Blog Esklusif Perkongsian Ilmu, Pencetus Idea & Sumber Motivasi
RSS icon Email icon Home icon
  • Tips Berkarier Dan Membina Pengalaman

    Posted on December 30th, 2009 ina_kl 2 comments

    Salam w.b.t semua dan selamat sejahtera,

    Lama betul tak buat posting. Saya sebenarnya baru je selesai exams… dan sekarang sibuk plak dengan hobi jahit menjahit. Kelmarin saya berjaya membeli mesin jahit yang saya idam-idamkan…oh, seronoknya !!!! Mesin NV50 jenama Brother yang mempunyai 135 jenis corak jahitan. Tak sabar rasanya nak mulakan projek menjahit.

    Nak ikutkan hati mau ajer saya berhenti kerja dan bekerja dari rumah….buat bisnes sendiri. Anak dah empat orang, 2 dah bersekolah dan 2 lagi masih kecil dan memerlukan perhatian. Mungkin saya boleh ambil upah jahit pakaian dan langsir (memang minat menjahit). Tapi bila fikir-fikirkan balik, saya rasa belum bersedia untuk berhenti kerja. Saya sayangkan karier saya serta menfaat dan faedah yang diberi majikan yang tak mungkin saya dapat kalau saya bekerja/ bisnes sendiri.

    Selalunya orang akan buat posting tentang betapa manisnya menjadi usahawan, bekerja sendiri, buat bisnes di internet, jual ebook, melibatkan diri dengan pemasaran MLM,  dan macam-macam lagi. Yang pasti bukan pasal makan gaji :) . Paling tidak pun ada juga posting berkenaan bagaimana cara untuk berhenti kerja dan perkara yang perlu ada sebelum nak bekerja sendiri.

    Untuk bekerja atau berniaga sendiri bukanlah satu kerja yang mudah. Seseorang itu perlu ada persiapan rapi dari segi material, mental dan spiritual (lain macam jer bunyi nye) serta kena ada ilmu dan pengalaman serta kemahiran yang diperlukan.

    Untuk adik-adik yang mahu membina empayar perniagaan sendiri pada suatu masa nanti, nasihat peribadi dari akak adalah sebaiknya haruslah bermula dengan makan gaji dulu. Kalau adik-adik mahu membina sebuah kilang bio-petrokimia…errr, ini contoh aje, akak sengaja bagi contoh cita-cita tahap global :) maka yang pertama-tama adik-adik kenalah ambil jurusan yang bersesuaian dan bolehlah mencari pekerjaan di industri-industri yang berkaitan. Apabila kita bekerja dan bermula dari bawah, kita akan kenal ramai orang dan yang penting attitude kita sendiri untuk maju. Jadi bagaimana kita hendak mengoptimumkan pengalaman makan gaji itu untuk membina perniagaan kita ?

    [1] Kalau makan gaji, orang disekeliling atau rakan sekerja akan faham bahawa kita masih baru dan perlu banyak bimbingan dan dorongan dan rakan-rakan di sekeliling sedia membantu. Syarikat akan menghantar kita pergi berkursus dan semua ditanggung oleh syarikat. Inilah peluang yang sentiasa harus diambil untuk menimba ilmu sebanyak mungkin;

    [2] berikan sepenuh dedikasi terhadap kerja dan sentiasa memberi kerjasama dan teamwork sesama rakan sekerja. Tidak salah beralah dan ringan tulang…. lambat laun kualiti kita akan dilihat orang (tanpa perlu menunjuk-nunjuk…tak ikhlas namanya tu). Bila kita menolong orang, suatu hari nanti orang akan tolong kita. Ada banyak ilmu yang tidak boleh kita perolehi dengan cara belajar, ada ilmu yang harus dipelajari melalui kesilapan, atau dengan kita sendiri mengalami dan melakukan perkara tersebut serta belajar dari pengalaman;

    [3] Buat orang di sekeliling senang dengan kita, bukannya buat musuh. Merekalah nanti tempat anda mengadu dan minta pertolongan. Jangan cari pasal dengan individu yang boleh menjejaskan kerja dan nama baik anda…jauhi mereka jika boleh dan layan mereka secara profesional.

    Banyak lagi kelebihan makan gaji, sebahagiannya pernah saya bincangkan di posting http://parentsbiz.com/inovasiesokblog/kerjaya/bisnes-sendiri-vs-makan-gaji.html .

    Apabila kita sudah membina dan memajukan diri dengan ilmu dan pengalaman, bagaimana pula nak berubah ke bidang perniagaan ? Bab yang ni agak complicated dan unik. Ada banyak cara atau peluang yang tidak mustahil untuk diperolehi, ia bergantung pada banyak situasi.

