Blog Esklusif Perkongsian Ilmu, Pencetus Idea & Sumber Motivasi
RSS icon Email icon Home icon
  • Fahami Erti Kekayaan Sebenar

    Posted on October 21st, 2009 ina_kl 2 comments

    Salam, selamat pagi,

    Tiada siapa yang akan kata dia tak mahu kaya, semua orang nak kaya. Ada yang meletakkan usaha yang bersungguh-sungguh, ada yang cukup makan jer, pokok pangkal memang ramai yang nak jadi kaya.

    Saya ? Bohonglah kalau saya kata saya tak nak jadi kaya. Memang nak sangat jadi kaya supaya boleh tolong orang yang kurang upaya :) …insyaAllah.

    Kekayaan tidak boleh diukur dengan nilai wang ringgit semata-mata. Kita tidak sepatutnya lihat pada berapa networth seseorang itu, walaupun pada hakikatnya networth ini dijadikan kayu pengukur. Pada pendapat saya, networth ini hanya sesuai dijadikan kayu pembaris pengukur bagi individu-individu yang banyak membuat pelaburan dan pada masa yang sama, banyak hutang ! Mereka ada hartanah, saham, ekuiti yang bersepah-sepah yang pada masa yang sama aset-aset ini ditampung oleh hutang yang diurus dengan baik. Untuk orang macam kita ni, ada kayu pembaris pengukur yang lebih bagus !

    Definisi kekayaan yang sebenar bagi individu biasa seperti kita adalah berapa simpanan yang kita ada dan mampu kita sediakan untuk hari tua. Bagi yang agak advanced dan pandai melabur, ia diukur dengan melihat berapa simpanan bersih dicampur keuntungan yang kita dapat hasil dari pelaburan tersebut.

    Jadi istilah kekayaan banyak berkaitrapat dengan sifat dan gaya hidup kita. Adakah mereka yang berkereta mewah, rumah banglo besar semestinya kaya ? Apa guna bergaya hidup mewah kalau simpanan yang ada hanya berapa ringgit, dan kesemua kemewahan ditanggung dengan kad kredit dan hutang ?

    Jadi secara ringkasnya untuk lebih jadi kaya, kita mestilah meningkatkan simpanan kita. Melabur ? Ya, itu satu cara dengan syarat kita mesti ada ilmu sebelum menceburi bidang pelaburan. Islam sangat-sangat menggalakkan aktiviti pelaburan yang semestinya mengikut prinsip shariah. Hanya melalui aktiviti perniagaan dan pelaburan umat islam boleh lebih berdaya maju dan kukuh.

    Satu cara lagi ialah dengan mengubah gaya hidup kita. Ini sangat-sangatlah subjektif dan saya akui memang mencabar untuk kita tidak terikut-ikut dengan perkembangan semasa. Orang ada blackberry, iPhone…kita nak gak, orang beli ebook, kita pun nak beli (he3x)…tapi cuba tengok balik, betul-betul ke kita perlukan benda-benda nih ? Adakah benda-benda ni tergolong dalam kategori barang keperluan asas (kalau takde maknanya tak boleh hidup), barang kegunaan (ada atau takde masih boleh hidup tapi kalau ada boleh membantu aktiviti rutin seharian) atau kategori barang gaya hidup semata-mata ? 

    Berjimat cermatlah dalam berbelanja dan jalani hidup dengan tenang, jangan terikut-ikut orang di sekeliling…teruskan menabung dan jana pendapatan anda supaya tabungan terus meningkat. Inilah makna kekayaan yang sebenar… 

    Wassalam. Selamat !

  • Bala & Bencana Masa Kini - Balasan Maha Pencipta

    Posted on October 15th, 2009 ina_kl 2 comments

    Salam,

    Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

    Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

    Melihat kejadian alam, bala dan bencana yang menimpa baru-baru ini, kita seharusnya insaf…mengapa kita terselamat dari bala dan bencana ini, mengapa ada golongan yang menanggung sengsara dan ada golongan lain lagi yang masih boleh tidur lena di katil empuk…. adakah ini menunjukkan Tuhan itu tidak adil (astagfirullah)…???

    Saya sedih betul melihat azab dan kesedihan yang ditanggung rakan seagama kita di Padang, Sumatera Barat…takziah buat mereka yang kehilangan saudara dan keluarga di sana dalam kejadian gempa bumi yang melanda 2 minggu lepas.

