Blog Esklusif Perkongsian Ilmu, Pencetus Idea & Sumber Motivasi
RSS icon Email icon Home icon
  • Urusan Pengambilan Pembantu Rumah

    Posted on February 24th, 2009 ina_kl 3 comments

    Rupa-rupanya bukan mudah kalau nak uruskan sendiri proses pengambilan pembantu rumah (”maid”) dengan imegresen. Tak hairanlah kalau ada yang sanggup keluar duit sampai 7 atau 8 ribu, tau-tau maid dah sampai depan pintu rumah.

    Bagi mereka yang kurang berkemampuan macam saya (aduh, 8 ribu tu terlalu mahal dong :( ), bolehlah cari agen-agen persendirian yang boleh dapatkan kita maid tapi urusan dokumen kita kena buat sendiri. Yang ni memang murahlah..sekitar RM4,500 ke RM5,000 (kalau tahun lepas lebih murah sikit…RM4,000 dah boleh dapat) tapi ada 2 perkara kita harus pertimbangkan kalau nak berurusan dengan agen persendirian ni :

    (1)  Kena pastikan agen itu seorang yang boleh dipercayai; dan

    (2)  kena sanggup luang masa berlari ke sana ke mari (isi borang, bayar setem hasil, hantar borang, urus borang FOMEMA dan lain-lain).  

    Sebab nak jimat punya pasal, saya pun ambil keputusan untuk guna agen persendirian. Akhirnya dapatlah agen ni yang agak murah tapi saya langsung tak kenal dan tak ada sesiapa pun rekomen (tawakkal aje sebab dah terdesak)…saya dapat nombor dia dari dalam internet aje (adalah agen-agen lain yang kawan-kawan saya rekomen tapi dah takde rezeki semuanya tak dapat dihubungi).

    Alhamdulillah, sekarang proses untuk mendapatkan kelulusan dari imegresen di Malaysia dah selesai. Saya dahpun hantar ‘Calling Visa’ atau surat kelulusan tersebut beserta resit bayaran levi sebanyak RM430 ke agen saya yang berada di Terengganu dan sekarang hanya tunggu maid sampai dan lepas tu kena buat FOMEMA (pemeriksaan kesihatan ke atas maid tersebut).

    Kalau anda berada di kawasan KL atau Selangor, atau kat mana-mana aje lah, sebelum nak ke pejabat imegresen untuk hantar borang permohonan yang siap diisi, pastikan dulu samada cawangan tersebut ada menyediakan urusan pembantu rumah. Pengalaman saya sendiri, konon nak ke Imegresen Putrajaya tapi memikirkan Imegresen Kajang lebih dekat, maka sayapun berlarilah ke Imegresen Kajang. Rupa-rupanya di situ tiada khidmat menguruskan pengambilan pembantu rumah. Terpaksalah saya bergegas pulak ke Imegresen Shah Alam… kebetulan hari tu cuti hari wilayah, pejabat imegresen di Putrajaya dan Damansara pulak tutup. Penat oo….

    Pengalaman kakak ipar saya berurusan di Imegresen Putrajaya memang senang…borang dan dokumen diperiksa tanpa banyak soal, orang pun taklah ramai sangat. Dia sanggup ke sana walhal dia duduk di Shah Alam. Saya pulak, terpaksa berkejar ke Imegresen Shah Alam dari Imegresen Kajang tanpa rela. Hmm…adalah jugak soalan-soalan ‘tak puas hati’ dari kerani di kaunter berkenaan dokumen-dokumen yang saya isi, alamat tak lengkaplah, penyata gaji bukan yang terkinilah…tapi akhirnya, phew…tiga hari selepas itu pegawainya meluluskan permohonan saya. Akhirnya dapatlah saya meneruskan niat mengambil ‘Zainab’, nama maid baru saya tu sebagai pembantu peribadi saya (istilah baru).

    Jadi buat rakan-rakan dan adik-adik semua, untuk ambil pembantu rumah sendiri kita kenalah buat ‘homework’ sikit dari awal proses hingga akhir supaya kita lebih bersedia…kalau tak banyak ‘unnecessary pressure’ dan ‘frustration’ yang terpaksa ditanggung. Hmm tapi kalau niat itu semuanya untuk mencari keredhaan Allah dan ikhlas untuk-Nya…pasti kita akan rasa puas bila segala urusan dah selesai. Ha, lepas tu sesi melayan kerenah dan memotivasi maid kita pulak. Menarik kan.

