Blog Esklusif Perkongsian Ilmu, Pencetus Idea & Sumber Motivasi
RSS icon Email icon Home icon
  • Menyusuri Susur Galur Keturunan Mat Yatim

    Posted on May 30th, 2010 ina_kl No comments

    Salam wbt,

    Sejak beberapa hari ni saya sangat teruja sebab buat pertama kali saya bertemu sepupu sepapat satu moyang (generasi keempat Allahyarham Mat Yatim) di Facebook. Memang best ! Jadi tengahari tadi saya dan mak duduk di komputer ini dan tangan saya pantas saja membuka fail untuk merajah susur galur keluarga besar kami.

    Akhirnya saya berjaya, yeayy…tapi masih banyak yang ‘kosong’ tunggu minta diisi di sana sini…saya akan kongsikan fail ini di Facebook dan sangat2 berharap Jejak Sedaro akan bantu mengisi mana2 yang ‘lopong’ tu.

    Failnya adalah di bawah ini :

    susur-galur-keturunan-mat-yatim2

    Wassalam..selamat !

    Bookmark dan kongsi di sini:
    • Digg
    • Sphinn
    • del.icio.us
    • Facebook
    • Mixx
    • Google
    • co.mments
    • De.lirio.us
    • Technorati
    • YahooMyWeb
  • Tujuan saya blogging

    Posted on January 8th, 2009 ina_kl 6 comments

    Untuk makluman semua, saya mula ‘melancarkan’ blog saya dan memperkenalkannya di Mybloglog pada 31 Disember 2008 dan orang yang pertama menjenguk blog saya ialah saudara etomyam, dan yang kedua ialah mapetm (hmmm, cam nak bagi hadiah kat dorang berdua nih).

    Saya memang insan yang langsung tiada latarbelakang berkaitan ilmu internet dan komputer, dan terkadang daku merasa seperti adanya ‘inferiority complex’ dalam diri ini sementelah melihat rakan2 dan adik2 lain yang begitu maju kehadapan. Saya akui blog saya nampak begitu ringkas, tak macam blog orang lain tapi harap2 saya akan lebih berkemahiran lagi pada masa yang akan datang. Terima kasih buat mapetm yang sudi memperbetulkan error pada sidebar saya tempoh hari.

    Saya mungkin tidak dapat menimba spenuhnya ilmu tentang internet dan blogging, tetapi saya bercita2 untuk menghasilkan sebuah blog yang ‘hidup’ untuk menfaat bersama. Matlamat saya : perkongsian ilmu. Saya mungkin tidak mampu menjadi seperti Tan Sri Mokhtar Al-Bukhary yang tidak lokek wang ringgit membuat kebajikan. Justeru, perkongsian ilmu ini saya anggap sebagai sumbangan saya yang hanyalah kecil saja. Mungkin saya tidak akan berhenti kerja untuk menjadi seorang usahawan internet (kerana minat pada dunia perbankan masih menebal) tapi cukuplah saya dapat berbangga jika blog saya berjaya membantu mereka tentang pengetahuan yang diperlukan. Sekiranya percubaan ‘Wadah Inovasi Untuk Hari Esok’ ini berjaya kelak, projek saya selepas ini ialah untuk membina blog dalam bahasa inggeris sepenuhnya.

    Akhir sekali, terima kasih pada yang sudi melawat dan terima kasih atas respon yng diberikan. Selamat !

    Bookmark dan kongsi di sini:
    • Digg
    • Sphinn
    • del.icio.us
    • Facebook
    • Mixx
    • Google
    • co.mments
    • De.lirio.us
    • Technorati
    • YahooMyWeb
MyBlogLog
Add to Technorati Favorites