-
Penipuan Melalui Kad ATM
Posted on January 31st, 2009 No commentsSalam, bertemu kita kembali.
Saya ingin berkongsi dengan anda semua berkenaan perkembangan terkini kegiatan menipu orangramai melalui kad ATM. Terkini yang dilaporkan, modus operandi mereka yang tidak bertanggungjawab adalah seperti berikut :
(1) Mula-mula mereka akan menghampiri mangsa yang sedang hendak membuat pengeluaran di mesin ATM dengan menyamar sebagai pegawai bank atau berpura-pura hendak menolong mangsa membuat pengeluaran wang atau lain-lain urusniaga;
(2) mereka akan menawarkan pertolongan dengan melakukan transaksi untuk anda; anda hanya perlu lihat dan tunggu hingga transaksi selesai atau hingga pengeluaran wang selesai dan anda mendapat wang anda.
(3) Si penyamar tadi akan segera memulangkan kad ATM dan anda pun pulang dengan gembiranya tanpa mengesyaki apa-apa.
Anda hanya akan sedar anda sudah tertipu apabila :
Menyedari kad ATM itu tidak lagi berfungsi atau telah di’block’, ‘inactive’ dan sebagainya. Kemudian anda pasti anda sudah ditipu apabila menyedari kad ATM yang di dalam simpanan anda itu sebenarnya bukan kad ATM anda !
Sebenarnya taktik yang digunakan si penjenayah ini mudah saja…mereka adalah ‘opportunist’ yang mengambil kesempatan di atas kelalaian dan kepercayaan melulu yang diberikan si mangsa. Apa yang berlaku, semasa si penjenayah menawarkan pertolongan, si mangsa secara ‘tak tersengaja’ telah memberitahu katalaluan mereka supaya transaksi dapat dilakukan dengan pertolongan si penjenayah yang berpura-pura menjadi pegawai bank. Setelah selesai transaksi, si penjenayah yang licik ini akan memulangkan semula kad ATM kepada anda tetapi dia sempat menukarkan kad itu dengan kad ATM yang lain…yakni bukan kepunyaan anda ! Bayangkan…dia berjaya ‘mencuri’ kad ATM anda malah dapat mengetahui katalaluan anda ! Bijak…bijak.
Mereka yang mudah tertipu biasanya mereka yang kurang arif dengan fungsi mesin ATM dan akan mudah rasa seronok dan berterimakasih bilamana ada orang yang sudi memudahkan urusan mereka.
Jadi, kesimpulannya perkara-perkara yang harus dilakukan apabila anda ingin melakukan transaksi di ATM ialah :-
(a) Sentiasa berwaspada dan jangan cepat terpedaya jikalau ada orang menawarkan pertolongan untuk melakukan transaksi untuk anda;
(b) Pastikan jarak yang ‘selamat’ dengan orang di belakang anda atau cuba ‘cover’ sedikit semasa membuat transaksi agar orang di belakang tak boleh nak mengendap no pin anda;
(c) Pastikan nama anda tertulis pada kad ATM (boleh tulis pakai marker).
Itulah sedikit perkkongsian pada kali ini….diharap memberi menfaat pada pembaca budiman semua. Selamat !
-
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
Posted on January 18th, 2009 1 commentSangat sedikit informasi tentang beliau yang boleh diperolehi memandangkan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (“Tan Sri”) adalah seorang yang begitu ‘low profile’. Sehinggalah baru-baru ini saya terbaca sebuah artikel di akhbar The Edge bertarikh 12 Jan 2009. Laporan akhbar itu begitu menyeluruh (kalau tak silap 3 mukasurat) dan memfokus kepada jatuh bangun Tan Sri dalam dunia perniagaan.
Dunia perniagaan Tan Sri bermula apabila dalam usia remaja beliau telah menolong bapanya menjual kambing dikampungnya di Kampung Hutan Keriang (sekarang dikenali Jalan Sultanah), Kota Setar, Kedah.
Dalam tahun 1970an, Tan Sri mula menjual daging dan dari situ beliau menjinakkan diri dalam industri pengangkutan, dengan hanya 4 permit lori sebagai permulaan.
