Blog Esklusif Perkongsian Ilmu, Pencetus Idea & Sumber Motivasi
RSS icon Email icon Home icon
  • Perkara Asas Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kredit dan Mengurus Kredit

    Posted on August 30th, 2009 ina_kl No comments

    Salam w.bt., selamat sejahtera semua !

    Bulan Ramadhan yang mulia telah pun sama-sama kita raikan dengan menjalani ibadah berpuasa, jadi saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh takwa buat pelawat budiman semua.

    Dalam hidup kita ini, kita memang tidak dapat lari dari berhutang. Anda tak percaya ? Lahir-lahir aje kita ke dunia ni, kita dah mula berhutang…berhutang dengan siapa ? Siapa lagi kalau bukan ibu dan ayah kita. Pada mereka yang sudah menjadi ibu dan ayah, pasti anda faham apa yang saya maksudkan. Banyak betul pengorbanan ibu dan ayah buat kita….maka memanglah layak dan menjadi hak mereka untuk kita lunaskan segala ‘hutang-hutang’ tersebut.

    Pada hakikatnya kita semua tidak perlu diajar tentang bagaimana berhutang. Bagi hutang yang bukan bersifat material, sifat nak ‘berhutang’ itu datang secara semulajadi dan kebetulan, contohnya apabila kita berhutang budi, berhutang nyawa (yang ini pun ada ?) dan sebagainya. Tapi bagaimana pula dengan hutang duit ?? Hutang barang ?

    Memperkatakan hutang duit, kita tidak dapat lari dari memperkatakan tentang Pengurusan Kredit. Apa itu Kredit ? Kenapa perlu kita mengurus kredit ? Adalah perlu untuk setiap individu itu mengetahui apa itu kredit sebelum mereka memasang niat untuk berhutang, atau dengan kata lembutnya, sebelum kita membuat sebarang bentuk pinjaman.

    Kredit itu sendiri bermaksud hutang. Sesuatu yang perlu dibayar semula berdasarkan tempoh dan amaun yang dipersetujui. Dari sudut konvensional, ada bunga yang ditambah atas nilai pokok - yang ni dipanggil riba dalam Islam. Dari sudut pandangan Islam, riba hukumnya haram dan dalam Islam, pinjaman wang sepatutnya dibuat mengikut konsep Qard Hasan… yakni tiada unsur riba, bunga atau lebihan yang berbentuk menindas si peminjam. Qard Hasan adalah berlandaskan ehsan dan bahawasanya setiap amalan baik akan diberi ganjaran yang berlipatkali ganda (apabila dalam situasi si peminjam betul-betul tidak dapat atau tidak mampu melunaskan hutang walaupun dia telah berusaha bersungguh-sungguh). Qard Hasan juga adalah sebahagian bentuk pengagihan kekayaan oleh orang kaya kepada orang miskin selain daripada zakat, wakaf dan sadaqah.

    Berbalik soal mengurus kredit, mudah saja….setelah kita tahu maksud kredit itu, prinsip yang pertama-tamanya yang perlu seseorang individu itu tau ialah sejauh mana tahap kemampuannya berhutang, iaitu dengan mengetahui sejauh mana kemampuannya membayar balik. Untuk membayar balik hutang, mestilah tau sejauh mana kemampuan untuk menjana pendapatan masa depan yang boleh diguna untuk melunaskan hutang, samada cukup atau tidak. Kemudian barulah boleh masuk fasa berhutang (atau buat loan sana sini, ambik kad kredit sana sini dan sebagainya) serta belajar mengurus kredit. Ada juga segelintir individu yang tidak mengkaji tahap kemampuan yang disebutkan sebelum mereka membuat pinjaman, “redah je lah..”, ada yang mempunyai pengetahuan sikit-sikit dan survive … dan tak kurang juga yang tidak bernasib baik. Harus diingat, kalau kita bernasib baik, impact dari masalah kewangan yang bakal dihadapi mungkin tidak berapa dirasai, tetapi bagi mereka yang tidak bernasib baik…impact atau natijah yang bakal dihadapi adalah sangat besar sehingga boleh membawa kepada kebankrapan, kes bunuh diri, kena kejar dengan along dan sebagainya.

    Okaylah…rasanya cukup setakat ini dulu perbincangan kita. Sebenarnya apa yang saya sebutkan sebentar tadi adalah perkara paling asas aje…buat mereka atau adik-adik yang masih belum jelas tentang perkara berkaitan kredit. Ingatlah ya, kalau nak menggunakan kad kredit haruslah berhati-hati…memang kad kredit boleh membantu kita dalam menangani beban kewangan sehari-hari tapi kalau kita silap langkah ia boleh menjerut diri kita sendiri.

    InsyaAllah bila ada kelapangan lagi nanti saya akan ceritakan bagaimana untuk kita selidiki sejauh mana kemampuan diri kita untuk menjana pendapatan masa depan yang boleh diguna untuk melunaskan hutang. Yang ni agak teknikal sikitlah :) .

    Wassalam, selamat !

    Bookmark dan kongsi di sini:
    • Digg
    • Sphinn
    • del.icio.us
    • Facebook
    • Mixx
    • Google
    • co.mments
    • De.lirio.us
    • Technorati
    • YahooMyWeb

    Leave a reply

MyBlogLog
Add to Technorati Favorites