Blog Esklusif Perkongsian Ilmu, Pencetus Idea & Sumber Motivasi
RSS icon Email icon Home icon
  • Bila Keinginan Mengatasi Keupayaan - Kerja Kosong

    Posted on March 31st, 2009 ina_kl 3 comments

    Salam & Selamat sejahtera,

    Ya..tajuk di atas tu berkenaan diri saya sendiri. Terlalu banyak keinginan tapi tak mampu nak merealisasikan kesemua keinginan itu. Sedih ? Sedih jugak tapi tak apalah…sekurang-kurangnya niat tu dah ada….moga-moga dapatlah juga ganjaran pahalanya..amin…

    Kalau dari sudut konsep ‘Islamic Worldview’, Islam mengambilkira sifat manusia yang ada banyak keinginan, nafsu dan cita-cita. Malah umat Islam digalakkan bekerja keras untuk mencapai matlamat duniawi…seperti nak jadi kaya, nak rumah yang lebih besar, kereta lebih besar, anak-anak yang berjaya dan sebagainya. Tapi dalam urusan dan aktiviti kita itu mestilah berlandaskan garispanduan dan peraturan yang Allah telah tetapkan. Barulah kita layak mendapat ganjaran untuk bekalan kita di kemudian hari. Wah, macam ustazah pulak ye…

    Saya cuma berharap dapat buat posting lebih banyak di blog saya yang tak seberapa ni. Itulah keinginan saya. Nak menjana trafik dan seterusnya buat duit dari blog ?? Nantilah dulu…itu bukan matlamat saya buat masa ini. Kalau akan datang ada potensi, alhamdulillah..bolehlah diusahakan. Tapi yang pasti ia adalah joint venture project..saya tak mampu mengendalikannya sendiri. Yang jelas, perancangan tu dah ada tapi kepakaran tu kureng sangat. Menulis boleh.

    Sebagai permulaan, saya perlukan seorang partner….seseorang yang akan jadi administrator untuk blog saya. Mungkin iklan jawatan kosong saya berbunyi macam ni :) :

    “Kerja kosong : Blog Administrator cum Manager; ada kepakaran yang diperlukan untuk mengendali blog; mahir HTML language; komited dan proaktif; jujur dan telus dan tiada masalah berkomunikasi”

    Kalau ada yang berminat dan memenuhi kriteria di atas, silah beri email address anda..nanti detailed job tu saya akan beri. 

    Selamat ! 

  • Jana Kekayaan Cara Mudah, Cepat dan Tanpa Modal !

    Posted on March 15th, 2009 ina_kl No comments

    Salam w.b.t dan selamat sejahtera..

    Wah, lama jugak saya tak buat posting…memang hasrat hati nak menulis di sini tapi disebabkan komitmen pada assignment, terpaksalah ditunda.

    Semua orang nak jadi kaya kan ? Sebolehnya mereka akan google di internet untuk dapatkan maklumat macamanalah nak jadi kaya dengan cara mudah, cepat dan kalau boleh tak payah keluar modal langsung.

    Saya pasti kalau ada yang singgah di blog saya ini disebabkan tadi mereka google “kaya+cepat+mudah”  (lebih kurang gitulah keyword nya) di search engine kerana mahukan tips seperti yang saya sebutkan.

    Nak jadi kaya memang sangat-sangat senang, rules atau syarat-syaratnya :

    Syarat pertama :  Jangan ukur kekayaan dengan wang ringgit atau ukuran matawang lain kerana orang paling kaya di dunia ini bukanlah diukur dari nilai RM, USD, EURO, Pound Sterling dan sebagainya tetapi diukur dari segi nikmat yang diperolehi. Dah baca posting saya sebelum ini, Nikmat yang Bukan Percuma ? Apalah gunanya kekayaaan tapi tak dapat mengecapi nikmat kehidupan, tak dapat tidur lena, ada penyakit itu dan ini, hutang keliling pinggang dan sebagainya. Yang penting apakah definasi anda tentang kekayaaan itu.

    Memang tak dinafikan, semua orang nak hidup senang. Saya sendiri kalau boleh nak jadi jutawan dan nak lebih banyak wang dari sekarang (eh, sekarang ni banyak wang ke ?? Tak pun :( ). Saya percaya oleh kerana zat Allah S.W.T yang maha pengasih dan penyayang selalunya cita-cita kita akan dimakbulkan jika kita berusaha dengan bersungguh-sungguh. Tapi adakah cukup dengan bercita-cita sahaja, adakah kita terfikir tanggungjawab yang datang bersama-sama kekayaan itu ?

    Syarat kedua : Hati mesti mau bersih…kalau hati kotor, wang dalam tangan satu juta ringgit pun kita akan rasa kita masih miskin. Sebab apa ? Nikmat satu juta ringgit itu tidak ada… Orang miskin tapi hatinya baik dan jujur, wang satu ringgit pun bukan main hebat nikmatnya.

    Syarat ketiga : Berbuat baik pada ibu bapa dan selalu doakan mereka. Orang yang sanggup melapangkan masa dan mengeluarkan kudrat untuk ibubapa mereka, maka Allah akan melapangkan rezeki untuk mereka.

