Blog Esklusif Perkongsian Ilmu, Pencetus Idea & Sumber Motivasi
RSS icon Email icon Home icon
  • Susah Senang Menjernihkan Hati

    Posted on June 25th, 2009 ina_kl 3 comments

    Salam dan selamat sejahtera,

    Entah kenapa hati saya semacam geram dan tidak puas hati, rasa nak buat satu surat aduan kepada pihak kerajaan kenapa perkara semacam ini mesti terjadi…

    Saya baru je diberitahu oleh suami yang dia akan berkursus selama satu minggu di Genting Highlands.

    “Satu minggu ?! Lamanya ! Bila nak kena pergi ?”.

    “Hari Ahad ni..pagi nak bertolak”.

    “Ahad ? Sepatutnya hari Sabtu dan Ahad kena spend time dengan keluarga. Drive sendiri atau ada pengangkutan disediakan?”.

    “Drive sendiri…”

    Tiba-tiba rasa bengang yang meluap-luap datang (tambah-tambah pulak masa dapat berita saya baru pulang dari kerja dan menempuh traffic jam yang begitu mencabar). Ishh…bengang, bengang.

    Sebenarnya saya terkilan kenapa kakitangan kerajaan harus pergi berkursus jauh-jauh dan mengambil masa 4, 5 dan sampai seminggu….saya yang kerja swasta tak pulak sibuk-sibuk nak berkursus jauh-jauh, paling jauh pun nun kat Bangi, dan paling lama pun 3 hari.

    Akhirnya selepas berfikir masak-masak…tak guna saya nak marah. Kalau nak marah pada suami, apa pilihan yang dia ada. Memang anak-anak selalu demam bilamana suami saya outstation dan itulah yang meresahkan saya…tapi apa pilihan yang saya ada ?

    Maka saya fikir, apa yang saya harus lakukan adalah menjernihkan hati sendiri. Bagi diri saya sendiri  yang cepat melenting, ini adalah ujian dariNya. Berperang dan cuba memotivasikan diri, menahan diri dan bersabar….itulah sebahagian dari ujian. Mungkin juga ada perkataan yang terlepas ketika marah dan mungkin saya dah melukakan hati suami saya….ntahlah, tiba-tiba saya rasa bersalah pulak. Terasa rugi pula bila terlalu mengikut emosi.

    InsyaAllah…lepas ni saya tak naklah marah lagi…nak mesra dengan suami semula macam biasa. Daripada marah, baiklah tenaga marah tu ditukar kepada tenaga kinetik yang boleh mendorong saya membuat kerja berfaedah…kan. Yang penting, saya doakan suami pergi dan pulang dengan selamat dan dapat menimba pengetahuan sebaik mungkin dari kursus tersebut. Amin.

    Selamat !

MyBlogLog
Add to Technorati Favorites