    Selamat ! 

  • Sistem Tua Yang Dipandang Sepi

    Posted on February 20th, 2009 ina_kl 2 comments

    Salam w.b.t, salam sejahtera,

    Apa sistem yang tua tu ?

    Umat islam sudah lama dibekalkan dengan pelbagai sistem yang diajar dan diturunkan Allah melalui Al-Quran dan hadith, seperti diajar oleh Rasulullah S.A.W. Sistem yang saya maksudkan adalah seperti sistem perundangan islam, sistem institusi kekeluargaan islam, sistem zakat, sistem wakaf, sistem ekonomi serta sistem kewangan islam.

    Sebenarnya tidak ada apa-apa yang pelik berkenaan sistem yang saya maksudkan tu sebab semua orang tau ia wujud…cuma apa yang agak menyedihkan ialah sebagai umat islam dan mendiami sebuah negara yang didakwa sebagai negara islam…adakah kita mengamalkan sistem-sistem islam ? Contohnya, kita sedia maklum negara kita mengamalkan sistem zakat…tetapi adakah sistem ini dipraktikkan dengan betul ? Hmm.. saya rasa kalau sistem ini diamalkan dengan betul sudah tentu Malaysia dapat mencapai kemiskinan tegar ’sifar’. Ini kerana kutipan zakat dapat diagihkan dengan sempurna kepada pihak yang berhak. Jika sistem perundangan islam seperti Hudud dan Qisas diamalkan dengan berkesan saya rasa masalah jenayah di negara kita tidaklah bermaharajalela macam sekarang.

    Apa yang jelas dan nyata…di suratkhabar dan di mana-mana media sibuk orang bercakap tentang sistem kewangan islam…di saat sistem perbankan konvensional sedang melingkup semua orang memuji sistem kewangan islam dan memberi sepenuh perhatian kepada sistem ini.

    Ironinya, banyak sistem-sistem islam lain yang terus dipandang sepi…mengapa hanya sistem kewangan islam saja yang diwar-warkan, yang dibangga-banggakan ? Sekarang ni negara-negara bukan islam seperti Hong Kong, Singapura dan Korea Selatan berlumba-lumba hendak menjadi hub perbankan islam di rantau Asia dan masing-masing hendak membina kepakaran…. Malaysia pun tak kurang hebat. Tapi hanya sistem kewangan islam saja yang difokuskan.

    Semasa kelas Islamic Economics yang saya hadiri, pensyarah saya begitu menekankan bahawa sistem kewangan islam tidak akan berjaya jika sistem-sistem islam lain tidak dibina, dijaga dan dipraktikkan. Orang hanya berminat dengan sistem kewangan islam sebab apa ? Sebab dalam otak akal pemikiran mereka hanya fikir duit, duit, duit. Bagaimana dengan sistem wakaf, sistem zakat, sistem keluarga dan lain-lain sistem yang berlandaskan syariah ?

    Setiap niat dan perlakuan mestilah kerana Allah Taala. Bukan kerana wang ringgit, bukan kerana ekonomi dan bukan kerana hendak menjadi hub itu, hub ini. Yang pasti, tanggungjawab untuk melaksanakan sistem-sistem islam ini semuanya terletak dalam tangan kita. Setiap insan : saya, anda yang sedang membaca, suami dan isteri kita, ibu bapa kita, anak-anak kita, jiran tetangga kita dan rakan sekerja kita semuanya bertanggungjawab dan akan disoal di hari akhirat apakah peranan dan sumbangan yang kita lakukan untuk melaksanakan dan menyokong kesemua sistem-sistem Allah ini.

    Makin lama saya fikir-fikirkan tentang tanggungjawab ini…saya rasa makin takut. Saya lihat muka anak saya seorang demi seorang…saya rasa makin syahdu. Adakah saya telah berjaya memainkan peranan sebagai ibu dan membimbing anak-anak saya supaya mereka besar nanti mereka boleh menjadi pemimpin yang lantang yang boleh menerajui sebuah negara berteraskan sistem islam yang sebenar ? Oh, beratnya tanggungjawab ini.