    (A)  Situasi Pertama

    Kita dilahirkan sebagai anak usahawan. Kita bekerja dengan bapa/ ibu sendiri dan setelah beberapa ketika kita mewarisi harta dan perniagaan mereka. Best kan ! Atau pun, mungkin kita berkahwin dengan anak mana-mana tokeh atau taikoon syarikat besar dan kita menjadi menantunya. Macam dalam drama kat tv pulak…..

    (B)  Situasi Kedua

    Kita bekerja dan makan gaji di kilang yang kecil, dan kita dinaikkan pangkat menjadi salah seorang pengarah syarikat. Setelah beberapa lama dan pemilik syarikat telah menaruh kepercayaan pada kita, dia mungkin akan menawarkan saham syarikatnya pada kita. Atau pun, dia menawarkan kita menjadi salah seorang rakan kongsi. Harus diingatkan, bila kita ditawarkan menjadi rakan kongsi atau ditawarkan saham syarikat, pada tahap ini kita haruslah mengeluarkan modal iaitu wang yang diperlukan untuk membeli saham syarikat tersebut. Wang yang diperlukan memang melibatkan jumlah yang besar. Selalunya pinjaman bank dibuat untuk membiayai pembelian saham tersebut.

    (C)  Situasi Ketiga

    Kita bermula sendiri dengan mengumpul modal yang diperlukan. Kita berjumpa dengan agensi-agensi kerajaan seperti Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, MARA dan sebagainya. Kita mengemukakan kertas cadangan strategi perniagaan dan berbincang tentang bantuan kewangan dan sokongan yang boleh diperolehi dari badan-badan terbabit. Bermula dengan syarikat berskala kecil, kita mengorak langkah dengan membina perniagaan secara perlahan-lahan dengan bantuan agensi-agensi ini. InsyaAllah dengan komitmen dan usaha yang bersungguh-sungguh kita boleh mencapai cita-cita membina empayar perniagaan kita sendiri.

    Mungkin ada yang kurang senang dengan posting saya ni. Niat saya cuma ingin memberi gambaran yang sebenar dan sekadar berkongsi pengetahuan. Masa zaman saya baru habis belajar dan tercari-cari pekerjaan dan kemudian cuba membina karier sendiri, terlalu kurang ilmu praktikal. Yang ada dalam buku adalah ilmu teori. Terlalu kurang tips-tips yang dikongsi oleh senior-senior di luar sana.

    Peluang pekerjaan di luar sana sangat banyak. Ada yang kurang menarik dan ada yang memang lumayan. Bertindak bijaklah dalam memilih karier anda. Semoga berjaya ! Selamat !

    Bookmark dan kongsi di sini:
    • Digg
    • Sphinn
    • del.icio.us
    • Facebook
    • Mixx
    • Google
    • co.mments
    • De.lirio.us
    • Technorati
    • YahooMyWeb
  • Kerjaya di Sektor Perbankan

    Posted on June 1st, 2009 ina_kl 2 comments

    Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,

    Sejak kebelakangan ni saya ada terima beberapa permintaan dan soalan berkenaan kerjaya dan masa depan, semua soalan tu alhamdulillah saya dah respon kepada penghantar. Ada 2 orang dari luar negara yang meminta nasihat dari saya untuk meloloskan diri ke sektor perbankan di negara kita (maknanya nak jadi expatriate di negara ni la…).

    Nampak gayanya nama Malaysia memang sudah tersohor di persada dunia perbankan terutamanya dalam perbankan islam. Ramai mereka yang di luar sana cuba meninjau potensi untuk mereka bekerja di sini. Tapi saya maklumkan pada mereka bahawasanya ia tidak semudah yang disangkakan. Ramai lepasan ijazah di sini pun tidak dapat merebut peluang pekerjaan di sektor perbankan.

