-
Tentang Penulis dan Blog Ini
Hi, biarlah saya perkenalkan diri…nama saya Norazlina Shariff atau nama samaran ‘Ina KL’ di internet. Terus terang, saya ni begitu baru dalam arena blog ini…almaklumlah masa yang ada teramatlah terhad kerana saya adalah kakitangan bank sepenuh masa dan ibu kepada empat orang anak yang masih kecil. Hmm..meriah tuu. Kalau nak tau serba sedikit biodata saya, ada kat bawah ni :-
Tarikh lahir : 5 Mei 1974;
Tempat lahir : Kuala Lumpur, sekarang menetap di Ampang;
Darjah 1 hingga darjah 6 (1987 - 1986) : bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan (1) Kuala Ampang, Selangor;
Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 (1987 - 1989) : bersekolah di Sekolah Menengah Hulu Kelang;
Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5 (1990 - 1991) : Sekolah Menengah Sains Selangor, Cheras, KL;
Lepas tu ke Matrikulasi (1992 - 1993) : Matrikulasi Universiti Kebangsaan Malaysia (”UKM”), Kolej Mara, Seremban;
Sambung le buat ijazah kat UKM Bangi, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Jurusan Perakaunan;
Profesion : Dah jadi kakitangan Bank selama 13 tahun. Sekarang sedang mengikuti pengajian di bawah program Chartered Islamic Finance Professional (”CIFP”) di International Centre for Islamic Finance (”INCEIF”) di Kuala Lumpur.
Apa agaknya objektif blog ini ? Memandangkan saya ni pun dah masuk golongan berumur (tapi taklah tua sangat kan) terasa pulak nak berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman yang ada buat rakan seangkatan dan juga adik-adik, khususnya ilmu berkenaan pengurusan masa, pengurusan kewangan, motivasi dan yang penting, bagaimana kita yang dah jadi ibu bapa ni atau bakal jadi ibu bapa dapat membentuk diri menjadi role model kepada anak-anak dan generasi muda. Suka saya sebut di sini, penulisan saya adalah berdasarkan ilham dan cetusan idea saya sendiri berdasarkan pengalaman, pengamatan dan pemerhatian. Sesetengah perkara yang dibincangkan adalah subjektif, justeru mungkin pendapat anda berbeza atau anda mungkin tidak bersetuju dengan penulisan saya.
Saya sangat mengalu-alukan pandangan dan respon anda semua…. Rajin-rajinlah hubungi saya melalui contact form yang disediakan untuk sebarang komen, pertanyaan atau nasihat…saya akan cuba sedaya upaya untuk membantu. Terima kasih dan selamat !




















Recent Comments