-
Urusan Pengambilan Pembantu Rumah
Posted on February 24th, 2009 5 commentsRupa-rupanya bukan mudah kalau nak uruskan sendiri proses pengambilan pembantu rumah (”maid”) dengan imegresen. Tak hairanlah kalau ada yang sanggup keluar duit sampai 7 atau 8 ribu, tau-tau maid dah sampai depan pintu rumah.
Bagi mereka yang kurang berkemampuan macam saya (aduh, 8 ribu tu terlalu mahal dong
), bolehlah cari agen-agen persendirian yang boleh dapatkan kita maid tapi urusan dokumen kita kena buat sendiri. Yang ni memang murahlah..sekitar RM4,500 ke RM5,000 (kalau tahun lepas lebih murah sikit…RM4,000 dah boleh dapat) tapi ada 2 perkara kita harus pertimbangkan kalau nak berurusan dengan agen persendirian ni :(1) Kena pastikan agen itu seorang yang boleh dipercayai; dan
(2) kena sanggup luang masa berlari ke sana ke mari (isi borang, bayar setem hasil, hantar borang, urus borang FOMEMA dan lain-lain).
Sebab nak jimat punya pasal, saya pun ambil keputusan untuk guna agen persendirian. Akhirnya dapatlah agen ni yang agak murah tapi saya langsung tak kenal dan tak ada sesiapa pun rekomen (tawakkal aje sebab dah terdesak)…saya dapat nombor dia dari dalam internet aje (adalah agen-agen lain yang kawan-kawan saya rekomen tapi dah takde rezeki semuanya tak dapat dihubungi).
Alhamdulillah, sekarang proses untuk mendapatkan kelulusan dari imegresen di Malaysia dah selesai. Saya dahpun hantar ‘Calling Visa’ atau surat kelulusan tersebut beserta resit bayaran levi sebanyak RM430 ke agen saya yang berada di Terengganu dan sekarang hanya tunggu maid sampai dan lepas tu kena buat FOMEMA (pemeriksaan kesihatan ke atas maid tersebut).
Kalau anda berada di kawasan KL atau Selangor, atau kat mana-mana aje lah, sebelum nak ke pejabat imegresen untuk hantar borang permohonan yang siap diisi, pastikan dulu samada cawangan tersebut ada menyediakan urusan pembantu rumah. Pengalaman saya sendiri, konon nak ke Imegresen Putrajaya tapi memikirkan Imegresen Kajang lebih dekat, maka sayapun berlarilah ke Imegresen Kajang. Rupa-rupanya di situ tiada khidmat menguruskan pengambilan pembantu rumah. Terpaksalah saya bergegas pulak ke Imegresen Shah Alam… kebetulan hari tu cuti hari wilayah, pejabat imegresen di Putrajaya dan Damansara pulak tutup. Penat oo….
Pengalaman kakak ipar saya berurusan di Imegresen Putrajaya memang senang…borang dan dokumen diperiksa tanpa banyak soal, orang pun taklah ramai sangat. Dia sanggup ke sana walhal dia duduk di Shah Alam. Saya pulak, terpaksa berkejar ke Imegresen Shah Alam dari Imegresen Kajang tanpa rela. Hmm…adalah jugak soalan-soalan ‘tak puas hati’ dari kerani di kaunter berkenaan dokumen-dokumen yang saya isi, alamat tak lengkaplah, penyata gaji bukan yang terkinilah…tapi akhirnya, phew…tiga hari selepas itu pegawainya meluluskan permohonan saya. Akhirnya dapatlah saya meneruskan niat mengambil ‘Zainab’, nama maid baru saya tu sebagai pembantu peribadi saya (istilah baru).
Jadi buat rakan-rakan dan adik-adik semua, untuk ambil pembantu rumah sendiri kita kenalah buat ‘homework’ sikit dari awal proses hingga akhir supaya kita lebih bersedia…kalau tak banyak ‘unnecessary pressure’ dan ‘frustration’ yang terpaksa ditanggung. Hmm tapi kalau niat itu semuanya untuk mencari keredhaan Allah dan ikhlas untuk-Nya…pasti kita akan rasa puas bila segala urusan dah selesai. Ha, lepas tu sesi melayan kerenah dan memotivasi maid kita pulak. Menarik kan.
Selamat !
5 responses to “Urusan Pengambilan Pembantu Rumah”
-
Akmal June 22nd, 2009 at 10:06
mcm mana kalau kita ader kenalan di indon yg boleh carikan pembantu utk kita. mcm mana nak buat urusan, step by step. t.k. share pgalaman yer
-
Ina KL June 22nd, 2009 at 22:30
Hi Akmal, langkah pertama ialah kena buat passport Indonesia utk bakal maid tersebut…lepas tu maid tersebut kena buat medical check up di klinik-klinik panel kedutaan Malaysia (boleh check di kedutaan). Lepas tu kenalan Akmal kena poskan salinan pasport dan satu salinan asal medical check up pada Akmal supaya Akmal boleh apply Calling Visa kat Immigresen. Utk maklumat lanjut pasal Calling Visa ni, boleh lawati laman utama Jabatan Immegresen (apa borang nak isi dan dokumen yang diperlukan). Utk keluarkan Calling Visa kena sediakan bayaran levi sebanyak RM430. Bila kelulusan dah keluar, Akmal kena poskan surat asal kelulusan beserta salinan resit bayaran levi kat kawan Akmal tu…supaya dia boleh submit kat kedutaan Malaysia di sana utk keluarkan visa utk maid Akmal.
Lepas visa dikeluarkan barulah maid tu boleh dtg dan masuk ke Malaysia…dan Akmal kena jemput (samada di airport atau di pelabuhan..bergantung ikut mana dia masuk
) jgn lupa bawak surat kelulusan, salinan pasport, surat medical, resit bayaran levi utk ditunjukkan kepada pihak immegresen utk clearkan kemasukan maid.
Rasanya kawan Akmal tu mesti akan mintak bayaran pendahuluan utk buat pasport dan medical check up. Saya pernah contact direct dgn agen di sana (tanpa melalui mana2 agen di Malaysia) dan bayaran diminta sebanyak RM3,500 ke RM4,000…
Selepas maid masuk ke Malaysia, Akmal ada satu bulan utk buat FOMEMA (bayaran sebanyak RM190) dan pergi balik ke Immegresen. Imegresen akan keluarkan sticker dan lekatkan pada pasport bila lulus FOMEMA. Kalau tak lulus disebabkan maid berpenyakit, maka kena hantar maid tu balik. Pada tahap ni barulah selesai proses pengambilan pembantu rumah.
Cuma dengan situasi yang tak menentu sekarang, mcm2 spekulasi timbul…lepas ni tak taulah samada bakal berlaku perubahan dalam proses nak dapatkan pembantu rumah ni…Harap maklumat di atas menjawab pertanyaan Akmal..Selamat! -
salam ina
saya mohon bantuan Ina,boleh x ya? -
shashaqeera shamlan June 23rd, 2010 at 12:18
dari mane ye egen persendirian tu?boleh saye dptkn number telefon?
-
Hi Shasha,
So sorry, saya tak dpt nak rekomen atau beri contact no agen tersebut, atas sebab2 peribadi. Agen persendirian mmg ramai di luar sana…apa2 hal sekalipun, shasha kena sentiasa buat homework dan familiar dgn proses, yg ni shasha kena make sure agent boleh urus dan jelaskan pd shasha dgn baik.Ummu,
Sorry…mcmanalah saya boleh terlepas pandang soalan ummu. Skrg dah ada maid lom ?
Leave a reply
-




















Recent Comments