    Ada beberapa cara bagaimana untuk mendapat tempat bekerja di sektor perbankan di negara kita :

    1.   Bank-bank akan menawarkan biasiswa pelajaran dan biasanya mereka yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum akan terpilih. Setelah tamat pengajian di universiti, mereka akan terikat dengan bank selama 5 tahun sebagai syarat penerimaan biasiswa tadi;

    2.   Ada yang bukan pemegang biasiswa tetapi terpilih untuk menyertai ‘management trainee programme’ yang dianjurkan pihak bank. Saya rasa sekarang dah kurang management trainee program ni sebab bank-bank sekarang lebih berminat ambil pekerja muda secara kontrak sebab lebih murah dan senang. Tapi agak malang dan saya amat bersimpati pada adik-adik junior yang bekerja secara kontrak ni sebab saya lihat rata-rata mereka tidak diperbaharui kontrak selepas 11 bulan… lepas abis kontrak mereka terus hilang…. Secara peribadi saya tidak setuju dengan approach yang bank laksanakan….dan perkara ni memang saya ada nyatakan semasa ‘exit interview’ sewaktu saya melangkah keluar meninggalkan bank lama saya…

    3.   Ada yang bernasib baik diserap masuk sebagai pekerja tetap di bank (asalnya kerja secara kontrak). Ada yang dapat masuk sebab ada kabel atau ada sedara mara atau memang dah rezeki (ingat, rezeki di tangan Allah….yang pasti kita berusaha dan bertawakkal, insyaAllah cita-cita kita akan dimakbulkan asalkan kita tau cara untuk merealisasikan cita-cita tersebut…..sekadar selingan).

    Kerjaya di dalam bank itu sendiri ada macam-macam bidang…ada pengurusan kredit, pemasaran, pengurusan tunai, dokumentasi, pengurusan risiko dan macam-macam cabang lagilah. Boleh masuk ke mana-mana website bank dan adik-adik boleh lihat jabatan-jabatan atau sub-division yang ada. Selalunya mereka yang berjaya masuk ke cabang pemasaran, pengurusan kredit atau perbendaharaan yang kerja mereka membawa masuk bisnes ke bank adalah mereka yang bakal mendapat bonus tahunan lumayan ! Ada yang sampai berbelas-belas bulan.

    Pihak pengurusan bank sangat melihat kepada pengalaman dan kepakaran staf mereka dan tidak hairanlah jika tenaga pengurusan kanan di bank dibayar gaji yang lumayan (lima angka) dan di samping itu mereka mendapat berbagai-bagai bentuk kemudahan seperti tanggungan kos perubatan. pelan pemilikan kereta (mewah) dan macam-macam lagi lah (blackberry, overseas training, petrol allowance bla bla bla…)

    Berminat kerja di bank ? Macam menarik kan ?! Memang menarik kalau adik-adik betul-betul berminat. Tapi cabaran yang menanti pun bukan calang-calang…. saya sendiri pun masa mula-mula kerja dulu selalu nangis dan rasa nak berhenti je sebab tak tahan, tapi sudahnya terpaksa terus kerja sebab tak mampu nak bayar balik biasiswa (terikat punya pasal). Tapi alhamdulillah sekarang saya boleh berbangga dengan kejayaan dan tahap yang saya capai sekarang walau pun tidak setinggi mana. Alhamdulillah…walau dengan tekanan kerja dan cabaran yang dilalui saya dapat menyambung pelajaran secara sambilan dan pada masa yang sama melayan keluarga dan anak-anak yang sedang membesar. Alhamdulillah….

    Selamat !

    Bookmark dan kongsi di sini:
    • Digg
    • Sphinn
    • del.icio.us
    • Facebook
    • Mixx
    • Google
    • co.mments
    • De.lirio.us
    • Technorati
    • YahooMyWeb
  • Jangan Kerja di Sektor Perbankan Kalau…

    Posted on January 4th, 2009 ina_kl 3 comments

    Pada hemat saya, kerjaya yang paling dinamik pada era ini ialah kerjaya di sektor perbankan. Bunyinya macam bias sebab saya sendiri kerja di bank… tapi saya rasa kenyataan ini betul. Kenapa bukan doktor, atau jurutera, atau arkitek mahupun peguam ?

    Sektor perbankan adalah pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Kukuh atau lemah struktur perbankan dan kewangan sesebuah negara akan menentukan momentum pertumbuhan sektor2 lain terutama sektor sokongan seperti perkhidmatan sosial (pendidikan, perubatan, pembangunan infrastruktur) dan sektor industri.

    Sistem perbankan akan selalu berubah mengikut perkembangan ekonomi serantau atau global. Maka banyak dasar2, garispanduan dan polisi2 terpaksa dikemaskini dari masa ke semasa oleh Bank Negara dan bank-bank yang beroperasi. Pada masa yang sama, bank harus bersikap agresif dalam meluaskan penguasaan pasaran memandangkan persaingan sengit sesama bank.

    Kerja bank amat meletihkan dan memerlukan kerja lebih masa (selalu balik malam). Untuk cepat ‘naik’…anda harus pandai menonjolkan diri, bersikap proaktif dan yang penting, skil anda dalam berkomunikasi. Bekerja di bank betul2 akan mengajar anda tentang ‘negotiaion skills’ kerana anda akan berhadapan dengan macam2 situasi yang mencabar bila berdepan dengan kerenah pelanggan.

