-
Langkah Ke Depan
Posted on February 21st, 2010 No commentsSalam wbt, salam sejahtera,
Saya dah berjaya meng’update’ serba sedikit tentang aktiviti perniagaan saya dalam website yg tak seberapa nih. Maklumlah, saya pun bukanlah pakar dlm bidang IT ni…..setakat boleh menyampaikan maklumat…syukur alhamdulillah. Sekarang ni memang teramat-amatlah yang amat sibuk….Tuhan jer tau dan Dialah yang memandu dan mendorong saya untuk mengendali dan ’set priorities’ dalam kehidupan ni. Bermula dari pagi sampai ke petang sibuk menghadap assignment dan berbincang dengan kumpulan, lepas tu dalam kereta sempat pulak menelefon ke Johor buat ‘presentation’ tentang keistimewaan Alpha Lipid dan SD 2. Sampai di rumah…solat Asar jap, lepas tu bawak anak-anak ke Secret Recipe sebab diorang dah lama mintak nak makan kek. Balik rumah dah hampir maghrib…siapkan ‘dinner’ pastu makan….dah kemas2 barulah menghadap komputer sampailah saat 12 am saya menaip posting nih (lepas ni nak layan laki pulak ooopppssss..
).Memang dari dulu saya minat berniaga… lebih2 lagi sebab kita ada ‘kepercayaan’ yang kuat pada produk kita sendiri…hanya melalui cara kita mengambil dan mengalami sendiri kebaikan produk kita tu. Lepas tu tugas kita hanya bercerita dan berkongsi dengan orang lain. Cuma agak kelakar sbb saya hanya mula berkecimpung dalam dunia perniagaan setelah berbelas-belas tahun bekerja di bank. Tak kisahlah…sebab saya pun suka kerja kat bank nih….
. Banyak pahit manisnya….serta luas permandangan.Harapan saya agar saya terus sihat untuk meneruskan kehidupan yang mendatang. Semoga Allah memberi rezeki yang lebih barakah atas hasil perniagaan ini dan agar saya lebih kuat berusaha. Walaupun menghadapi stress yang sangat mencabar, pastinya saya akan boleh lakukan melalui pertolongan dan bertawakkal padaNya.
Pada sesiapa yang berminat untuk ikut saya, pm lah pada saya…kita mengorak langkah bersama2…..
Wassalam…selamat !
-
Pembeli dan Penjual dalam MLM
Posted on February 6th, 2010 2 commentsSalam wbt, salam sejahtera,
Waduhh…..saya rasa sangat bersalah sebab dah lama tidak menulis di blog nih. Macam-macam perkara yang dah berlaku…dan yang akan berlaku. Macam2 nak dirancang dan dilaksanakan.
Baru-baru ini saya telah menerjunkan diri dalam bidang perniagaan. Saja2 nak mencuba…. lagipun seronok juga bila bergaul dengan orang business, mereka lebih agresif dan open-minded berbanding dengan kebanyakan mereka yang makan gaji. Dalam diam tak diam, banyak juga sales yang saya buat sejak hampir 2 minggu berkecimpung.
Ia adalah perniagaan MLM (seperti biasalah…trend sekarang) jadi produk sudah tersedia. Yang pasti apabila kita terlibat dengan perniagaan MLM ini, kita mesti menganggap produk yang kita pasarkan adalah seolah-olah produk itu kita yang cipta dan kita keluarkan : seperti seorang usahawan yang bertungkus lumus mendirikan kilang, mencipta formula, mendapatkan pembiayaan kewangan, melakukan proses pengilangan, kawalan mutu dan akhirnya terhasillah sesuatu produk itu. Cuma bezanya dalam perniagaan MLM kita tidak perlu bersusah payah nak mengeluarkan dan menghasilkan produk - kita hanya perlu memasarkan produk tersebut. Jadi semestinya kita mesti ada cukup pengetahuan dan maklumat tentang produk kita sendiri.
