-
Mengenali Tahap Kolesterol Anda
Posted on February 21st, 2010 No commentsSalam wbt, salam sejahtera,
Pada hujung bulan Disember lalu saya ada ke klinik utk buat ujian darah bagi mengetahui tahap kolesterol yg ada pada badan saya ni. Punya lah macam tak percaya sebab walau pun saya ni orangnya kecik tapi berisi - debab lah senang cakap, kolesterol saya sangat tinggi. Bacaan yg diberi ialah 6.7 mmol/L iaitu di tahap bahaya. Baru sekejap tadi terdetik di hati saya untuk menilai bacaan tahap kolesterol saya ini dan saya agak terkesima (betul ke penggunaan bahasa ni) bahawasanya : “Anda mempunyai risiko tinggi untuk mendapat serangan jantung walaupun tiada faktor2 risiko lain (seperti merokok dsb)”. Patutlah saya diberi doktor makan ubat bernama Lipitor….mahal, sekotak RM200 lebih sket. Tapi saya cuma makan untuk tempoh seminggu ajer bilamana saya dinasihatkan oleh kawan baik saya untuk berhenti mengambil Lipitor dan memulakan cara hidup sihat yg baru.
Langkah pertama yg saya lakukan ialah cuba untuk membuang lemak yg bertempek di badan ni…dgn ertikata lain, cuba menurunkan berat badan kepada berat yg lebih ideal. Itu ialah azam tahun baru saya…. dan saya mula mengurangkan makan nasi, lebihkan sayuran dan buahan dan membuat senaman di rumah. Tapi berat badan tak jugak turun2. Secara kebetulan, saya dipertemukan dengan Slimming Diet 2 keluaran New Image danĀ saya pun mencubanya, bermula tanggal 15 Jan 2010. Alhamdulillah dengan semangat dan azam yg kuat saya berjaya mengikuti nasihat dan saranan dlm program SD 2 dan untuk minggu pertama saya telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 5 kg ! Pada hari ini tanggal 21 Feb 2010, selepasĀ 36 hari mengambil SD 2 saya boleh berbangga sebab saya dah berjaya turun sebanyak hampir 9 kg. Walau pun sudah tidak mengambil SD 2 lagi, saya masih meneruskan amalan pemakanan yg sihat dan mengambil pula Alpha Lipid secara berterusan.
InsyaAllah bulan March ini saya akan kembali semula ke klinik untuk melihat samada paras kolesterol saya turun atau tidak. Mudah2an biarlah turun sampai bacaan 4 (bacaan yg terbaik). Amin……..
Sekian, wassalam.










Recent Comments