Seorang yang merendah diri dan pandai bergaul, beliau mula menjalinkan hubungan perniagaan dengan ramai pihak malah ramai di antara mereka yang menjadi tokoh penting seperti Datuk Seri Syed Razak Syed Zain (bekas menteri besar Kedah) yang dikenalinya semasa menjalankan perniagaan menjual daging. Melalui kontrak mengangkut beras pula untuk Mara Pernas Edar dan Sergam Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat Johor SEDC, Tan Sri mula mengenali Tan Sri Muhyiddin Yassin (“TSMY”) yang kini menteri besar Johor. Hubungan mereka begitu akrab hingga ke saat ini sehingga ramai pihak yang mengganggap kejayaan Tan Sri dalam mendapatkan kontrak perniagaan dan urusniaga terutamanya di Johor adalah disebabkan hubungan baiknya dengan TSMY.
Dengan hanya bermula sebagai pembekal perkhidmatan mengangkut beras, Tan Sri telah berjaya mengambilalih kepentingan Bernas dan bertitiktolak dari situ beliau mula melangkah jauh dengan terbabit dalam industri pembuatan, pembinaan, janakuasa dan yang terbaru dalam industri perbankan, dan sebagainya.
Empayar Tan Sri mula menyinar bermula awal 1997. Tan Sri pada mulanya tidak berapa disenangi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad (pada ketika itu perdana menteri) kerana keakraban beliau dengan TSMY oleh sebab pada masa itu TSMY adalah sekutu kuat Anwar Ibrahim dalam pilihanraya UMNO 1993. Bagaimanapun setelah perjumpaan 2 jam antara Tan Sri dengan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membincangkan rancangan Tan Sri membina dan membangunkan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor, segala-galanya berubah apabila Tun Dr Mahathir Mohamad benar-benar yakin dengan kebolehan dan wawasan beliau dan telah meluluskan projek mega Pelabuhan Tanjung Pelepas. Seterusnya Tan Sri semakin tersohor dan dianggap tokoh korporat bumiputera yang paling berpengaruh terutama apabila Tun Daim Zainuddin meninggalkan kabinet pada 2002.
Akhirnya sebaik sebelum Tun Dr Mahathir melepaskan jawatan kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada penghujung 2003, Tun Dr Mahathir sempat menghadiahkan konsesi projek pembinaan landasan keretapi letrik berkembar berharga RM14 Billion menghubungkan Ipoh dengan Padang Besar kepada Tan Sri melalui syarikat milik Tan Sri iaitu MMC Corporation Berhad dengan usahama Gamuda Berhad.
Tan Sri mungkin tidak terbabit secara langsung dalam arena politik tetapi beliau merupakan kawan baik UMNO. Masa depan perniagaan beliau juga dijangka ‘selamat’ memandangkan beliau juga memiliki DRB Hicom yang mempunyai kilang pemasangan kenderaannya di Pekan, Pahang yang merupakan kawasan Datuk Seri Najib Tun Razak. Tan Sri juga telah banyak berhubungan dengan Najib sebelum ini memandangkan DRB Hicom mempunyai unit yang mengeluar dan membekalkan peralatan keselamatan iaitu DRB Hicom’s Defence Technologies Sdn Bhd semasa Najib menjadi menteri pertahanan.
Itulah sedikit sebanyak yang saya boleh rumuskan. Saya amat mengagumi Tan Sri kerana beliau adalah wakil tokoh korporat melayu yang berjaya walaupun beliau tidak pernah melanjutkan pelajaran ke universiti. Beliau banyak membuat kebajikan terutama kepada pertubuhan kebajikan dan anak-anak yatim dan miskin melalui yayasan yang ditubuhkannya, Yayasan Al-Bukhary. Melalui syarikat yang beliau tubuhkan juga, beribu-ribu peluang pekerjaan telah wujud. Tetapi beliau tidak pernah membangga diri malah beliau banyak berselindung disebalik ‘proksi-proksi’ beliau.
Diharap ramailah lagi anak-anak bangsa kita yang boleh jadi seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Selamat !
-
Kewangan Islam & Keruntuhan Kewangan Konvensional
Posted on January 12th, 2009 2 commentsTajuk di atas itu agak ironik, anda pasti tertanya-tanya apa yang saya maksudkan dengan runtuhnya sistem kewangan konvensional sedangkan bank-bank masih lagi menawarkan perkhidmatan perbankan berdasarkan sistem kewangan konvensional ?
Sudah tentu sistem kewangan konvensional masih ada dan masih berterusan tapi anda telah lihat bagaimana tamatnya riwayat Merill Lynch yang akhirnya dibeli oleh Bank of America, bagaimana Lehman Brothers boleh jatuh bankrap, Citigroup menghentikan 35,000 pekerjanya di serata dunia malah sebuah negara boleh jatuh bankrap (tau negara mana ? Iceland) disebabkan taksub dengan sistem kewangan konvensional yang lebih berteraskan kepada elemen judi (‘maysir’), riba dan ragu2 (‘gharar’) yang diharamkan dalam sistem kewangan islam.