Menganggap produk itu seolah-olah ciptaan atau penghasilan kita sendiri bermakna kita sendiri arif dan tahu segala-galanya tentang produk, kelebihan serta kebaikan termasuk cara penghasilan dan pembuatannya. Itu lebih baik. Kita sendiri menggunakan produk tersebut dan setelah ‘experience’ sendiri barangan kita, maka lebih mudah untuk kita menerangkan kepada bakal pembeli kita. Kita sendiri boleh menilai sejauhmana mutu/kualiti dan kebaikan serta manfaat yang kita perolehi dari barangan kita. Adalah sukar jika kita sendiri tidak menggunakan produk dan tidak ‘percaya’ pada produk kita malah menjualkannya pula pada orang lain.
Apabila kita bercerita dengan rakan-rakan atau prospek tentang kebaikan produk kita, keyakinan kita pada barangan sendiri akan terselah daripada keyakinan kita menyampaikan fakta tentang produk kita. Malah, ada antara bakal pembeli yang akan terus mengambil keputusan untuk membeli kerana mereka percaya pada kita tanpa merasa ragu-ragu dan tanpa perlu membuat homework tentang barangan kita. Sesetengah dari rakan-rakan kita akan berkata, “aku beli ni sebab aku percaya kat ko. Aku tengok ko pun nampak segar dan sihat berbanding dulu”.
Jadi kesimpulannya, kita harus membawa imej produk kita dalam diri kita sendiri, untuk kita mudah mengajak pengguna lain membeli dan menikmati sama kebaikan produk kita.
Wassalam. Selamat !
Nota : Penulisan di atas adalah pendapat penulis sendiri dan ia mungkin berbeza dengan pendapat anda. Penulis mengalu-alukan sebarang komen. Terima kasih.
-
Bila Keinginan Mengatasi Keupayaan - Kerja Kosong
Posted on March 31st, 2009 3 commentsSalam & Selamat sejahtera,
Ya..tajuk di atas tu berkenaan diri saya sendiri. Terlalu banyak keinginan tapi tak mampu nak merealisasikan kesemua keinginan itu. Sedih ? Sedih jugak tapi tak apalah…sekurang-kurangnya niat tu dah ada….moga-moga dapatlah juga ganjaran pahalanya..amin…
Kalau dari sudut konsep ‘Islamic Worldview’, Islam mengambilkira sifat manusia yang ada banyak keinginan, nafsu dan cita-cita. Malah umat Islam digalakkan bekerja keras untuk mencapai matlamat duniawi…seperti nak jadi kaya, nak rumah yang lebih besar, kereta lebih besar, anak-anak yang berjaya dan sebagainya. Tapi dalam urusan dan aktiviti kita itu mestilah berlandaskan garispanduan dan peraturan yang Allah telah tetapkan. Barulah kita layak mendapat ganjaran untuk bekalan kita di kemudian hari. Wah, macam ustazah pulak ye…
Saya cuma berharap dapat buat posting lebih banyak di blog saya yang tak seberapa ni. Itulah keinginan saya. Nak menjana trafik dan seterusnya buat duit dari blog ?? Nantilah dulu…itu bukan matlamat saya buat masa ini. Kalau akan datang ada potensi, alhamdulillah..bolehlah diusahakan. Tapi yang pasti ia adalah joint venture project..saya tak mampu mengendalikannya sendiri. Yang jelas, perancangan tu dah ada tapi kepakaran tu kureng sangat. Menulis boleh.
Sebagai permulaan, saya perlukan seorang partner….seseorang yang akan jadi administrator untuk blog saya. Mungkin iklan jawatan kosong saya berbunyi macam ni
:“Kerja kosong : Blog Administrator cum Manager; ada kepakaran yang diperlukan untuk mengendali blog; mahir HTML language; komited dan proaktif; jujur dan telus dan tiada masalah berkomunikasi”
Kalau ada yang berminat dan memenuhi kriteria di atas, silah beri email address anda..nanti detailed job tu saya akan beri.
Selamat !




















Recent Comments