-
Menilai Harga Suatu Masa
Posted on February 5th, 2009 4 commentsSalam semua !
Sejak kebelakangan ini saya begitu sibuk terutama bila saya dah mula menghadiri kuliah dan kelas tutorial . Memang mencabar bila terpaksa nak membahagikan masa dengan kerjaya, keluarga (suami dan anak-anak)..dan sekarang pelajaran pulak.
Tadi saya mengikuti kelas tutorial dan pensyarah ada membincangkan tentang masa. Selama ini saya menyangka hanya saya sorang saja yang ada keinginan untuk membeli masa..rupa-rupanya ramai juga yang ada keinginan yang sama. Saya juga pernah post artikel bertajuk ‘Andainya Masa Dapat Kubeli’ beberapa bulan yang lepas.
Apa yang saya ingin kongsi di sini ialah apa yang pensyarah tadi perkatakan.
Kenapa kita rasa macam masa tidak pernah cukup buat kita ?
Adakah kita mempunyai kuasa yang sepenuhnya untuk mengawal dan menggunakan waktu itu seperti yang kita kehendaki ?
Akhirnya, saya mendapat jawapan…
Untuk mendapat masa yang sentiasa cukup…. masa yang kita ada itu perlulah berkat. Sebagaimana kita memastikan rezeki kita adalah berkat, datang dari sumber yang berkat, begitulah masa yang kita ada. Masa yang hanya 24 jam sehari itu adalah harta yang paling berharga buat kita semua sebenarnya.
Kengkadang…hmmm bukan kengkadang tapi selalu sangat saya hangin satu badan bila orang potong queue bila pandu kereta, motorsikal mencilok sesuka hati, mesin potostat kat pejabat buat hal, hingga saya merungut-rungut kenapa banyak masa yang terbuang bila kena mengharung jem trafik, nak membetulkan mesin potostat dan lain-lain. Saya rasa selama ini saya silap kerana hanya memandang kepada masa yang ‘terbuang’ tetapi saya terlupa untuk menjadikan masa yang terpakai (bukan lagi terbuang
) itu sesuatu yang berkat. Caranya mudah saja : nawaitu kita dan kesedaran kita adalah, apa yang dilakukan adalah kerana Allah Taala…bukan sebab nak kejar punchcard, bukan nak kejar deadline dan lain-lain. Hati akan pasti lebih tenang dan setiap saat apabila kita mengenang Allah maka Allah akan memberikan ganjaran pahala buat kita. Bukankah setiap saat dalam hidup ini adalah untuk beribadah kepada Allah ?Pada pengamatan saya, trend masakini ialah umat islam lebih cenderung melihat kebendaan. Apabila masa juga dianggap sesuatu yang berharga dari sudut materialistik, maka 24 jam sehari yang kita ada memang akan tak pernah cukup.
Sebagai insan yang penuh kekurangan, banyak kesilapan yang saya lakukan dan banyak masa yang saya miliki dulu terbuang begitu saja. Saya harap rakan-rakan, adik-adik seperjuangan sekalian dapat menfaat sedikit sebanyak dari perkongsian ini dan masih belum terlambat untuk kita berubah demi kebaikan. Selamat !
4 responses to “Menilai Harga Suatu Masa”
-
Salam,
Selamat kembali ke dunia pembelajaran. Good luck n have a joyful day ahead wif ur family.
-
Nak menguruskan masa bukan mudah kalu kita tak tahu menghargai nilai masa tu. Tuhan pun penah berjanji dengan masa. Yang lalai terus kerugian.
Aku pun terasa terlalu banyak masa yg terbuang…bukan apa takut masa muda nie disia-siakan mcm tue jer..
-
salam,
terima kasih add aku di mybloglog.. ini kali pertama aku melawat blog ni.. cantik dan tersusun blog ko ini.
-
Salam,
menarik….betul gak ye, ada sorang ustad bagitau, 24 jam Allah S.W.T bagi kat semua orang, 8 jam keje, 8 jam rehat n 8 jam untuk ibadat kat Dia…
Leave a reply
-




















Recent Comments