-
Kerjaya di Sektor Perbankan
Posted on June 1st, 2009 16 commentsAssalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,
Sejak kebelakangan ni saya ada terima beberapa permintaan dan soalan berkenaan kerjaya dan masa depan, semua soalan tu alhamdulillah saya dah respon kepada penghantar. Ada 2 orang dari luar negara yang meminta nasihat dari saya untuk meloloskan diri ke sektor perbankan di negara kita (maknanya nak jadi expatriate di negara ni la…).
Nampak gayanya nama Malaysia memang sudah tersohor di persada dunia perbankan terutamanya dalam perbankan islam. Ramai mereka yang di luar sana cuba meninjau potensi untuk mereka bekerja di sini. Tapi saya maklumkan pada mereka bahawasanya ia tidak semudah yang disangkakan. Ramai lepasan ijazah di sini pun tidak dapat merebut peluang pekerjaan di sektor perbankan.
Ada beberapa cara bagaimana untuk mendapat tempat bekerja di sektor perbankan di negara kita :
1. Bank-bank akan menawarkan biasiswa pelajaran dan biasanya mereka yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum akan terpilih. Setelah tamat pengajian di universiti, mereka akan terikat dengan bank selama 5 tahun sebagai syarat penerimaan biasiswa tadi;
2. Ada yang bukan pemegang biasiswa tetapi terpilih untuk menyertai ‘management trainee programme’ yang dianjurkan pihak bank. Saya rasa sekarang dah kurang management trainee program ni sebab bank-bank sekarang lebih berminat ambil pekerja muda secara kontrak sebab lebih murah dan senang. Tapi agak malang dan saya amat bersimpati pada adik-adik junior yang bekerja secara kontrak ni sebab saya lihat rata-rata mereka tidak diperbaharui kontrak selepas 11 bulan… lepas abis kontrak mereka terus hilang…. Secara peribadi saya tidak setuju dengan approach yang bank laksanakan….dan perkara ni memang saya ada nyatakan semasa ‘exit interview’ sewaktu saya melangkah keluar meninggalkan bank lama saya…
3. Ada yang bernasib baik diserap masuk sebagai pekerja tetap di bank (asalnya kerja secara kontrak). Ada yang dapat masuk sebab ada kabel atau ada sedara mara atau memang dah rezeki (ingat, rezeki di tangan Allah….yang pasti kita berusaha dan bertawakkal, insyaAllah cita-cita kita akan dimakbulkan asalkan kita tau cara untuk merealisasikan cita-cita tersebut…..sekadar selingan).
Kerjaya di dalam bank itu sendiri ada macam-macam bidang…ada pengurusan kredit, pemasaran, pengurusan tunai, dokumentasi, pengurusan risiko dan macam-macam cabang lagilah. Boleh masuk ke mana-mana website bank dan adik-adik boleh lihat jabatan-jabatan atau sub-division yang ada. Selalunya mereka yang berjaya masuk ke cabang pemasaran, pengurusan kredit atau perbendaharaan yang kerja mereka membawa masuk bisnes ke bank adalah mereka yang bakal mendapat bonus tahunan lumayan ! Ada yang sampai berbelas-belas bulan.
Pihak pengurusan bank sangat melihat kepada pengalaman dan kepakaran staf mereka dan tidak hairanlah jika tenaga pengurusan kanan di bank dibayar gaji yang lumayan (lima angka) dan di samping itu mereka mendapat berbagai-bagai bentuk kemudahan seperti tanggungan kos perubatan. pelan pemilikan kereta (mewah) dan macam-macam lagi lah (blackberry, overseas training, petrol allowance bla bla bla…)
Berminat kerja di bank ? Macam menarik kan ?! Memang menarik kalau adik-adik betul-betul berminat. Tapi cabaran yang menanti pun bukan calang-calang…. saya sendiri pun masa mula-mula kerja dulu selalu nangis dan rasa nak berhenti je sebab tak tahan, tapi sudahnya terpaksa terus kerja sebab tak mampu nak bayar balik biasiswa (terikat punya pasal). Tapi alhamdulillah sekarang saya boleh berbangga dengan kejayaan dan tahap yang saya capai sekarang walau pun tidak setinggi mana. Alhamdulillah…walau dengan tekanan kerja dan cabaran yang dilalui saya dapat menyambung pelajaran secara sambilan dan pada masa yang sama melayan keluarga dan anak-anak yang sedang membesar. Alhamdulillah….
Selamat !
16 responses to “Kerjaya di Sektor Perbankan”
-
Wah..satu perkongsian pengalaman kerjaya yang sangt bagus & membuka minda kepada mereka yang kurang jelas tentang karier di bank ni. Terima kasih akak kerana mendedahkan perkara ini..semoga lebih ramai yg berminat utk kerja di bank!
-
Ina KL June 8th, 2009 at 22:45
Terima kasih abgzol atas respon yg diberi….harap info ini berguna buat adik2 di luar sana yg sedang merencana karier mereka..
-
terima kasih kak kerana berkongsi pengalamn,kebetulan saya sedang melanjutkn plajaran dalam bidang perbankan islam,jd jka akk x kisah,sudi ke jika akk menerangkn kpda sy tntg cbang kerjaya jurusan yg sya pilih ni..
-
Salam Tia,
Takde masalah……akak mmg seronok berkongsi dgn adik2 sumer. Hmmm….mmg panjang lebar kalu nak dicerita, apa kata Tia pm akak soalan2 yg diajukan ….kalau boleh biarlah specific…senang sket nak jawab…

-
mengapakah ramai orang memilih kerjaya di perbankan (khususnya sebagai kerani)?
