Blog Esklusif Perkongsian Ilmu, Pencetus Idea & Sumber Motivasi
RSS icon Email icon Home icon
  • Melancong ke Sabah - Tips Untuk Merancang Bajet

    Posted on June 17th, 2009 ina_kl 14 comments

    Salam dan selamat sejahtera semuanya,

    Kali ini saya ingin berkongsi pengetahuan dan sedikit pengalaman dengan anda semua. Oh ya, minggu lepas saya telah membawa keluarga bercuti ke Sabah. Hmmm…dah lama saya berhajat nak cuti-cuti mesia ke sana….akhirnya tercapai juga.

    Saya pasti pada anda yang kemampuan kewangan tahap ‘ala-kadar’ macam saya, sudah tentu ada keinginan untuk melancong dan bercuti bersama keluarge tapi poket tak berapa mengizinkan. Jadi untuk ini saya ingin berkongsi beberapa tips yang saya rasa akan dapat membantu anda sedikit sebanyak dalam merealisasikan hajat untuk melancong. Bagi menerangkan tips ini saya akan mengambil contoh perancangan bajet saya sendiri apabila merancang percutian ke Sabah minggu lepas.

    Yang pertama, tulis dengan jelas lokasi idaman anda itu pada kertas….sebaik-baiknya satu buku nota khas. Tulis apa agenda percutian tersebut, siapa yang anda akan bawa dan anggaran perbelanjaan (kesemuanya, bermula keluar rumah..sampailah balik semula ke rumah). Contoh seperti berikut :

    Lokasi Percutian :  Kota Kinabalu, Sabah (4 hari, 3 malam)

    Agenda : Shopping (sourvenir,gelang pearl), melawat ke kaki gunung, snorkeling kat Pulau Manukan, etc

    Anggota : 4 Dewasa, 3 kanak-kanak, seorang bayi

    Anggaran kesemua kos :  RM10,000.00

    Bergantunglah pada anda untuk menabung dan tunggu sampai simpanan anda mencecah angka tersebut, atau bagi yang berkelayakan untuk buat pembiayaan peribadi, bolehlah buat pinjaman dengan syarat mampu untuk bayar semula. Anggaran kos ini mestilah anggaran kasar yang dibuat….sebab nanti anda akan buat bajet yang terperinci pulak.

    Langkah kedua, berdasarkan agenda yang anda tulis, cuba fikirkan apa aktiviti atau ‘itinerary’ yang anda mahu. Nak senang, anda boleh lawat mana-mana website agensi perlancongan yang menawarkan pakej perlancongan ke tempat yang anda tuju beserta dengan harga pakej sekali. Contoh :

    ABC Travel & Tour Sdn Bhd : Pakej Percutian 4 hari 3 malam ke Kota Kinabalu, Sabah; Price per pax RM1,252 for adult and RM952 for kid (Infant RM100), ; Itinerary : [Day 1 - pick up from airport (flight AirAsia) and check-in at hotel, shopping at Filipino market], [Day 2 - Proceed to Nabalu and Kinabalu Park, visit Kundasang market, Poring hot spring, lunch at Ranau town], [Day 3 - Proceed for island hopping, snorkelling at Manukan, Mamutik and Sapi islands] and [Day 4 - free & easy and check out and proceed to airport].

    Langkah yang ketiga, apa yang saya lakukan, saya telah pilih satu pakej perlancongan yang bersesuaian dengan agenda saya (seperti contoh di atas) dan saya terus hubungi agen tersebut. Haa…yang ni sangat penting untuk perancangan bajet anda. Pada langkah ini bagi mereka yang takde masalah kewangan dan takde masa nak fikir dan sibuk, mereka akan terus suruh agen perlancongan yang uruskan segala-galanya. Bagi saya pula apa yang saya lakukan, saya minta quotation harga daripada agen untuk pakej keseluruhan (termasuk flight, penginapan, makan minum dan pengangkutan). Daripada quotation tersebut saya akan ubahsuai mengikut citarasa saya hinggalah saya dapat bajet yang sesuai dengan kemampuan/ kewangan saya. Seperkara yang penting, merancang awal adalah lebih baik sebab kita sebenarnya boleh menjimat banyak wang dari segi kos penerbangan kerana sememangnya syarikat penerbangan seperti AirAsia dan MAS memang ada menawarkan pakej-pakej diskaun kepada mereka yang menempah tiket awal.

