-
Kewangan Islam & Keruntuhan Kewangan Konvensional
Posted on January 12th, 2009 2 commentsTajuk di atas itu agak ironik, anda pasti tertanya-tanya apa yang saya maksudkan dengan runtuhnya sistem kewangan konvensional sedangkan bank-bank masih lagi menawarkan perkhidmatan perbankan berdasarkan sistem kewangan konvensional ?
Sudah tentu sistem kewangan konvensional masih ada dan masih berterusan tapi anda telah lihat bagaimana tamatnya riwayat Merill Lynch yang akhirnya dibeli oleh Bank of America, bagaimana Lehman Brothers boleh jatuh bankrap, Citigroup menghentikan 35,000 pekerjanya di serata dunia malah sebuah negara boleh jatuh bankrap (tau negara mana ? Iceland) disebabkan taksub dengan sistem kewangan konvensional yang lebih berteraskan kepada elemen judi (‘maysir’), riba dan ragu2 (‘gharar’) yang diharamkan dalam sistem kewangan islam.
Setakat ini, sektor kewangan islam telah menunjukkan peningkatan yang lebih menyerlah daripada kewangan konvensional. Sebagai contoh, sektor kewangan islam telah berkembang pada kadar dua angka pada tahun-tahun sebelumnya terutama lewat tahun 90an dan awal 20an sehingga mencapai 20%1. Ini adalah satu perkembangan yang memberangsangkan.
Malah, terdapat universiti di barat yang sudah mula berminat menjalinkan usahasama dengan universiti tempatan untuk mendalami dan berkongsi kepakaran dalam bidang kewangan islam. Buktinya pada 7 Januari 2009 Universiti of Reading, United Kingdom telah menandatangani memorandum usahasama dengan International Centre for Islamic Finance (“INCEIF”) Kuala Lumpur untuk berkongsi modul dan sukatan pelajaran di INCEIF. Sudah terbukti orang barat terutamanya orang Eropah sudah mula pandang dan menerima hakikat bahawa sistem kewangan islam adalah lebih baik dan stabil. Negara seperti Jepun misalnya telah meluluskan rang undang-undang baru yang membenarkan operasi kewangan islam di sana manakala Hong Kong telah pun memendam cita-cita untuk menjadi hub kewangan islam di rantau asia. Di Hong Kong telah wujud Badan Penasihat Syariah (“Syariah Advisory Council”) dan Hang Seng Islamic China Index Fund telahpun dilancarkan pada tahun 20072. Ini adalah sebahagian dari contoh-contoh yang dapat saya sebutkan – menarik kan ?
Cukuplah saya menulis tentang fakta…yang pasti prospektif industri kewangan islam yang baik telah mula memberi kesan dan kita berharap sistem yang berdasarkan kitab Al-Quran dan Hadith ini akan lebih kukuh dan lebih memainkan peranan dan diterima pakai oleh seluruh masyarakat dunia.
Soalan : sebagai orang islam, adakah anda mengamalkan sistem kewangan islam sepenuhnya ? Sekian, selamat !
_________________________________________________________________________
2 Malaysia International Islamic Financial Centre – Malaysia : Opportunities in Islamic Finance
2 responses to “Kewangan Islam & Keruntuhan Kewangan Konvensional”
-
Ooh..begitu ya
Artikel yang manis
Thanks ya atas petunjuk nya
jangan lupa mampir ke Aceh
-
nice threat.. emang saatnya sistem islami bangkit
Leave a reply
-




















Recent Comments