-
Bila Keinginan Mengatasi Keupayaan - Kerja Kosong
Posted on March 31st, 2009 3 commentsSalam & Selamat sejahtera,
Ya..tajuk di atas tu berkenaan diri saya sendiri. Terlalu banyak keinginan tapi tak mampu nak merealisasikan kesemua keinginan itu. Sedih ? Sedih jugak tapi tak apalah…sekurang-kurangnya niat tu dah ada….moga-moga dapatlah juga ganjaran pahalanya..amin…
Kalau dari sudut konsep ‘Islamic Worldview’, Islam mengambilkira sifat manusia yang ada banyak keinginan, nafsu dan cita-cita. Malah umat Islam digalakkan bekerja keras untuk mencapai matlamat duniawi…seperti nak jadi kaya, nak rumah yang lebih besar, kereta lebih besar, anak-anak yang berjaya dan sebagainya. Tapi dalam urusan dan aktiviti kita itu mestilah berlandaskan garispanduan dan peraturan yang Allah telah tetapkan. Barulah kita layak mendapat ganjaran untuk bekalan kita di kemudian hari. Wah, macam ustazah pulak ye…
Saya cuma berharap dapat buat posting lebih banyak di blog saya yang tak seberapa ni. Itulah keinginan saya. Nak menjana trafik dan seterusnya buat duit dari blog ?? Nantilah dulu…itu bukan matlamat saya buat masa ini. Kalau akan datang ada potensi, alhamdulillah..bolehlah diusahakan. Tapi yang pasti ia adalah joint venture project..saya tak mampu mengendalikannya sendiri. Yang jelas, perancangan tu dah ada tapi kepakaran tu kureng sangat. Menulis boleh.
Sebagai permulaan, saya perlukan seorang partner….seseorang yang akan jadi administrator untuk blog saya. Mungkin iklan jawatan kosong saya berbunyi macam ni
:“Kerja kosong : Blog Administrator cum Manager; ada kepakaran yang diperlukan untuk mengendali blog; mahir HTML language; komited dan proaktif; jujur dan telus dan tiada masalah berkomunikasi”
Kalau ada yang berminat dan memenuhi kriteria di atas, silah beri email address anda..nanti detailed job tu saya akan beri.
Selamat !










Recent Comments