    Setelah menilai dan menimbang banyak perkara, akhirnya saya buat keputusan untuk uruskan sendiri soal penerbangan, book sendiri hotel dan uruskan makan dan minum sendiri di sana (kecuali sarapan pagi sebab disediakan oleh hotel). Memandangkan suami kakitangan kerajaan, dapatlah diskaun sket untuk hotel. Untuk tempah penerbangan pulak tak susah sebab boleh buat online semuanya. Pihak agensi perlancongan tu bagus, sangat profesional dan sanggup melayan kerenah saya yang terlalu banyak bertanya (sebab saya ni cerewet orangnya :) ). Akhirnya saya cuma minta agensi tersebut uruskan soal pengangkutan di sana untuk aktiviti seperti yang ada di dalam itinerary.

    Jadi di sini daripada harga keseluruhan asal berjumlah RM7,964 (untuk pakej keseluruhan yang disedia oleh agensi perlancongan), saya telah mendapat penjimatan sebanyak RM560 setelah membuat perubahan seperti yang saya sebutkan (kalau saya merancang lebih awal, mungkin dapat jimat lebih lagii….oleh kerana perancangan dibuat hanya dalam masa sebulan maka kos tiket penerbangan seperti yang disebut dibawah adalah agak tinggi sebenarnya). Perincian bajet selepas perubahan adalah seperti berikut :

    Kos penerbangan (keseluruhan) : RM4,554

    Kos penginapan : RM1,210

    Charter service : RM1,000

    Bot & alatan snorkeling dan entrance fees : RM340

    Makan minum : RM300

    Kos keseluruhan : RM7,404

    [Tak termasuk shopping. Anggaran kos untuk shopping RM1,300. Maka kos (berdasarkan bajet terperinci) kesemuanya ialah RM8,704 .... masih kurang dari anggaran kasar kos sebanyak RM10,000 !!]

    Walaupun mengikut pengiraan di atas saya cuma jimat RM560, tetapi kalau diikutkan saya boleh jimat lebih banyak lagi. Ini kerana mengikut quotation asal flight yang disediakan ialah AirAsia. Saya pulak oleh kerana saya bawak mak dan pembantu rumah serta anak kecik saya terpaksalah saya memilih MAS, walau pun bayar lebih sedikit tapi memang lebih selesa berbanding AirAsia. Bot untuk aktiviti island hopping pulak kami sewa satu bot khas untuk keluarga kami saja…dan bayar lebih sedikit untuk itu. Kesimpulannya walaupun saya telah memilih MAS dan bot sewaan khas yang lebih mahal…saya masih lagi jimat sebanyak RM560. Memang berbaloi !!

    Jadi bolehlah saya ringkaskan di sini tips untuk merancang bajet percutian anda adalah seperti berikut :-

    Langkah Satu - Rancang dengan jelas percutian anda (lokasi, agenda, bilangan peserta, anggaran kos keseluruhan)…lebih awal merancang, lebih banyak anda boleh berjimat;

    Langkah Dua - Fikirkan aktiviti yang anda mahu bersesuaian dengan agenda anda;

    Langkah Tiga - Bila dah ada itinerary, buat bajet terperinci. Ubah quotation asal pakej dan berurusanlah dengan agensi perlancongan yang anda selesa berurusan. Buat bajet terperinci dengan berhati-hati dengan mengambilkira setiap aktiviti yang anda akan lakukan, bertepatan dengan kehendak dan keselesaan anda.

    Perkara yang paling penting yang saya belajar dari kesilapan saya ialah, pastikan setiap pertanyaan atau kemahuan anda dibuat bertulis (melalui email). Jika anda seorang yang begitu menepati masa, anda mungkin mahu agen itu pastikan van yang menjemput anda itu datang tepat pada masanya; jikalau anda mahukan tour guide (yang bukan setakat jadi driver tapi berkemampuan untuk memberi informasi untuk anda sepanjang perjalanan) …minta supaya dipenuhi kehendak anda. Jangan andaikan kesemua itu akan tersedia. Ini penting untuk mengelakkan segala salah faham yang mungkin timbul antara anda dengan agen anda.

