-
Jangan Kerja di Sektor Perbankan Kalau…
Posted on January 4th, 2009 3 commentsPada hemat saya, kerjaya yang paling dinamik pada era ini ialah kerjaya di sektor perbankan. Bunyinya macam bias sebab saya sendiri kerja di bank… tapi saya rasa kenyataan ini betul. Kenapa bukan doktor, atau jurutera, atau arkitek mahupun peguam ?
Sektor perbankan adalah pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Kukuh atau lemah struktur perbankan dan kewangan sesebuah negara akan menentukan momentum pertumbuhan sektor2 lain terutama sektor sokongan seperti perkhidmatan sosial (pendidikan, perubatan, pembangunan infrastruktur) dan sektor industri.
Sistem perbankan akan selalu berubah mengikut perkembangan ekonomi serantau atau global. Maka banyak dasar2, garispanduan dan polisi2 terpaksa dikemaskini dari masa ke semasa oleh Bank Negara dan bank-bank yang beroperasi. Pada masa yang sama, bank harus bersikap agresif dalam meluaskan penguasaan pasaran memandangkan persaingan sengit sesama bank.
Kerja bank amat meletihkan dan memerlukan kerja lebih masa (selalu balik malam). Untuk cepat ‘naik’…anda harus pandai menonjolkan diri, bersikap proaktif dan yang penting, skil anda dalam berkomunikasi. Bekerja di bank betul2 akan mengajar anda tentang ‘negotiaion skills’ kerana anda akan berhadapan dengan macam2 situasi yang mencabar bila berdepan dengan kerenah pelanggan.
Untuk menjadi pegawai bank, anda harus mempunyai kelayakan akademik yang bersesuaianĀ iaitu diploma atau ijazah dalam jurusan perakaunan, ekonomi, kewangan dan yang berkaitan. Sejak kebelakangan ini jurusan dalam bidang seperti kejuruteraan, perdagangan antarabangsa sudah mula diterima sebagai keperluan menyediakan ‘analyst’ dalam bidang2 yang khusus. Tahap pengetahuan juga perluĀ tinggi..maklumlah nak berdepan dengan orang2 bisnes, usahawan.. golongan selebriti pun ramai kan.
Jadi kalau ada adik2, saudara2 atau rakan2 yang teringin nak keja bank… fikir dua kali (cukup dua kali jer
). Kerjaya yang menarik, gaji dan bonus lumayan… tapi memerlukan komitmen yang tinggi. Jika anda rasa tidak mampu memberikan komitmen yang diperlukan, maka adalah lebih baik anda bekerja di sektor yang lain untuk mengelakkan anda berhadapan dengan macam konflik2 dalam hidup anda.Nanti saya akan menulis tentang ‘Perbankan Islam - Bangkit di Celah Keruntuhan Perbankan Konvensional’.
OK, selamat !
3 responses to “Jangan Kerja di Sektor Perbankan Kalau…”
-
Sbenarnya ramai juga kawan2 saya yg berkelulusan engineering bekerja di bank. Sebenarnya untuk bekerja di Bank kita tidak memerlukan satu kelulusan khusus. Apa yg telah dipelajari di university mungkin tidak ada satu pun yg boleh diaplikasi. Saya ada kelulusan accountancy tapi kerja yg saya buat di bank tiada satu pun yg berkaitan.
Kelulusan seperti ijazah, diploma atau PHD dan Master hanyalah a bridge to get the job.
-
pjo syah November 3rd, 2009 at 14:25
hai.sy pon cam tertarik kerja di bank.btol jugak kerja sebagai engineer gaji pon kecik..better keje di bank..tp camne nk apply keje di bank ek?cam susah je
-
Ina KL November 4th, 2009 at 22:18
Salam syah,
Mmg betul, skrg ni mereka yg ada ijazah engineering mmg diperlukan terutama di investment bank yg ternama spt Maybank Investment Bank Bhd, AmInvestment dsb… kalau tak di investment banking, corporate banking pun perlukan mereka yg ada background engineering dll yg bersangkutan. Gaji ? Memang lumayan sbb investment banking dan corporate banking adalah jabatan yg begitu ‘elite’ di mana-mana bank pun.
Peluang mmg agak terhad dan kriteria pemilihan sgt demanding..keje yg sgt tension, tak ramai org yg boleh survive sbnarnya…. dan terlalu byk politik… biasalah orang nak hidup kadang2 sanggup pijak org lain utk naik ke atas….
Leave a reply
-




















Recent Comments