Blog Esklusif Perkongsian Ilmu, Pencetus Idea & Sumber Motivasi
RSS icon Email icon Home icon
  • Adakah Kita Role Model Anak-anak kita ?

    Posted on December 23rd, 2008 ina_kl 1 comment

    Bagi anda yang mempunyai anak, agak2 siapa role model kepada anak2 anda ? Role Model ini ibarat idola kepada anak2, seseorang yang mereka suka tengok, suka ikut cara, tertib, tingkahlaku, perbuatan, percakapan dan apa2 yg bersangkutan dengan idola mereka. Kalau tanya anak2 saya yg berumur 8 tahun dan 6 tahun, nama yg keluar dari mulut mereka ialah Ultraman, Bidaman, Power Rangers… kalau kita sebut role model atau idola mungkin mereka tak faham konsep, tapi sebenarnya bila mereka sebut2 nama karakter2 tersebut, itulah idola mereka, itulah igauan mereka. Huuu, masalah tu..

    Saya sekarang sedang pening memikirkan bagaimana nak hapuskan Ultraman, Bidaman, Godemon..ntah hapa2 Mon lagi..dari ingatan mereka. Pada saya, tv lah punca segala2nya. Walau tegas macamana pun suami saya dalam cuba membendung aktiviti menonton tv di rumah, mereka masih dapat ‘bolos’. Mungkin sebab kurang ‘enforcement’, maklumlah saya dan suami bekerja, nak harapkan Wan mereka, dengan Wan dia sekali layannn.. (layan cerita indon lagik..).

    Prestasi anak saya yang sulung dalam exam yang lepas begitu merundum…sebagaimana merundumnya ekonomi US. Sampai kena tukar kelas (geramnya mak). Jadi saya ingin mencuba satu kaedah, setelah berbincang dengan sang suami…bagaimana nak membakar semangat anak2 untuk belajar dan untuk menjadi Role Model kepada anak2. Caranya ?

    Kenalah saya atau suami saya sambung belajar..atau jadi pelajar contoh di rumah…pada masa yang sama kuatkuasakan enforcement iaitu undang2 di rumah dengan lebih berkesan. Itu kaedah yang terbaik yang kami fikirkan. Macam ‘trial and error’ la juga. Kalau anak2 tak pandai jugak…hmmm, mak bapak dialah yang pandai jawabnya..heeee.

    Apa2 hal pun, saya akan kongsi perkembangan dan samada kaedah yang saya rancangkan itu berkesan atau tidak. Selamat !

  • Andainya Masa Dapatku Beli

    Posted on December 16th, 2008 ina_kl No comments

    Suatu fakta yang termaktub sejak azali…satu hari di bumi bersamaan 24 jam. Jadi bagi kita makhluk-Nya dikurniakan masa 24 jam satu hari sama rata.

    Pernahkah kita terfikir bagaimana hidup seseorang itu berbeza, ada yang kaya raya, ada yang sihat bahagia, pada masa yang sama ada yang miskin dan hidup menderita; ramai yang hidup menjadi perosak masyarakat dan ada juga yang hidup berbakti pada komuniti…

    Sebenarnya akal dan hatilah yang membezakan kita dalam mengorak langkah dalam hidup ini. Apa kaitannya dengan masa ?

    Saya bukanlah pakar motivasi yang layak bercakap tentang pengurusan masa tetapi melalui pengalaman yang telah dilalui, rasanya bolehlah saya rumuskan beberapa perkara disini untuk dikongsikan dengan adik-adik dan rakan-rakan seperjuangan sekalian :-

    • Mengurus masa memang agak sukar terutama jika kita terikat dengan komitmen lain, tetapi yang penting kita sentiasa berusaha memperbaiki diri kita;

    • Walau sehebat manapun kita dalam mengoptimumkan penggunaan masa, sekali sekala minda dan badan kita perlukan rehat, jadi tak salah kalau sekali sekala kita menonton tv atau wayang, berbual, melayari internet, tidur dan sebagainya, asalkan jangan berlebihan;
    • Rancang dan peruntukkan masa yang sesuai untuk setiap kegiatan seharian. Yang penting, jangan lupa untuk peruntukkan masa untuk melakukan ibadah sembahyang lima waktu dan sebagainya (redha Allah itu penting);
    • Kita bukanlah manusia yang sempurna dan hidup kita saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Sebab tu kalau kita dapat bonus atau ‘masyuk’ lebih sikit kenalah belanja atau belikan hadiah untuk mak ayah kita, adik beradik kita, kawan-kawan sepejabat kita…..SEBAB APA ?

    Kerana dalam menguruskan masa dan melaksanakan peranan kita seharian, suka atau tidak kita perlu juga mengagihkan sedikit daripada kesemua tugas-tugas kita atau dalam bahasa inggerisnya ‘delegate’ tugas-tugas kita itu . Kita kena perihatin juga limitasi dan tahap keupayaan diri kita sebab kita bukan ‘superman’ atau ‘superwoman’. Contohnya kalau hari ini kita tidak sihat, kita terpaksalah minta anak sulung kita basuhkan kain, atau minta adik kita hantarkan anak-anak kita ke sekolah; atau suami minta isteri bayarkan bil dan picit-picitkan badan ke. Jadi kata kuncinya di sini, jangan lupa ‘delegate’ sebahagian dari tugas-tugas kita itu;

    • Dari sudut kerohanian, kita perlulah banyak bersedekah dan keluarkan zakat. SEBAB APA ? Sebab memang dah tertulis di dalam Al-Quran bahawa rezeki yang kita perolehi bukanlah 100% milik kita, sebahagiannya adalah milik atau hak orang lain. “Hai, aku yang teruk-teruk kerja pasal apa nak share pulak dengan orang lain ?” Isyhh… jangan persoalkan tentang kenapa kita perlu bersedekah dan keluarkan zakat, bukankah ini perkara asas dalam rukun islam ? Apabila kita bersedekah Allah akan memberikan kelapangan 10 kali ganda kepada kita (dari ucapan Dato’ Dr Fadhilah Kamsah di Rancangan Motivasi Pagi di TV3 pada 13/10/2008 yang lalu) seta memberikan rezeki berlipat ganda buat kita. Jadi, apa tunggu lagi, banyakkan bersedekah dan jangan lupa keluarkan zakat !

    Jadi… amacam ? Diharap perkongsian di atas sedikit sebanyak dapat memberi menfaat kepada anda !

MyBlogLog
Add to Technorati Favorites