    Lagi satu yang penting, berhati-hati memilih agen perlancongan. Pilih syarikat yang kukuh, sudah lama beroperasi dan berpengalaman. Sebagai agen, perkhidmatan yang bakal diberi adalah berdasarkan amanah dan kepercayaan yang diberikan oleh kita sebagai pelanggan. Jadi carilah agen yang boleh dipercayai dan jujur. Percaya pada gerak hati anda sekiranya anda tercium sesuatu yang tidak kena bila berurusan dengan agen yang ada niat nak menipu duit anda !

    Itulah saja perkongsian buat kali ini. Diharap dapat membantu anda. Selamat !

    Bookmark dan kongsi di sini:
    • Digg
    • Sphinn
    • del.icio.us
    • Facebook
    • Mixx
    • Google
    • co.mments
    • De.lirio.us
    • Technorati
    • YahooMyWeb
     

    14 responses to “Melancong ke Sabah - Tips Untuk Merancang Bajet”

    1. minta tolong quotekan harga pakej ke kota kinabalu 3H2M untuk dewasa dan kanak-kanak. Tentatif tarikh : 26/12-28/12.

      pakej termasuk airticket, tour dan hotel.

    2. OK, setakat yg saya pernah survey dan drp maklumat yg diperolehi, pakej 3H2M ke KK adalah dlm lebih kurang RM900 lebih (dewasa, 1 pax)…utk kanak2 RM500 lebih. Kalau pergi bulan Disember ni, mungkin harga pakej adalah lebih dan tak dpt tiket harga murah sbb dah nak dekat dah (skrg dah Oktober), lagipun masa tu cuti sekolah…peak season.

      Saya suggest Myzza surf mana2 website travel agency….harga pakej2 yg ditawarkan adalah lebih kurang sama. Kalau tak nak through agency dan nak arrange sendiri, bolehlah surf website AirAsia atau MAS…cuba tengok berapa harga tiket semasa cuti sekolah nanti. Kedua, masuk mana2 website hotel (ikut bajet Myzza) dan check harga bilik…masa cuti sekolah ada surcharge. Lastly, bandingkan kos keseluruhan antara arrange sendiri atau melalui agency. Sedikit tips : kalau nak pilih agency, pilih yg dah ada lebih dari 3 thn pengalaman dan lokasinya dekat dgn anda…senang nak berurusan. Ada risiko anda ditipu kalau ambik agency tangkap muat. Berhati2 yea. Harap dpt membantu.

    3. bagi yang berminat melancong ke sabah boleh cuba layari laman web ini http://kbriverside.blogspot.com

    4. harga terlalu mahal..saya leh dpt package bawah RM1000.00..Hotel,mkn,transportation,kinabalu park..city tour..smua include one package..p museum..tun mustapha building…zoo..

    5. Bagus tu, boleh lah share dgn kwn2. Trip saya tu agak ‘up’ sket sbb buat last minute, charter boat dan van khas utk we all dan tak campur dgn org lain. Sekadar berkongsi pengalaman dan info esp for those yg tengah consider utk buat trip utk keluarga. Anyway terima kasih sbb singgah di blog ni & thanks for your comment.

    6. sy plan nk p tour kt KK this june
      4D3N
      4dewasa n 1kanak2.
      agak2 berapa bajet sy??

      sarah dpt pakej dr agensi mane?
      sound cheap

    7. Hi Maya,

      Sorry lambat respond….erm kalau skrg nak buat booking flight ticket…..mungkin masih smpt dpt diskaun yg byk…

      Pasal bajet ni bergantung….terserah pd maya… boleh bila penginapan yg tak brp mahal….mungkin bole tanya pakej yg dikatakan oleh sarah atau surf website yg kharrus cadangkan

    8. Salam..Hi..

      sy akan ke KK pada hujung bulan nie..semua dh setel…(early booking)..manakala kereta pulak akan pinjam dr company hubby..tp problemnya..tour guide..sbb nk pegi area sane klu x tau jln rsnya agak susah…blh ke klu nak ambik guide je?..klu blh kt mane nk cari ek?..
      RM10 awk invest?..alahai…x mampu sy?..luckily sy dpt pakej yg sgt mrh..Air asia..RM 800++ utk 6 org..Hotel (Tune Hotel je).. RM 200++ 2 bilik 4 hari 3 mlm…tp semua ni sy booking setahun sblm lg..mmg sgt lama nk tunggu..tp berbaloi2..jimat sgt byk..

