefahaman kita sendiri berkenaan apa yang dilindungi. Dalam skim insurans ini, ia lebih berbentuk insurans perlindungan kemalangan. Kebanyakan pembantu rumah kita hanya duduk di rumah dan jarang keluar bersendirian…jadi adakah kemlangan yang dimaksudkan itu hanya kemalangan jalanraya atau meliputi kemalangan domestik/ rumah seperti melecur, patah tangan/ kaki, jatuh dan sebagainya ? Perkara ini perlu diteliti, jika kita kurang berhati-hati maka kemungkinan akan timbul banyak salah faham di kemudian hari terutama apabila kita hendak membuat tuntutan. Pihak pembekal insurans akan menolak tuntutan kita jika kemalangan yang dialami tidak seperti kemalangan yang didefinasikan seperti di dalam polisi.

    Lebih baik kita banyak bertanya dan minta kepastian sekarang sebelum memilih mana-mana polisi insurans…tidak dapat dinafikan kebanyakan ada segelintir agen insurans yang tidak begitu telus apabila membuat proposal. Sesetengah daripada mereka, bukan semua :) hanya memikirkan untuk close the deal aja. Berbalik kepada skim yang kita bincangkan iaitu polisi usahama dengan POS Malaysia ni, kekurangannya ialah staf yang duduk di kaunter tu mungkin tidak berapa tahu sangat kalau kita nak dapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan polisi insurans pembantu rumah ni. Jadi tak perlulah buang masa, and boleh cuba hubungi RHB Insurance Berhad sendiri di talian 03-9281 2731.

    Saya agak terkilan, kenapa tidak diberikan opsyen untuk perlindungan islam/ takaful untuk polisi sebegini.

    Wassalam…selamat !

MyBlogLog
Add to Technorati Favorites