    Untuk menjadi pegawai bank, anda harus mempunyai kelayakan akademik yang bersesuaian  iaitu diploma atau ijazah dalam jurusan perakaunan, ekonomi, kewangan dan yang berkaitan. Sejak kebelakangan ini jurusan dalam bidang seperti kejuruteraan, perdagangan antarabangsa sudah mula diterima sebagai keperluan menyediakan ‘analyst’ dalam bidang2 yang khusus. Tahap pengetahuan juga perlu  tinggi..maklumlah nak berdepan dengan orang2 bisnes, usahawan.. golongan selebriti pun ramai kan.

    Jadi kalau ada adik2, saudara2 atau rakan2 yang teringin nak keja bank… fikir dua kali (cukup dua kali jer :) ). Kerjaya yang menarik, gaji dan bonus lumayan… tapi memerlukan komitmen yang tinggi. Jika anda rasa tidak mampu memberikan komitmen yang diperlukan, maka adalah lebih baik anda bekerja di sektor yang lain untuk mengelakkan anda berhadapan dengan macam konflik2 dalam hidup anda.

    Nanti saya akan menulis tentang ‘Perbankan Islam - Bangkit di Celah Keruntuhan Perbankan Konvensional’.

    OK, selamat !

    Bookmark dan kongsi di sini:
    • Digg
    • Sphinn
    • del.icio.us
    • Facebook
    • Mixx
    • Google
    • co.mments
    • De.lirio.us
    • Technorati
    • YahooMyWeb
  • Bisnes Sendiri VS Makan Gaji

    Posted on October 26th, 2008 ina_kl 1 comment

    Alahai..zaman sekarang ini kalau cakap nak jadi jutawan internet, petik jari macam-macamlah yang boleh kita dapati di internet ini seperti tips dan ebook menjadi jutawan internet, peluang-peluang bisnes MLM, seminar nak jadi jutawan internet…dan macam-macam lagilah. Saya tidak nafikan bahawa apa yang ditulis dan diwar-warkan itu betul…tapi apa yang saya ingin bincangkan di sini ialah BOLEH KE ANDA JADI JUTAWAN INTERNET ?

    Kalau tanya Dr Irfan Khairi, dia akan kata semua orang boleh jadi jutawan internet… saya setuju. Cuba tanya pada mereka yang masih makan gaji (macam saya huhu..), tak ingin ke nak buat bisnes sendiri ? Dah tentu ringan mulut menjawab, “nak”. Tapi lepas jawab “nak” tidak ada apa-apa yang berlaku.

    Buat diri saya pula, sejak di universiti lagi saya dah pasang cita-cita ingin mempunyai perniagaan sendiri (belajar di fakuti pengurusan perniagaan pulak tu). Tapi akhirnya saya hanya makan gaji, sehinggalah sekarang. Namun di lubuk hati sanubari dan di dalam akal fikiran saya masih memikir-mikir dan menunggu-nunggu peluang itu. “Bodohnya, kenapa masih tertunggu-tunggu ? Kalau nak berniaga kena berani dan terus bertindak…peluang tak datang selalu”.

    Saya banyak berbincang dengan rakan-rakan sepejabat dan berkongsi pendapat dengan mereka dan selepas berkurun-kurun berbincang, maka dapat saya simpulkan senarai sebab-sebab ramai di antara kita yang masih makan gaji, macam saya :-