    9. Wa’alaikumsalam…

      Hi Hanani. Baguslah kalau hanani dpt plan awal2…spt yg saya katakan, mmg menjimatkan kalau kita merancang percutian awal2 sbb sykt penerbangan mmg bagi diskaun yg byk. Utk penginapan, boleh pilih hotel yg murah atau mahal sket utk lebih keselesaan…bergantung pd individu. Cuma perlu diingatkan, kalau hotel yg murah ni kita kena check apa yg tidak ada dlm pakej….bilik takde aircond, takde tv, takde cattle….dan sarapan tidak disertakan sekali dlm harga….kena pastikan betul2 dulu, kalau tak, nanti frust.Utk tour guide, hanani boleh menghubungi mana2 agen perlancongan yg berhampiran atau yg hanani percaya, mereka selalunya ada contact di Sabah..mereka boleh uruskan utk hanani…cuma mereka mgkn akan ambil komisyen sedikit…harap dpt membantu :)

    10. hubungilah saya jika anda ingin melawat kota kinabalu dgn kadar yg sangat murah…termasuk transpot,rent car dan hotel

    11. saya ada merancang nak pergi sabah tahun depan jugak…tapi bajet bawah dari RM1k la klo leh…..pergi untuk 4 orang…ada sesiapa boleh bantu x???

    12. Hmmm…. cek mon ni kat mana ? Kat semenanjung ke ? Kalau bajet tu…rasanya satu kepala koman2 kena bajet RM800 ke RM1k gak lah…kalau 4 org maknanya darab 4 lah. Satu cara utk murah ialah uruskan trip sendiri tanpa melalui agen : (1) tempah tiket Airasia sendiri seawal yg mungkin (atau selalu tengok promosi kat website kalau2 ada promosi atau free seat offered by Airasia); (2) Call dan buat tempahan sendiri dgn hotel (boleh pilih rumah tumpangan ke, hotel 2 bintang atau 4,5 bintang ikut bajet); (3) jalan sendiri tanpa ground arrangement oleh mana2 tour agent.

      Walaupun renyah sbb terpaksa buat urusan sendiri, tapi ialebih flexible dan cek mon bolehlah berjimat dgn bajet. Di KK nanti, kena pandai2 bertanya atau bawak kawan yg pernah ada experience pegi Sabah (atau ada kwn yg duduk di Sabah) waktu nak berjalan2. Boleh jimat masa dan tenaga sket.

      Tentang agen yg murah atau tidak, tu saya tak pasti. Cek mon bolehlah cuba survey dan buat homework. All the best.

    13. salam..

      jauh pemandangan luas pengetahuan.. hehe
      insyallah saya akan ke Sabah hujung tahun ini. tiket flight dah booking bulan 6.. pergi balik untuk dua org dlm 7oo..saya pergi ke sana free n easy.. cuma hotel dlm masa terdekat sy akan booking.. ada 2 masalah yg sy cuba selesai kan iaitu : transport n guide.. maklumla jalan tempat org..

      boleh cerita skit tempat2 yang menarik kt K.kinabalu actually

      1.shopping
      2.tempat makanan yang halal(famous)
      3.tempat menarik sekitar k.k.
      4.tips2 bagi pelancong yg baru 1st sampai di sana..

    14. Salam Fareis,

      Kalau taknak pening kepala, engage saja tour guide utk buat ground arrangement. Caj bergantung kpd jauh mana trip kita serta lokasi yg nak dituju. Cakap ajer nak pegi mana tapi duitnya kena standby lah. Sbnarnya kalau nak murah mmg kena jalan sendiri jer, nasihat saya plan betul2, kalau tak silap2 byk masa dan tenaga terbuang.

      Saya tak dpt nak senaraikan tmpt2 menarik (dah setahun lebih, lupa dah.. :)) cuma apa yg saya boleh nyatakan, mmg best melancong di KK. Byk juga tmpt makanan halal (pilih2 restoran lah) dan tmpt utk shopping. Kalau berkesempatan, pergilah ke gunung kinabalu park serta poring hot spring. Boleh juga buat island hopping disana. Cuba Fareis masuk website tourism Sabah serta dptkan juga brochure yg boleh bantu Fareis plan your trip. Selamat !

    Leave a reply

MyBlogLog
Add to Technorati Favorites