Setakat ini, sektor kewangan islam telah menunjukkan peningkatan yang lebih menyerlah daripada kewangan konvensional. Sebagai contoh, sektor kewangan islam telah berkembang pada kadar dua angka pada tahun-tahun sebelumnya terutama lewat tahun 90an dan awal 20an sehingga mencapai 20%1. Ini adalah satu perkembangan yang memberangsangkan.
Malah, terdapat universiti di barat yang sudah mula berminat menjalinkan usahasama dengan universiti tempatan untuk mendalami dan berkongsi kepakaran dalam bidang kewangan islam. Buktinya pada 7 Januari 2009 Universiti of Reading, United Kingdom telah menandatangani memorandum usahasama dengan International Centre for Islamic Finance (“INCEIF”) Kuala Lumpur untuk berkongsi modul dan sukatan pelajaran di INCEIF. Sudah terbukti orang barat terutamanya orang Eropah sudah mula pandang dan menerima hakikat bahawa sistem kewangan islam adalah lebih baik dan stabil. Negara seperti Jepun misalnya telah meluluskan rang undang-undang baru yang membenarkan operasi kewangan islam di sana manakala Hong Kong telah pun memendam cita-cita untuk menjadi hub kewangan islam di rantau asia. Di Hong Kong telah wujud Badan Penasihat Syariah (“Syariah Advisory Council”) dan Hang Seng Islamic China Index Fund telahpun dilancarkan pada tahun 20072. Ini adalah sebahagian dari contoh-contoh yang dapat saya sebutkan – menarik kan ?
Cukuplah saya menulis tentang fakta…yang pasti prospektif industri kewangan islam yang baik telah mula memberi kesan dan kita berharap sistem yang berdasarkan kitab Al-Quran dan Hadith ini akan lebih kukuh dan lebih memainkan peranan dan diterima pakai oleh seluruh masyarakat dunia.
Soalan : sebagai orang islam, adakah anda mengamalkan sistem kewangan islam sepenuhnya ? Sekian, selamat !
_________________________________________________________________________
2 Malaysia International Islamic Financial Centre – Malaysia : Opportunities in Islamic Finance
-
Pembayaran Dengan Cek - Penipuan Terkini !
Posted on January 10th, 2009 2 commentsSelamat bertemu kembali…
Saya nak berkongsi satu informasi tentang cek. Pada sesaper yg ada buku cek (usahawan internet tak pakai cek kot, pasal semuanya online..hee) dan selalu buat pembayaran dengan menenyeh tandatangan pada cek tersebut, AWAS ! Anda perlu sedar dan berwaspada dengan risiko2 kemungkinan cek anda ditipu.
Kalau dulu trend penipuan yang dilakukan adalah dengan meniru tandatangan pemegang/ empunya cek, sekarang tidak lagi. Bank2 sudah menaiktaraf sistem pengesanan tandatangan palsu, tapi sebijak2 bank (bodo jugak kadang2 tuu), pandai lagi si penipu2 nih.
Sekarang ni mereka lebih pandai menipu…tidak lagi pada tandatangan, tapi teknik terkini adalah dengan menukar nama penerima cek dan jumlah pada cek tersebut. Cara pemadaman dan tulisan/ cetakan yang dibuat si penipu pada cek memang begitu berkesan…kalau pegawai bank yang bertugas tidak berhati2, memang boleh terlepaslah cek2 ‘palsu’ tu. Yang kesiannya adalah si pembayar…A nak bayar B, tapi C yang dapat. Tak ke kes naya tu.
Cara yang terbaik untuk mengelak risiko sebegini adalah dengan memasukkan cek terus ke akaun si penerima melalui ‘Fast Cheque Deposit Machine’ atau utk jumlah yang besar (ribu2 dan juta2)..beraturlah di kaunter. JANGAN sesekali hantar cek anda melalui pos sebab satu lagi trend ‘rompakan’ ialah tong2 Pos Malaysia telah digeledah yang mana sampul2 surat dibawa lari, dibuka dan dikoyak untuk mereka mencuri cek2 yang ada.
Berhati2 lah (sebab bukan senang nak cari duit kann…orang senang2 curi). Satu lagi trend rompakan ialah bilamana bos begitu percaya dengan peonnya, dan si peon ni jadi penyangak part time…lagi terer kalau dia terlibat sama dengan sindiket menipu cek nih. Orang mintak tolong pegi bank utk ‘bank-in’ kan cek, dia pulak pegi ‘bank-in’ masuk akaun sendiri.