    Syarat keempat : Yang ni mungkin susah sikit tapi hukumnya wajib…iaitu kena tunaikan tanggungjawab kita pada Tuhan yang Satu. Tunaikan rukun islam terutamanya solat lima waktu, puasa dan bayar zakat.

    Dan yang terakhir, syarat untuk melipatgandakan kekayaan ialah dengan cara mengeluarkan zakat serta bersedekah. Tidak ada apa-apa rahsia yang perlu dibongkar…inilah senjata yang sebenar-benarnya. Zakat yang kita keluarkan atau sedekah yang dihulur bukanlah modal dari segi literal (modal dari sudut literal ialah sesuatu yang dikeluarkan atau dilaburkan yang akhirnya menjana keuntungan atau mungkin mendatangkan kerugian) tetapi adalah suatu kewajipan. Zakat yang dikeluarkan tidak akan meluakkan kekayaan kita malah menyucikan harta yang kita ada kerana bukan 100% harta dan wang ringgit itu milik kita. Bila harta kita suci maka akan lebih berkatlah rezeki yang kita nikmati maka bertambahlah rahmat dalam kehidupan kita. Inilah erti kekayaan yang sebenarnya.

    Sebagai renungan kita bersama, akhirnya sama-samalah kita lihat balik motif kita untuk jadi kaya. Seharusnya kita melihat kekayaan itu bukan untuk kesenangan diri sendiri tetapi juga kesenangan untuk orang lain yang lebih memerlukan. Renungilah firman Allah S.W.T yang berikut :

    “Kecelakaan besar bagi mereka yang mencaci dan mengeji, yang mengumpulkan harta serta menghitung-hitung kekayaan, ia beranggapan bahawa harta kekayaan dapat mengekalkannya di dunia, tidak sekali-kali; sesungguhnya ia akan dicampakkan ke dalam neraka yang bernama Hutamah” (Surah Al Humazah, ayat 1-4)

    Saya yakin, kalau anda mengikuti tips yang saya berikan di sini insyaallah anda akan beroleh kekayaan yang anda impikan. Bila dah jadi hartawan yang dermawan, jangan lupa kongsikan tips kejayaan anda dengan saya. Selamat !

  • Nikmat Yang Bukan Percuma

    Posted on March 3rd, 2009 ina_kl No comments

    Salam w.b.t, salam sejahtera,

    Hmmm…ada 2 jenis nikmat, satu percuma, dan yang lain berbayar. Setuju ?

    Macam ada unsur ‘kenakalan’ dalam tajuk di atas tu. Ini bukan posting berkenaan nikmat di bilik tidur ke, atau di bilik air ke…saya nak memperkatakan nikmat secara umum. Kalau nak baca cerita nikmat yang lebih mengkhusus, kenalah pergi ke blog lain…hee :)

    Nimat yang kena bayar..hmmm, biasalah macam-macam ada, nak makan sedap kena bayar, nak parking kereta di tempat yang selesa kena bayar, nak melepaskan hajat kecil dan besar pun kena bayar. Hatta nak kahwin pun kena bayar ! Bayar mas kawin….. :)

    Tapi ada banyak nikmat lain yang percuma..contohnya udara yang kita hirup, kesihatan yang ada pada kita di saat ini, anggota badan dapat berfungsi dengan baik (maka dapatlah kita bekerja mencari rezeki sesuap nasi), nikmat sampai ke tempat kerja tanpa menghadapi apa-apa kemalangan….. itu semua adalah nikmat yang kita tidak perlu bayar, malah kita cam tak sedar nikmat itu diberi pada kita. Pernah tak kita beratur panjang di hospital awam dan menunggu lama untuk bertemu doktor dan kita merungut-rungut dan menyumpah hospital kerajaan tidak efisien ? Pernah tak kita tiba di tempat kerja dengan selamat tapi hati kita panas dan menyumpah-nyumpah penunggang motorsikal yang kita hampir langgar ?

    Bayangkan jika nikmat yang percuma ini tidak lagi diberi… hmmm memang saya sendiri tak dapat bayangkan. Rasanya saya tak kuat untuk hidup kalau nikmat-nikmat percuma ini ditarik.

    Jadi di kesempatan waktu yang terluang ini dan sebagai peringatan untuk diri sendiri serta perkongsian untuk anda yang membaca, marilah kita sentiasa bersyukur dengan nikmat-nikmat ‘free’ yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. Dan yang pasti..nikmat yang ‘free’ ini sebenarnya bukan ‘free’, ada tanggungjawab dan amanah yang disertakan. Dengan kesihatan yang baik dan kita tiba di tempat kerja dengan selamatnya, maka bekerjalah dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas. Jangan layan sangat emosi kita….tumpukan pada ’substance’ atau perkara yang diusahakan. 

    Mudah-mudahan hidup kita hari ini dan seterusnya lebih barakah. Amin.

    Selamat !

MyBlogLog
Add to Technorati Favorites