    1. Tak cukup modal. Nak berniaga mesti ada modal yang cukup…ops, bukan cukup tapi mesti lebih dari cukup sebab kena ambil kira ‘contigencies”. Berniaga pakai air liur (macam penyanyi, pakar motivasi) pun nak kena ada modal wang ringgit jugak;
    2. Tak cukup ilmu di dada. Yang ni bergantung kepada perniagaan apa yang kita hendak lakukan. Kalau setakat nak buka perniagaan goreng pisang mungkin satu dua bulan belajar resepi dan selok belok menjual goreng pisang rangup dah cukup kot;
    3. Tidak cukup dorongan dari keluarga. Terutamanya kalau ahli keluarga dan saudara-mara rata-rata bekerja dengan kerajaan atau makan gaji di sektor swasta;
    4. Pengaruh negatif dari rakan-rakan, terutamanya kalau kawan tu pernah “fail” dalam bisnes. Atau kawan tu jenis hasad dengki tak boleh tengok kawan tu berwawasan dan bersemangat waja maka dia akan perlekehkan atau memperkecilkan impian kawan yang sorang ni;
    5. Tiada peluang. Bak kata orang, rezeki tuhan ada di mana-mana…ya betul tu, tapi kalau kita merancang nak buka perniagaan menjual M16 atau mercun tentulah peluang itu tidak akan ada malah tidak akan muncul pun…silap haribulan peluang masuk penjara pulak yang datang.
    6. Tiada rakan kongsi yang sesuai. Kadang-kadang ilmu dan modal dah ada tapi disebabkan kita perlukan “business synergy” yang mantap, kita perlukan rakan kongsi yang arif dalam bidang yang kita kurang mahir. Atau mungkin jenis perniagaan yang kita jalankan sukar mendapat tenaga pakar atau pekerja yang betul-betul berkemahiran.
    7. Tidak betul-betul minat berniaga, hanya ikut-ikut trend semasa, atau lebih selesa makan gaji dan puas hati dengan apa yang dikecapi sekarang;
    8. Sikap kita sendiri, suka menagguh-nangguh sebab kurang berani dan takut rugi. Kalau anda ada sikap sebegini, maka pastilah anda akan makan gaji sampai pencen.

    Tapi sebenarnya banyak juga kelebihan orang yang makan gaji berbanding orang yang menjalankan perniagaan sendiri, antaranya :-

    1. Orang makan gaji tidak perlu fikirkan mana nak cari modal dan bayar gaji, KWSP dan SOCSO pekerja, hanya datang kerja dan kerja, lepas tu balik kerja;
    2. Orang makan gaji boleh melaram ke pejabat , pakai baju, kasut dan beg tangan cantik, baik lelaki atau perempuan;
    3. Setahun sekali dapat bonus, tak banyak, sedikit pun adalah juga;
    4. Kalau majikan bagus, tiap-tiap tahun dapat naik gaji;
    5. Kalau boring dengan majikan sekarang, boleh lompat-lompat tukar majikan…dapat lompat gaji lagi;
    6. Dapat ‘staff loan’, pinjaman rumah, kereta, komputer pada kadar rendah;
    7. Majikan buat ‘annual trip’ atau ‘annual dinner’…seronok juga;
    8. Majikan hantar pergi kursus dan latihan… percuma !;
    9. Majikan beri kemudahan perubatan diri sendiri dan keluarga… pergi klinik tidak perlu bayar duit, majikan tanggung !
    10. Kalau masuk hospital majikan keluarkan ‘guarantee letter’.

    Dalam pada ‘syok’ makan gaji ni, byak juga perkara-perkara yang tak best seperti :-

    1. Kita kerja bermati-matian, orang lain dapat nama atau bonus lebih;
    2. Bos ‘demand’ kita beri komitmen melampau…suruh kita balik lewat, lepas tu dia sedap-sedap maki kita (maki cara halus ada, cara kasar pun ada, dua-dua menghirrrrissss kalbu);
    3. Kena datang kerja untuk majikan pada hari sabtu atau ahad (hujung minggulah waktu yang tinggal untuk bersama keluarga);
    4. Kena keluar pergi kerja tinggalkan anak-anak dengan pembantu rumah (sedihnya);
    5. Kurang kebebasan, kena patuh dengan peraturan dan polisi majikan;
    6. Hujung tahun prestasi kita akan dinilai, kalau kita jenis yang suka bergaduh dengan bos, inilah masa yang paling getir.

    Anda nak tambah senarai di atas ?

    Kesimpulannya, tidak salah kalau sesetengah dari kita yang berangan untuk berniaga tapi kesudahannya hanyalah makan gaji. Itu belum lagi nak dikirakan bisnes ‘bidan terjun’ yang bila-bila masa kita boleh kecimpungkan diri tapi hakikatnya kalau tidak berusaha keras dan konsisten, tidak akan membawa anda ke mana-mana.

    Nasihat saya, muhasah diri dan kenali diri kita sendiri..apa kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri kita. Kena buat SWOT analysis dulu baru boleh mengorak langkah untuk betul-betul berniaga dalam perniagaan, bukan hangat-hangat tahi ayam saja.

    OK, setakat ini dulu perbincangan kita, jika ada komen, hantarkan komen anda tau. Byoi !

    Bookmark dan kongsi di sini:
    • Digg
    • Sphinn
    • del.icio.us
    • Facebook
    • Mixx
    • Google
    • co.mments
    • De.lirio.us
    • Technorati
    • YahooMyWeb
MyBlogLog
Add to Technorati Favorites