    Inilah istimewanya manusia kerana manusia terpilih untuk menjadi khalifah di dunia. Dipilih bukan kerana kehebatan manusia itu sendiri tetapi kerana sifat pelupa dan tamak manusia. Diceritakan didalam Al-Quran bahawa Allah pernah membuat tawaran pada bukit dan gunung ganang untuk menjadi khalifah di dunia tetapi gunung dan bukit menolak; Allah tawarkan pula pada binatang-binatang tapi mereka menolak…tetapi apabila ditawarkan kepada manusia, terus aja manusia menerima amanah tersebut tanpa memikirkan tanggungjawab yang amat berat itu.

    Walaupun begitu, oleh kerana sifat Allah yang maha penyayang, Allah tidak melihat ‘end result’ tapi yang penting perjuangan kita serta sumbangan kita keseluruhannya. Maka, jika seluruh usaha, tenaga, wang ringgit dan masa telah dicurahkan untuk menyumbang kepada pembangunan sistem islam tetapi di penghujung hayat kita Malaysia ini masih seperti Malaysia yang sekarang … janganlah bimbang sebab Allah akan tetap memberikan ganjaran kepada kita, insyaallah.

    Saya menyeru kepada diri saya sendiri, rakan-rakan dan adik-adik sekalian supaya kita mula bertindak dan melakukan sesuatu ke arah menyumbang kepada pembangunan sistem islam. Dengan kukuhnya islam dan ummahnya, insyaallah musuh akan gerun pada kita. Selamat ! 

  • Komunikasi Terhebat

    Posted on February 16th, 2009 ina_kl 2 comments

    Salam w.b.t, selamat sejahtera.

    Semua benda hidup berkomunikasi, hatta pokok dan tumbuh-tumbuhan (bertindakbalas terhadap cahaya). Manusia dan haiwan apatahlagi. Saya suka memerhati cara orang di sekeliling saya berkomunikasi : kawan-kawan, rakan sekerja dan bos di opis, orang sedang tunggu bas, orang sedang pegi kerja, sang suami di rumah (wajib nih), anak-anak yang sedang bergurau-gaduh dan macam-macam lagi. Pendek kata, selagi sesuatu yang hidup dan bernyawa itu tidak tidur, semuanya berkomunikasi….setuju ?

    Sebenarnya kita tak perlu diajar bagaimana untuk berkomunkasi sebab ia adalah perkara semulajadi..orang yang cacat pendengaran dan bisu juga ada cara mereka berkomunikasi. Budak yang baru dilahirkan ke dunia pun tau macamana nak berkomunikasi. Cuma apa yang saya dah lama tertarik hati dan ingin ‘highlight’ di sini ialah…. hebatkah kita bila berkomunikasi ?

    Pada pendapat saya, orang yang hebat berkomunikasi ialah orang yang waras dan menggunakan akal bila berkomunikasi. Akal menjadi panduan bila berkomunkasi manakala niat adalah penggerak atau pencetus komunikasi itu sendiri. Bukan senang nak ambil hati ibu mertua yang garang serta cerewet dan bukan mudah nak mintak suami belikan hadiah rantai tangan (hehe :-P ). Agak mencabar juga bila kita terpaksa yakinkan bos di tempat kerja dengan cadangan-cadangan kita dan tidak kurang payahnya bila kita kena ajar budak junior yang baru join department kita.

    Mungkin sukar untuk kita mencapai tahap ‘terhebat’ dalam setiap komunikasi kita memandangkan kita ni pun bukanlah manusia yang sempurna, tapi sekurang-kurangnya kita berusaha untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Jika niat yang baik tu dah ada, insyaallah hasilnya akan terpamer jua. Ada beberapa tips yang boleh saya kongsikan di sini untuk mendapat komunikasi terhebat :-

    (1)  Pasang niat bila memperkata dan menulis sesuatu itu kerana Allah Taala;

    (2)  Bercakap, bergurau, menegur/ menasihati bila perlu dan pada tempat yang betul - kena lihat dulu kesesuaian dan keperluan. Kat sinilah yang membezakan komunkasi yang hebat dan kurang hebat….yang hebat ialah bila dia fikir 2 kali sebelum bertindak;

    (3)  Asingkan emosi negatif seperti marah, menyampah dan sedih melampau daripada komunikasi. Berhenti dulu, tarik napas dan pikir perkara-perkara yang boleh meredakan kemarahan atau kekecewaan anda sebelum meneruskan komunikasi (hmm…yang ni banyak membantu saya);

    (4)  Banyakkan senyum dan perihatin tentang ‘body gesture’ kita…contohnya, masa sedang menghadiri interview kerja walaupun kita sedang bergemuruh berdebar-debar menunggu giliran janganlah pulak gigit-gigit kuku…lagilah nampak yang kita ni gabra;