Apa2 pun, kalau anda menjadi mangsa mana2 satu keadaan di atas, perkara pertama yang harus dilakukan ialah buat laporan polis, lepas tu buat laporan di bank anda dan juga hantar surat aduan ke Bank Negara (sertakan salinan laporan polis). Selepas tu, rajin2 lah buat ‘follow-up call’ ke bank, bukan apa…kengkadang kita kena beri sedikit tekanan pada pegawai bank yang ditugaskan supaya dia beri perhatian kepada kes kita, tak boleh salahkan mereka 100% kalau aduan atau masalah anda lambat diselesaikan sebab kes2 lain yang berderet memang banyak, lagi haru kalau bank tu kurang pekerja atau ’short-handed’…memang haru. Kebarangkalian bank nak ganti duit anda adalah sangat tipis terutama jika memang ada bukti elemen kecuaian di pihak anda.
Ok lah…sekadar perkongsian yang tidak seberapa. Harap berguna buat pembaca sekelian. Selamat !
-
Tujuan saya blogging
Posted on January 8th, 2009 6 commentsUntuk makluman semua, saya mula ‘melancarkan’ blog saya dan memperkenalkannya di Mybloglog pada 31 Disember 2008 dan orang yang pertama menjenguk blog saya ialah saudara etomyam, dan yang kedua ialah mapetm (hmmm, cam nak bagi hadiah kat dorang berdua nih).
Saya memang insan yang langsung tiada latarbelakang berkaitan ilmu internet dan komputer, dan terkadang daku merasa seperti adanya ‘inferiority complex’ dalam diri ini sementelah melihat rakan2 dan adik2 lain yang begitu maju kehadapan. Saya akui blog saya nampak begitu ringkas, tak macam blog orang lain tapi harap2 saya akan lebih berkemahiran lagi pada masa yang akan datang. Terima kasih buat mapetm yang sudi memperbetulkan error pada sidebar saya tempoh hari.
Saya mungkin tidak dapat menimba spenuhnya ilmu tentang internet dan blogging, tetapi saya bercita2 untuk menghasilkan sebuah blog yang ‘hidup’ untuk menfaat bersama. Matlamat saya : perkongsian ilmu. Saya mungkin tidak mampu menjadi seperti Tan Sri Mokhtar Al-Bukhary yang tidak lokek wang ringgit membuat kebajikan. Justeru, perkongsian ilmu ini saya anggap sebagai sumbangan saya yang hanyalah kecil saja. Mungkin saya tidak akan berhenti kerja untuk menjadi seorang usahawan internet (kerana minat pada dunia perbankan masih menebal) tapi cukuplah saya dapat berbangga jika blog saya berjaya membantu mereka tentang pengetahuan yang diperlukan. Sekiranya percubaan ‘Wadah Inovasi Untuk Hari Esok’ ini berjaya kelak, projek saya selepas ini ialah untuk membina blog dalam bahasa inggeris sepenuhnya.
Akhir sekali, terima kasih pada yang sudi melawat dan terima kasih atas respon yng diberikan. Selamat !
-
Jangan Kerja di Sektor Perbankan Kalau…
Posted on January 4th, 2009 3 commentsPada hemat saya, kerjaya yang paling dinamik pada era ini ialah kerjaya di sektor perbankan. Bunyinya macam bias sebab saya sendiri kerja di bank… tapi saya rasa kenyataan ini betul. Kenapa bukan doktor, atau jurutera, atau arkitek mahupun peguam ?
Sektor perbankan adalah pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Kukuh atau lemah struktur perbankan dan kewangan sesebuah negara akan menentukan momentum pertumbuhan sektor2 lain terutama sektor sokongan seperti perkhidmatan sosial (pendidikan, perubatan, pembangunan infrastruktur) dan sektor industri.
Sistem perbankan akan selalu berubah mengikut perkembangan ekonomi serantau atau global. Maka banyak dasar2, garispanduan dan polisi2 terpaksa dikemaskini dari masa ke semasa oleh Bank Negara dan bank-bank yang beroperasi. Pada masa yang sama, bank harus bersikap agresif dalam meluaskan penguasaan pasaran memandangkan persaingan sengit sesama bank.