    Apakah mereka yang sedang diulit kenikmatan…makan yang enak, tidur yang lena, rumah yang besar dan wang yang banyak ini harus membiarkan diri mereka terus lena dan leka hinggalah sampai bala pada kita baru kita nak tersedar (na’uzubillah) ?

    “Ya Allah…sedangkan azab di dunia ini tidak mampu kami tanggung, apatah lagi azab neraka-Mu, maka ampunilah kami Ya Allah….ampunkan kami yang selalu lalai dalam tanggungjawab kami, selamatkanlah kami dan tunjukilah kami jalan-Mu yang benar lagi lurus, tetapkanlah iman kami….satukanlah hati-hati kami, kuatkanlah agama dan bangsa kami, bantulah kami dalam melaksanakan tanggungjawab kami dengan sempurna….Amin, ya Rabbal ‘Alamin”

    Marilah rakan-rakan, adik-adik sekalian…renungilah diari kita sehari-hari….apakah cukup ibadah dan peranan yang kita lakukan demi agama, bangsa dan negara kita ? Apakah kita sudah menjadi anak-anak yang cukup berbakti dan membalas budi ibu bapa kita, lengkapkah tanggungjawab kita dalam membesar dan mendidik anak-anak kita, dan bagaimana hubungan kita dengan jiran serta rakan sekerja kita ?

    Kalaupun kita berjaya melayari hidup dengan sempurna, ada harta yang banyak, karier yang mantap, anak-anak yang berjaya….tapi adakah kita menyumbang kepada masyarakat kita…bagaimana dengan masalah sosial dalam masyarakat…bukankah itu juga tanggungjawab kita ????

    Maka perlulah kita untuk bertindak dari sekarang….saya dengan rasa rendah diri menyeru pada diri sendiri yang serba kekurangan ini, dan ingin mengajak rakan-rakan dan adik-adik semua agar kita meningkatkan prestasi ibadah kita sehari-hari…lipatgandakan usaha untuk memajukan diri sendiri, tingkatkan ilmu pengetahuan, jaga diri dan kesihatan dan berusaha serta bertawakkal dalam memikul amanah yang Allah berikan ini. Ganjaran yang tersedia amat hebat dan hanya layak diberi pada mereka yang ikhlas dan bersungguh-sungguh serta berserah pada Allah.

    Cuba kita renung-renungkan, selama ini apa yang kita benar-benar hajati (yang mana kita sungguh-sungguh mengerjakannya)….hampir kesemuanya Allah makbulkan ?! Saya rasa hiba bilamana mengenangkan nikmat yang Allah berikan ini dibalas dengan alpa, malas dan lalai. Amat berdosanya rasa apabila ini balasan kita kepada yang Maha Pencipta. Begitu hinanya kita.

    Ayuhlah kawan-kawan…lupakan sengketa sesama kita, bangkitlah dan mari kita berusaha memperbaiki diri dan melaksanakan tanggungjawab yang ada ini sebaik mungkin. Ingatlah bahawa doa adalah senjata orang mukmin yang tidak dimiliki oleh orang lain….seharusnya kita mesti lebih kuat dan lebih dihormati dan disegani, bukannya orang kafir, yahudi dan nasrani. Apakah kita hanya berdiam diri melihat saudara seagama kita diperkotak-katikkan, adakah kita hanya menonton di tv tanpa berbuat apa-apa melihat kesengsaraan saudara-saudara kita di Padang, Sumatera Barat, saudara seagama yang ditindas di Iraq, saudara yang di China ? Mungkin kita tidak mampu membantu secara langsung..tapi ada cara bagaimana kita boleh menyumbang dan menghulur bantuan. Kalau bukan kita, mungkin anak-anak kita nanti bakal jadi seorang yang hartawan yang sedia berkorban fisabilillah. Tanggungjawab siapa untuk mendidik mereka ke arah itu kalau bukan ibu bapa ?

    Nimat yang ada ini hanya sementara….Allah hanya melihat apa tindakan yang kita lakukan…adakah kita masih terus leka atau terus insaf dan bangkit, fikir-fkirkan ini dan berdoalah agar negara dan rakyat kita  terus dinaungi rahmat dan berkat. Marilah kita tunjukkan rasa bersyukur kita atas nikmat yang diberikan ini dengan memperbaiki serta melipatgandakan ibadah kita.

    Wassalam.

MyBlogLog
Add to Technorati Favorites