    (5)  Banyakkan sentuhan mesra dengan suami, anak-anak dan ibubapa-ibubapa kita serta muhrim kita yang lain…. setengah orang tu susah betul nak peluk dan cium mak mertua atau mak dia sendiri…maka kenalah kita berusaha untuk atasi kesukaran ini. Nak mula memang susah tapi bila dah biasa, memang berbaloi;

    (6)  Untuk tambahkan keyakinan, ambil kelas ‘grooming’, jaga bentuk badan/ diet, jaga kebersihan mulut dan gigi (ada orang bila dia mula senyum habis ’spoil’ komunikasi…kesian)…dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya;

    (7)  Akhir sekali, kalau tips-tips di atas tu tak dapat membantu, istighfarlah banyak-banyak…sekurang-kurangnya anda sudah mencuba.

    Apabila anda rasa tenang, hati rasa senang, kawan-kawanpun ramai…itu tandanya anda telah mencapai satu kemajuan dan kehebatan tersendiri dalam stail komunikasi anda. Selamat !

  • Menilai Harga Suatu Masa

    Posted on February 5th, 2009 ina_kl 4 comments

    Salam semua !

    Sejak kebelakangan ini saya begitu sibuk terutama bila saya dah mula menghadiri kuliah dan kelas tutorial .  Memang mencabar bila terpaksa nak membahagikan masa dengan kerjaya, keluarga (suami dan anak-anak)..dan sekarang pelajaran pulak.

    Tadi saya mengikuti kelas tutorial dan pensyarah ada membincangkan tentang masa. Selama ini saya menyangka hanya saya sorang saja yang ada keinginan untuk membeli masa..rupa-rupanya ramai juga yang ada keinginan yang sama. Saya juga pernah post artikel bertajuk ‘Andainya Masa Dapat Kubeli’ beberapa bulan yang lepas.

    Apa yang saya ingin kongsi di sini ialah apa yang pensyarah tadi perkatakan.

    Kenapa kita rasa macam masa tidak pernah cukup buat kita ?

    Adakah kita mempunyai kuasa yang sepenuhnya untuk mengawal dan menggunakan waktu itu seperti yang kita kehendaki ?

    Akhirnya, saya mendapat jawapan…

    Untuk mendapat masa yang sentiasa cukup…. masa yang kita ada itu perlulah berkat. Sebagaimana kita memastikan rezeki kita adalah berkat, datang dari sumber yang berkat, begitulah masa yang kita ada. Masa yang hanya 24 jam sehari itu adalah harta yang paling berharga buat kita semua sebenarnya.

    Kengkadang…hmmm bukan kengkadang tapi selalu sangat saya hangin satu badan bila orang potong queue bila pandu kereta, motorsikal mencilok sesuka hati, mesin potostat kat pejabat buat hal, hingga saya merungut-rungut kenapa banyak masa yang terbuang bila kena mengharung jem trafik, nak membetulkan mesin potostat dan lain-lain. Saya rasa selama ini saya silap kerana hanya memandang kepada masa yang ‘terbuang’ tetapi saya terlupa untuk menjadikan masa yang terpakai (bukan lagi terbuang :) ) itu sesuatu yang berkat. Caranya mudah saja : nawaitu kita dan kesedaran kita adalah, apa yang dilakukan adalah kerana Allah Taala…bukan sebab nak kejar punchcard, bukan nak kejar deadline dan lain-lain. Hati akan pasti lebih tenang dan setiap saat apabila kita mengenang Allah maka Allah akan memberikan ganjaran pahala buat kita. Bukankah setiap saat dalam  hidup ini adalah untuk beribadah kepada Allah ?

    Pada pengamatan saya, trend masakini ialah umat islam lebih cenderung melihat kebendaan. Apabila masa juga dianggap sesuatu yang berharga dari sudut materialistik, maka 24 jam sehari yang kita ada memang akan tak pernah cukup.

    Sebagai insan yang penuh kekurangan, banyak kesilapan yang saya lakukan dan banyak masa yang saya miliki dulu terbuang begitu saja. Saya harap rakan-rakan, adik-adik seperjuangan sekalian dapat menfaat sedikit sebanyak dari perkongsian ini dan masih belum terlambat untuk kita berubah demi kebaikan. Selamat !

MyBlogLog
Add to Technorati Favorites