-
Salam fiza,
Ermmmm….tak pasti mcm mana nak jawab soalan fiza ni
Pada era 80an dan 90an, mmg byk jawatan kerani di bank2. Tapi bila dah masuk era teknologi nih (hampir semua process dah pakai sistem IT)…jawatan kerani sbnarnya taklah seramai dulu.Yang lebih ramai adalah dari kalangan eksekutif.
Skrg bank2 nak pakai ramai orang yg boleh buat sales atau marketing…..minimum ada ijazah dan baik dlm komunikasi. Jawatan kerani memang masih ada tapi agak kurang.
-
k.ina ,btl ke org kate nk praktikal kat bank susah ? kema skg bru je dip sem5 dlm kos islamic banking. mcm mane nk apply ek praktikal kat bank..
-
Salam Kema,
Dekat tmpt akak bekerja ada juga students2 yg buat praktikal…tak pasti mcmana mereka apply tapi rasanya tentu melalui universiti. Yg pasti, Kema cubalah discuss dgn lecturer bgaimana dan bila utk apply….selalunya kalau permohonan melalui universiti ini jarang yg ditolak bulat2 oleh pihak bank tapi mungkin tempat agak terhad, mungkin kalau permohonan ada 10 tapi yg diterima cuma 3 shaja…. itu atas budibicara dan kemampuan pihak bank. Apa2 pun, selamat maju jaya akak ucapkan yea……
-
wsalam k.ina,
trima kasih ye tntang info yg akak brikan.
kema amat minat dgn bidang perbankan ni sbnrnye. nk jgk bjaya cm akak
hehe -
Kema telah membuat pilihan yang bijak. Islamic banking adalah masih baru dan perjalanan industri ini masih tersangatlah jauh. Berusaha bersungguh2 ye dik, industri ini memerlukan jentera dan modal insan yang kuat macam kema. All the best ! Jangan lupa untuk terus singgah di wadah ini bila2 free untuk majlis ilmu kita, kalau ada apa2 topik yang ingin disarankan utk dikupas, bagitau lah yea..insyaAllah .
-
baiklah kak!
kema mmg mmerlukan byk info sal bidang ni..
tak kan lupe nye kema singgah kat sini..:) -
aleeya May 5th, 2010 at 00:45
assalmualaikum kak ina.
akak,lg beberapa ari je sy akan mlangkah ke kuis untuk dip perbnkan islam
tp sy dgar susa nk dapat kerja bagi lepasan kos ni?
betul ke?
rata2 bank memerlukan lepasan kos ni ke atau sesetengah bank je memerlukan? -
Salam Aleeya,
Yg penting alleya mestilah berfikiran positif…kita mesti berusaha, selebih dr itu kita bertawakkal padaNya sbb kita tak tau apa yg berlaku di kemudian hari…hanya Allah yg mengetahui dan kita hanya mampu berdoa dan berserah diri padaNya…oppsss, mcm ustazah plak..Errmmmm…pada pendpt akak, apa yg penting adalah pakej yg sesuai yg perlu ada bagi seseorg yg nak keje di bank. Jurusan itu tidak berapa penting…yg penting pakej : Boleh berkomunikasi dgn baik (english kena bagus), berperawatakn baik, berketrampilan, ada keyakinan diri), independent dsb. Seelok2nya adik sambunglah ke peringkat ijazah (insyaAllah, u can do it!) sbb kat pasaran nun yg ijazah pun ramai yg menganggur). Kalau dah ambil diploma dlm perbkn islam, cuba ambik ijazah dlm perbankan konvensional….biar nampak versatile sket…kalau nak bagi resume tu nnt lebih gempak, ambik le jurusan atau kursus tmbahan spt Shariah/ Fiqh Muamalat, belajar bhs arab atau peranchis dsb. Akak ni dah tua2 cam ni baru ler terhegeh2 nak menambah ilmu…jadi bagi adik leeya, gunakan masa belajar ni utk timba ilmu seoptimum mungkin. Rajin2 gilap bhs inggeris tu…biar bila nak keje nnt senang. Wokeh, all the best !!
-
sy mendpt tawaran ke uitm dlm bidg diploma pengurusan bank….tp sy msh ragu2…krne sy tau nk kje bank bkn seng…pd mse y sme sy ade apply kolej risda…n sy dlm kebuntuan…xtau nk wt pe dh…pd mse y sme sy ambk f6…..setahu sy bidg tersebut memg sgt terhd….lw nk dpt kje susah…wlpon ayh dlu pegwai maybnk tp dh pencen…tp sy xske kje y streess…sy merasa myesal sbb ambk aliran sastera…krne aliran sastra terhd…pe y hrus sy wt..??? help me???
-
Salam siti, sori akak lmbt reply…..
Siti jgn lah risau…..jgn biarkan perasaan kurang yakin itu menguasai diri…..pada tahap siti skrg…you have to think big…..keje atau rezeki itu ada di mana2….tak semestinya kita kena bekerja di bank….yg penting siti rebut apa jua peluang yg ada. Believe in yourself, put real efforts to achieve your goals and pray serta tawakkal….insyaAllah, Tuhan suka org yg berusaha dan kemudian meminta2 dgn rendah diri terhadapNya, nescaya akan dimakbulkanNya….all the best dik !
-
khairi August 18th, 2010 at 19:29
assalmualaikum kak ina.
sy pelajar diploma bnking dr uitm..
sy tgh cnfuis nk ambik islamic banking atau finance.. ape pendapat kak..
Leave a reply
-




















Recent Comments