Kerja bank amat meletihkan dan memerlukan kerja lebih masa (selalu balik malam). Untuk cepat ‘naik’…anda harus pandai menonjolkan diri, bersikap proaktif dan yang penting, skil anda dalam berkomunikasi. Bekerja di bank betul2 akan mengajar anda tentang ‘negotiaion skills’ kerana anda akan berhadapan dengan macam2 situasi yang mencabar bila berdepan dengan kerenah pelanggan.
Untuk menjadi pegawai bank, anda harus mempunyai kelayakan akademik yang bersesuaian iaitu diploma atau ijazah dalam jurusan perakaunan, ekonomi, kewangan dan yang berkaitan. Sejak kebelakangan ini jurusan dalam bidang seperti kejuruteraan, perdagangan antarabangsa sudah mula diterima sebagai keperluan menyediakan ‘analyst’ dalam bidang2 yang khusus. Tahap pengetahuan juga perlu tinggi..maklumlah nak berdepan dengan orang2 bisnes, usahawan.. golongan selebriti pun ramai kan.
Jadi kalau ada adik2, saudara2 atau rakan2 yang teringin nak keja bank… fikir dua kali (cukup dua kali jer
). Kerjaya yang menarik, gaji dan bonus lumayan… tapi memerlukan komitmen yang tinggi. Jika anda rasa tidak mampu memberikan komitmen yang diperlukan, maka adalah lebih baik anda bekerja di sektor yang lain untuk mengelakkan anda berhadapan dengan macam konflik2 dalam hidup anda.Nanti saya akan menulis tentang ‘Perbankan Islam - Bangkit di Celah Keruntuhan Perbankan Konvensional’.
OK, selamat !
-
Apa Itu Bank Perdagangan dan Apa Uniknya
Posted on January 3rd, 2009 No comments“Apa beza bank perdagangan dengan bank komersil yang lain ? Ada beza ke ?”
“Maybank, RHB Bank, Public Bank tuu… bank perdagangan atau bank komersil ?”
Hee…pada yang dah tau, kira ok lah tu. Pada yang garu2 kepala, mungkin saya boleh tolong.
Bank perdagangan (“BP”) sebenarnya berbeza dengan bank komersil (“BK”) dari segi skop produk dan operasinya. Contoh BP di Malaysia adalah seperti Aseambankers Malaysia Bhd, AmInvestment Bank Bhd, Affin Investment Bank Bhd dan lain2 lagilah. Bank-bank yang tidak ada perkataan ‘investment bank’ di hujungnya secara umum adalah BK tetapi ada juga bank walaupun tiada perkataan ‘investment bank’ dihujung tapi ia mempunyai unit khas dalam bank itu sendiri yang menjalankan aktiviti perbankan perdagangan; contoh seperti CIMB Bank Bhd, HSBC, Citibank, RHB Islamic Bank Bhd dan lain2 lagi.
Perbezaan ketara antara BP dengan BK adalah segmen pasaran dan aktivinya; BP lebih menjurus kepada pasaran konglomerat dan syarikat2 sederhana besar dengan menawarkan perkhidmatan menerbitkan sekuriti (seperti bon dan ekuiti) untuk pengapungan (menghasilkan) dana serta menguruskan urusniaga sekuriti tersebut; memberi perkhidmatan nasihat dan sokongan kepada syarikat yang memerlukan atau menjalani proses penggabungan dan pengambilalihan, penstrukturan semula dan lain-lain perkhidmatan sampingan.
BK pula lebih kepada menawarkan produk kepada pasaran syarikat industri kecil & sederhana dan perseorangan (ada yang terer dapat pelanggan dari konglomerat besar pun ada, ini bergantung kepada agresif atau tidak strategi pemasaran bank tersebut). BK menerima deposit dari pelanggan (iaitu dengan membuka akaun simpanan, akaun simpanan tetap, akaun semasa dll) tetapi BP tidak. Produk kredit ditawarkan BK adalah seperti pinjaman peribadi, pinjaman perumahan, bancassurance (BK sekarang dah jual insurans..), ‘tradebills’ dan macam2 lagi.
Hmm…rasanya cukuplah dulu penerangan saya, bukan apa nanti jadi pening plak. Sebenarnya lebih mudah kalau saya terangkan dlm bahasa omputeh sebab banyak perkataan2 teknikal atau term2 yang payah gak nak di’translate’kan. Kalau nak buat rujukan bolehlah pergi ke kamus wikipedia untuk tahu dengan lebih lanjut. Kalau ada permintaan untuk penerangan yang lebih mendalam, bolehlah saya kongsikan lagi. Harap info ini berguna. Selamat !










Recent Comments