Blog Esklusif Perkongsian Ilmu, Pencetus Idea & Sumber Motivasi
RSS icon Email icon Home icon
  • Ibubapa Yang Bersalah

    Posted on May 19th, 2009 ina_kl No comments

    Salam dan selamat sejahtera,

    Pagi tadi bila nak bersiap-siap ke pejabat, anak-anak lelaki saya yang bersekolah dah siap dulu. Dah siap minum pagi dan pakai kasut, terus Adly minta kunci kereta dan tolong hidupkan enjn kereta. Biasanya dia berebut dengan si abang, Ahmad tapi pagi tadi Ahmad okay-okay ajer bila Adly yang dulu dapatkan kunci kereta. Lepas tu mereka berdua duduklah dalam kereta menunggu saya. Yang saya pulak ntah kenapa tembel plak rasanya hari ni……sian pulak budak-budak tu lama menunggu.

    Maka kalau selalunya hati saya ‘mengkal’ pagi-pagi bila mengadap kerenah mereka berdua yang lambat, malas-malas, hangin nak pergi sekolah, pagi ni saya pulak yang rasa macam bersalah. Sebagai menunjukkan kekesalan atas kelambatan diri sendiri, saya minta maaf dengan Ahmad dan Adly. Pagi ni dapat peluk cium extra lagi…sebelum mereka melangkah keluar dari perut kereta untuk ke sekolah.

    Sepanjang perjalanan memandu hingga sampai ke pejabat dan hinggalah saya menghadap komputer ini, hati saya terkesima (betul ke penggunaan nahu ni?) dan perasaan bersalah makin bersarang. Semakin dalam difikirkan, semakin banyak pulak kesalahan dan kekurangan pada diri saya sebagai ibu.

    Sebagai ibubapa atau bakal menjadi ibubapa, apa pilihan anda agak-agaknya ? Isteri berhenti kerja dan jaga anak-anak ?  Suami yang berpendapatan lebih rendah dari isteri yang berhenti kerja dan mengasuh anak-anak ? Ambil pembantu rumah dan bayar gajinya untuk mengasuh anak-anak ?

    Perempuan zaman sekarang rata-rata berpelajaran tinggi….ibu ayah yang dah bersusah payah menyekolahkan anak perempuan mereka tentu mahu melihat anak perempuan mereka bekerjaya dan boleh menanggung mereka dan tidak hanya bergantung harap dengan suami semata-mata. Maka sekarang ni ramailah anak-anak yang diasuh oleh orang lain samada babysitter atau pembantu rumah. Agak sedih kan ?

    Jika dibandingkan ibubapa zaman dulu dengan zaman sekarang, pada saya ibubapa sekarang lebih cenderung untuk melakukan banyak kesilapan berbanding ibubapa kita. Ironinya, disebabkan inilah juga ibubapa jadi pelupa (bila mereka dah rasa bersalah) dan terlalu memanjakan anak sampai mereka jadi ’spoiled’. Sedih kan.

    Maka inilah perjuangan kita sebagai ibubapa moden. Inilah medan yang Allah S.W.T beri untuk menguji kita samada kita mampu atau tidak untuk membentuk generasi selepas kita ini sebagai satu generasi yang ampuh dan kukuh dari segi agama, moral dan akhlaknya. Memang kita banyak melakukan kesilapan tetapi kita tidak boleh berhenti dan berkata ‘oh, apa saya boleh buat…zaman dah berubah’. Marilah kita sama-sama bermuhasabah dan berusaha untuk memperbaiki diri kita setiap masa. Selamat !  

  • Senyuman Itu Senjata

    Posted on May 8th, 2009 ina_kl 1 comment

    Salam dan selamat sejahtera,

    Dah lama saya tak buat posting… terpaksa pulun mengadap exam, rasa serik sebab study last minute. Masa zaman muda-muda dulu waktu di universiti memanglah boleh nak pulun last minute tapi rupa-rupanya bila jadi part-time student ni keadaannya tak sama. Manakan tidak, dulu belum bersuami, belum beranak pinak, belum berkerjaya, belum ada komitmen lain-lain. Sekarang dah lain.

    Sebenarnya saya ingin menulis tentang senyum, bukan pasal study last minute :) . Senyum ini satu perkara mudah sebenarnya…tapi tak semudah yang kita sangkakan. Tapi kalau kita bijak mengaplikasikan senyum dalam aktiviti seharian kita, itu sudah menguntungkan.

    Senyum ni pulak boleh jadi ‘auto reflection’ atau ’self-reflection’. Iyelah…kalau ada perkara yang menggelikan hati, secara automatik kita akan tersenyum dan ketawa. Ada juga senyum yang dipaksa-paksa, senyum kambing, senyum tawar dan sebagainya.

    Dalam Islam, senyum itu ibarat sedekah. Senyum juga boleh mengubat hati yang marah, hati yang kecewa, risau, sedih, geram. Kalau dengan pasangan, kita mesti selalu senyum agar bukan saja pasangan kita senang tengok kita, malah secara tak langsung ia membuat hati kita juga senang dan tenang.

    Rakan-rakan dan adik-adik sekelian, cuba lakukan eksperimen ini : bila frust, sedih, geram, marraahhhh….cuba tarik nafas dalam-dalam dan hembus dengan membayangkan emosi itu keluar bersama hembusan tadi…dan pejam mata sambil beristighfar dan berselawat atas nabi (fokuskan fikiran). Buat dengan hati yang ikhlas dan bulatkan hati serta menyerahkan segala-segalanya pada Allah kerana Dia yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Kemudian, sennyuuuummmmm dan sennnyuuuuummmm. dan senyyuuuummm…. Insyaallah akan ada kesannya. Kalau memang kita yang bersalah, dengan lapang hati segeralah meminta maaf, insyaallah bila muka kita ‘berseri’ dengan senyuman yang ikhlas, orang yang marah akan lekas sejuk malah dia akan menyesal memarahi kita…kalau dalam berurusniaga bila kita sentiasa senyum dengan ikhlas maka bertambah murahlah rezeki dek senyuman ikhlas kita itu.

    Senyum juga baik untuk senaman muka,kan. Ada orang kata senyum tu petua untuk awet muda. Jadi apa kita tunggu lagi…berusahalah untuk sentiasa senyum dan berikan senyuman yang ikhlas untuk orang yang di sekeliling kita. Mudah-mudahan ada ganjaran pahala yang tersedia untuk kita selain ganjaran di dunia. Selamat !

MyBlogLog
Add to Technorati Favorites